Home » » Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa

Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa

Empayar Utama - Wednesday, October 26, 2011 : 31 comments

Benda ni agak popular di kalangan mereka yang tinggal di persekitaran kampung dan yang berumur 30 tahun ke atas. Rasanya susah dah nak jumpa tombong kelapa ni sebab arus kemajuan yang membuat hidup kita semakin mudah dan selesa untuk segalanya.

Tombong kelapa ni boleh dijumpai di dalam kelapa. Isirong kelapa yang putih pula diparut dan kemudian diperah dan dapatkan santan. Kalau di kampung-kampung santan dari buah kelapa sebenar digunakan untuk memasak tapi
sekarang dah siap tersedia santan segera baik dalam bentuk cecair maupun serbuk. Santan segar dalam peket plastik pun ada jual.
Cecair santan dalam kotak dan kanan tu santan dalam bentuk serbuk

Untuk mereka yang pandai memasak; ada juga alternatif jika tiada santan kerana boleh diganti dengan susu cair cuma ketahanan masakan berbeza. Ianya lebih jimat berbanding harga santan.

Sebab itulah susu cair selalu digunakan dalam majlis kenduri kendara kerana dimasak dalam kuantiti yang banyak; dan kalau tetamu bawa balik 'nasi berkat' lauknya basi tengah jalan tak sempat buat makan malam pun. Haha cam tukang masak boleh masuk Chef Malaysialah.
Erkkk dah lari topik pulak. Camana nak tau dalam kelapa tu ada tombong atau tidak? Haaa untuk mereka yang tinggal di taman, pekan atau bandar pergi kedai runcit yang ada jual kelapa. Tengok di luar tempurungnya kalau ada punat putih tu haaaa adala tombong kat dalam tu. Besar kecik saiznya pun boleh di agak berdasar saiz punat yang terkeluar kat luar tempurung kelapa tu.

Kelapa belah kanan dalam gambar sebelah ni ada tombong di dalamnya.
Aku suka makan tombong kelapa ni. Apa rasanya? Lembut berlemak dan agak bergabus sikit, lebih kurang je cam rasa jambu air yang merah tu. Lebih besar tombongnya lebih lembut tetapi semakin tawar lemaknya. Itu dulu, sekarang mungkin tak popular lagi dah.


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

31 comments:

  1. da lama x makan tombong kelapa.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Nak tombong kelapa Dari mane Nak dapat kan 1?

      Delete
  2. suke makan gak bende!! tiap kali mak aku nak kopek kelapa nih..memang aku ade la kat situ..nak tgk ade x tomobng kelapa nih..kalau ade..yummy!!hehe~~

    ReplyDelete
  3. yela...skrg ni parut klp kat kedai je..takpun beli santan segera. rindu zaman kanak2 dulu.tapi rumah mak mertua kat temerloh, ada pokok kelapa n mesin parut kat rumah. Tapi, tak pernah plak nak mintak tombong tu..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Kecik2 dulu aku suka makan kumbui nyok ni.bila mak aku nak belah nyok,mesti tunggu.yang kecik lagi sedap dan rapuh.

    ReplyDelete
  5. masa kecik sllu mkn tombong kelapa tu..sdap.nyum2..

    slm perkenalan..jmpe kt innit td..

    ReplyDelete
  6. aku pun selau mkn..almaklumlah org kampung..makin panjang punat tu, makin besar tombong..kalau dh sampai tumbuh daun, tombong dah penuh kat dlm kelapa tu..isi kelapa pun dah makin nipis :)

    ReplyDelete
  7. tombong tu boleh makan ker....
    la.... dulu jumpa selalu buang....
    rugi2....

    ReplyDelete
  8. saya suka tombong tu...adeii...santan fresh x sama dengan santan kotak...santan kotak mcm susu...

    ReplyDelete
  9. org kedah panggil ~ kumboi nyoq..

    kalau kecik ... lebih sedap ... manis
    kalau besar mcm makan kapas .... manis dan lemaknya hilang ...

