Friday, January 27, 2012

Singa Mengaum Di Pasaraya

Raya Cina dah sudahpun lima hari lepas. Tahun ni kata diorang Tahun Naga Air tapi malam tadi boleh terserempak dengan Singa kat Giant depan tu. Singa betul dengan panjang bulu tengkuk dia takot tul aku. Camni ceritanya:

Sambil lalu kat kakilima kedai sebelum masuk dalam Giant nampak ramai orang kat dalam satu kedai gambar. Pergile usha nengok apa yang besh sangat kat situ.
Cam biasalah kedai gambar mestilah orang nak beli frame, beli kamera, tekel amoi atau awek cun kalau ada, fotostat, cuci gambar. Cuci rambut kat saloon, tapi aku cuci baju kat rumah je.

Ada satu brader tu datang nak ambik gambar yang dia hantar cuci siang tadi kot. Takat yang aku dengar boy kedai gambar tu cakap "takkan datang lapan ringgit pun takde dalam wallet". Ish sengkek na ke brader ni cuci gambar lapan ringgit pun tak nak bayar. Jadi aku pasang telinga sambil kenyit-kenyit mata kat satu adik kedai henpon yang singgah kat situ. Cun jugak budak tu. Haishhh... (Eh dah macam Adylia Qarissa kalau dia komen kat cerita aku yang merapu ^_^)

Brader : "Empat hari lepas saya mintak cuci 12 keping awak cuci 4 keping je. Sorila saya pun tak tengok apa awak tulis kat resit tapi awal-awal dah bayar tujuh ringgit setengah. Siang tadi tambah lagi sepuluh keping awak yang cakap kena bayar doblas ringgit dah bayarpun siang tadikan? Apa pasal harga tetiba boleh naik jadi doploh ringgit?"

Boy kedai : "Doblas ringgit untuk 6 keping kalau sepuluh kena tambah lagi lapan ringgit pakai smart takkan tak ada lapan ringgit?"

Brader tu dah mula tumbuh misai kat pipi kiri kanan. Rambut makin mengerbang hidung pulak makin panjang macam pinokio. Dah nampak taring putih terkeluar sikit kat kiri kanan mulut dia. Awek kedai henpon tadi tu dok senyum-senyum la pulokkk kat aku - haishhh lagi....

Brader Singa : "Awak ni bukan baru sekali buat silap kat saya. Ini dah 3 kali tau. Dulu potostat tesis kata boleh siap malam; saya siap dah bayar pun tak kejar - datang lepas dua malam langsung awak tak potostat. Saya suruh cuci balik gambar paspot 4 keping awak kata setengah jam siap saya pun bayar dulu; datang ambik pukul 9 malam dah lepas enam jam tak buat pun. Hari ni awak buat silap salah bagi harga kat saya - depan ramai orang awak selamba aja nak malukan pelanggan awak. Dah buat salah tu mintak maaflah; biar semua dalam kedai kedai ni tau awak salah letak harga kenapa nak pusing kata saya tak ada lapan ringgit nak bayar?"
VS
Disebabkan suaranya dah makin garau macam singa semua yang kat dalam kedai tu terus senyap nengokkan gelagat dua mangkuk hayun tu. Eh bukan, sekor Singa sekor lagi Naga Air muahahahahahah. Sudahnya boy kedai tu slow-slow cakap "sori saya salah letak harga" dan akibatnya separuh penonton dalam kedai tu keluar tak tau la pulak pergi toilet ke; beli air ke; kapling ke; apa aku kisah.

Pastu kan, tengah dok baca komen; terperasan komen dari Emmet. Betul Ke? Ke aku yang kena gi check mata lagi sekali? Rasanya korangnyer belog pun dapat komen sepeten:
Meh reramai jengah web dia tapi ada sikit-sikit ala 18PL. Erkkk lupa lak; aku la Singa tu.... Haishhhh :p

Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni

31 comments:

Cikgu Ma said...

singa lam kedai gambar tu mengaum sakan lgi na...hehe

**emmet????????????mesej yg sama tgk dia komen kt blog saya...x caye la...

PIKA said...

lorr , mati2 ingat singa betul tadi .. hehe :D

visitme@FaTiN cOrNeR said...

hahaha..ksian bdk kedai tu. bdk baru bljar kot..hehe..

eh2..emmet tu ak pn adela..hihi..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
la...awak rupanya!!..kenapa tak bedal je naga air sirap tu.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hikhik emmet x tahu nak comment apa kot....aci x ckp blog ni pun lawa jugak hahahahaha larikkkkkkkkkkkkkk

Mr Lonely said...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

buat kerja sambil lewa....
orang macam ni memang selalu bikin susah orang lain.

lain kali cari kedai lain.kau dah terkena 3 kali.so, boleh ambil pengajaran disitu...

