Home » » Sekarang Pelik VIII – Buah Letup Letup

Sekarang Pelik VIII – Buah Letup Letup

EmpayarUtama - Sunday, August 28, 2022 : 1 comment

Lama tak kongsi cerita pelik. Dah lebih lapan tahun selepas yang terakhir tu pasal Misteri Nusantara.

Buah Letup-Letup ni sekarang memang susah dah nak jumpa pokok apatah lagi buahnya. Tetiba je siang tadi boleh ternampak kat pagar tepi jalan Kg Kurnia. Zaman budak-budak dulu kalau masuk semak belukar [bukan hutan tau], memang buah ni jadi makanan kitorang. Ada yang manis, memang manis. Kena yang masam, telan aje lah.
Rasanya macam rasa Buah Susu, takpun macam rasa Buah Rambai. Silap-silap dua jenis buah ni pun ramai yang dah tak kenal.

Aku panggil dia Buah Letup Letup sebab kita cuma picit je buah ni dan dia akan meletup tapi tak bunyi macam mercun la. Pastu ngap masuk terus dalam mulut. Ia sejenis pokok menjalar dan memanjat, ada yang panggil Markisa Belukar.

Dulu senang jumpa sebab dia memanjat pagar. Buah dia ni paling besar pun kecik sikit dari biji getah, atau besar guli, tak sampai 1 inci pun. Isi dalamnya ciput je.

Dia berbeza dengan Buah Letup Letup Kelambu [Physalis angulata] sebab pokok Letup Letup Kelambu tu pokok renek bukan jenis menjalar. Buahnya pula bersalut nipis dari jauh dah macam belimbing, manakala Buah Letup Letup Belukar [Passiflora foetida] bersalut berbulu. Tu yang ada orang panggil dia buah ulat bulu.

Disebabkan sekarang susah nak jumpa, dan banyak pula khasiat dia; sekarang di Lazada pun dah ada dijual benihnya. Sampaikan daun pun kena jual. Tengok sini :


Dah dulu, k baiii...




1 Comments

1 comment:

  1. Depan rumah sy skrg ada pokok letup-letup ni. Tapi, terbiar begitu saja. Tidak lagi jadi buruan macam zaman kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~