    ReplyDelete
  10. Tombong kelapa....hehehe aku suka yang kecik je sebab terasa manis sikit berbanding yang besar.selain tombong kelapa ia dipanggil apa ye....kalau jawanya kentdos kan ...susah nak eja.

    ReplyDelete
  11. wuu sedapnya

    kecik2 dulu selalu makan sbb duduk kampung
    sekarang tak mrasa dah :P

    ReplyDelete
  12. Salam;
    sangup tunggu emak belah kelapa..semata2 kerana nak ambik tombong.

    ReplyDelete
  13. ..... "yg kecik adik punya!!!"..... igtx? igt x? igt x???? heheheee....

    ReplyDelete
  14. hmm..terkenang dolu2!
    berebut dgn adik beradik nak mkn tombong yg kecik. yg bsr kan tawar je.

    sbnrnya dah hampir lupa psl tombong ni, thanks krn membawa memori lalu!

    ReplyDelete
  15. ahh bestnye klu dpt mkn tombong tuh. lme gile gile gile xrse!!

    ReplyDelete
  16. Hehe... banyak nostalgia yang dapat dikongsi kan? Sebenarnya aku rindu zaman kanak-kanak aku... :(
    Terima kasih semua, aku sayang korang :)

    ReplyDelete
  17. Mau tak rindu! Kenangan yg tak mungkin berulang! Huhuhu.. Aku raya dlu je dpt rase benda ni . Itu pon sblm drjh1-2 kot. Lpas tuh xde kampung dah :( Tpi alhamdulillah bersyukur sbb diberi peluang utk merase kampung betol2 kampung dirumah uwan dlu..

    ReplyDelete
  18. oh bru tahu nme die tombong kelapa .. hak3 !
    pebret tuh mse kecik2 dlu , tp skrg xde da :)

    ReplyDelete
  19. Masyaallah.. TOmbong rupanya nama dia.. TIme childhood dulu pernah rasa bila pergi kedai runcit dekat rumah nenek.. :) Thanks for the good haring. :)

    ReplyDelete
  20. uwh,,sedap benda ni,,,macam umbut mentah rasanya,, :) sedapppp

    ReplyDelete
  21. saya bawah 30taun n saya kenal menda nih!!! dulu selalu berebut dgn abg2 nak kan mende ni :) mmg sedap n yes now beli santan siap perah je sbb dah pindah rumah yg da pokok kelapa:(

    ReplyDelete
  22. teringat time kecik2 makan tombong kelapa ni... sedap woooo yang kecik manis.. yang besar2 x sedap.. huhu

    ReplyDelete
  23. hehehee...dah lama tak makan tombong. Tombong yang kecik sikit tu lebih manis dari tombong yg besar. Yg besar tu dah mcm span, byk air sbb tu agak tawar. Tp kalau kelapa yg dah bertombong besar, santannya pulak agak kurang mungkin sbb dah kira sepatutnya pencen dari diperah, tunggu utk jadi anak kelapa pulak (eish, memandai jer ek?)...

    hmm...bagus eh blog ni...tahniah..

    ReplyDelete
  24. ~dulu2 selalu makan..hehe
    sekarang dah susah nak jumpa..sedap :)

    ReplyDelete
  25. kecik2 suka makan.tapi tak suka yang besar2.ehehe :D

    ReplyDelete
  26. Nice entry..mmg mnyentuh zaman knk2 dlu..haha wlupn aku duk kg skg, tombong kelapa pupus dek arus kemodenan:D

    ReplyDelete
  27. wahhh kalo mak aku tgh belah kelapa mesti tunggu menda nih rangup manis

    ReplyDelete
  28. Hi
    Mana boleh dapat tombong kelapa?
    Saya nak dapatkan segera

    ReplyDelete
  29. Hi
    Mana boleh dapat tombong kelapa?
    Saya nak dapatkan segera

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...