LidiaSuraya said...

Ishhh ishhh semua kn boleh bwak bcg baik2... Dari menyinga x tentu pasal... Ehhh

MaYa MustWany said...

naga takut ngan singa..raja hutan oo..hihi

berani kerana benar..kadang2 mereka ni eksyen,mungkin before this dia selalu wat hal,customer diam je..so yang ni kene buku & ruas.hihihi

yana-feehily said...

hehhe..dia rupanya si singa tu..hak3..

hmm..penah dapat jugak komen dari emmet tu..hmmm....

EmpayarUtama said...

@Pembunuh Tanpa Bayang;
@LidiaSuraya;
sbb dah 3 kali itu yg terus menyinga...

Citra NaniZam said...

owh.. tuan punya blog rupanya singa jadian tu yek.. syian budak kedai tu..

Aien Not Alien said...

garangnya "singa" tapi kalau dah terkena mahu tak menyingaaa... grrr..


*emmet tu sana sini dia komen camtu...mungkin itu trademark dia kot...ontah laaa....lalalala

Anak Wak Mail said...

ingat singa betul,,haha,,teruk la budak tu,,pelanggan tu pulak dia perli..

eh,,Emmet tu memang komen sepesen camtu kan.agak2 la.

nadiyahashim said...

i pun selalu bertukar jadi singa..haha

baguznet said...

so, apa kesudahannya bro? Brader tu tetap kena byr ke lg RM8 tu? Nasib baik brader singa tu x tiau habis budak kedai gambar tu

DOMU-KON said...

Misz domu baca 3 kali baru faham tau... ya Allah nape rasa diri ni bluurr... tapi kan..bila dah faham..rasa sngt kelakar entri ni..hehehehe..

tapi sempt jugak kan usha budak kat kdai tefon..ayayaya..

EmpayarUtama said...

@baguznet;
Boy kedai gambar tu pulangkan balik doblas hinggit kat Brader Singa (gambar blom cuci pun) dapatla Brader Singa tu kapling ngan awek kedai enset - minum kat depan CoolBlog tapi cinta kami terhalang; erkkkk 'kami'??? Haishhhh... hahahahahah

Iza Teratak Usang said...

Assalam...
Ciss...patut la ayat kat atas tu tak kurang sepatah pun...
hahaha...sabar je la..

Selendang Merah said...

haha..sm nak jd bburung unta lah..erkkk! apa kaitannya? haha..nak terbang cari naga..kah3

remyhazza said...

sekali buat silap mungkin la tak menyinga... tapi kalau dah 3 kali....
tarak mahap ler....

blog-tips-kurus said...

EMMET itu memang sepesen je komen dia...

bro singa tu memang smart ke? lalala!

Aida Omar said...

erkk jangan menyinga mengaum je boleh.. hehe.

emmet tu mmg selalu sepeten.. hehe

qamarguyz said...

salam ziarah..
hehE..bila singa bertemu naga..
rupanya singa yg menang..
sybas br0! ahaakss ;0

eeiyss said...

saspen jer..hohohoh

burnkelana said...

peerrgghhh.. terbaikk.. memang mcm tu jer nak ajar.. hehehe

ieyza afieyna said...

eh emmet tu sape ? dia pun ade komen2 kat blog ieyza.. tulis mcm tu jugak la..

pelangi sepi said...

Raja rimba

Pencari ALLAH said...

Lawa adik Adylia Qarissa.

Pastikan tiada berulang untuk kali yang keempat :)

Cikgu Jaja™ said...

kehkeh..adat la menjadi singa..tetapi harus ada limitnya..:) chill

misz_eyza said...

aisehman sudah baca tp lgsg xkomen adesss hihihi