Aku ada sentuh sikit pasal shoutbox busuk sebelum ni - takat bagitau yang program tu pun ada bagi shoutbox percuma, itu aja. Bagus juga bila ramai kengkawan guna cuma aku rasa aku yang rugi sebab tak dapat pomot link aku kat shoutbox yang ada kat belog kengkawan (hehe teruk betul aku ni kan). Sampai aku tak tau nak buat apa - terus je komen kat entri ❤MaYa MustWany❤ walaupun komen aku tu tak ada kena mengenapun dengan entri yang dia pos.
Iyalah, aku gunakan blogger sebagai platform untuk blogwalking dan ziarah belog kengkawan tapi takkan hanya disebabkan penggunaan shoutbox busuk; aku kena pergi ke page lain baru boleh jerit balik kat belog yang aku nak jerit... Eh sori, sori, ter-emo pulak. Aku takmo jadi Singa lagi hahahahahah.
Kat sini sempena Gong Xi Fa Chai aku mintak maaf yea kat kengkawan yang guna busuk shoutbox sebab aku datang baca belog korang cuma mana yang aku komen; aku komenlah. Mana yang aku tak komen, aku tetap baca entri korang cuma aku tak dapat nak bagitau yang aku ada singgah melalui chatbox tu...
Bukan apa; kesian kat kengkawan yang guna kotak jerit busuk kena pasang kotak jerit lain sebagai back-up sebab dah tau shoutbox busuk ni kadang-kadang meragam. Tak caya tengok Kak Pah DJ popular kita tu siap kena buat satu entri khas lagi pasal benda ni. Admin busukpun ada gak menempek bagi komen kat situ tapi takde perubahan punnnnnnnnn.......
Ish dah macam barang secondhand la pulak kejap-kejap rosak, kejap-kejap rosak. Inikan produk tempatan takkan tak ada yang menegur dan kaji sikit kat mana yang boleh diperbetulkan. Aku memang bodoh piang part benda-benda camni tapi aku cuba juga satu persatu... Ini antara kengkawan yang pasang shoutbox busuk:
Memula aku cuba refresh; hamboi makkk hanya disebabkan shoutbox tu - pageloadnya "cepat" betul:
Pastu aku cuba yang ini pulak (login fesbuk) sebab kan ada logo fesbuk kat kotak jerit tu:
Macam ok dah nampak link tapi akunyer Empayarutama bukan Empayar je. Empayar tu cerita gengster Melayu Singapura aku rasa was-was. Aku cuba jugalah jerit keluar cantik je cam ni ha:
Bila aku cuba tekan link Empayar tu, hallllleemmmmmaaaaakkkkkkk:
Aku lupa daaaa fesbuk aku ada dua link belog - satu belog yang korang tengah baca ni satu lagi belog aku belajar omputeh. Tak pe, aku cuba yang last ada kat kotak jerit tu:
Ooooo rupanya kena pergi homepage dia laaaa. Pastu tekan pulak butang oren SHOUT! baru keluar yang macam kat FIBOX...
Jadi aku pergi le balik kat belog Remyhazza dan belog ❤MaYa MustWany❤ dan refresh lagi dua-dua belog tu:
Baru jadik. Tapi takkan tiap kali aku nak berblogwalking; aku kena pergi homepage shout busuk dulu? Chatbox lain tak yah pun... Aku ada hantar entri ni ke admin busuk sebab kat page dia ada tulis : "Untuk sebarang cadangan/komen, hantarkan email ke busuk.org[at]gmail.com" nak tau juga camana diorang setel problem nih. Dah oke nanti aku gunalah kotak jerit ni yea ^_^
rasanya encik empayar dah salah paham.. mana ada setiap kali nak blogwalking kena login kat mainpage shout busuk.. lagipun URL kat shout tu, kami tak ambil dari data facebook.. yang tu memang manually dari user.. rasanya encik empayar bukak dua shout pada masa yang sama lepas tu letak url yang berbeza kot, sebab tu dia clash masa yang kali ketiga tu..
ReplyDeletesebenarnya function login fb tu cuma untuk display thumbnail user dengan set nama secara automatik ja.. tak lebih dari tu.. kalau tak login pun takpa, encik empayar boleh set manually..
erm.. yang pasal kakpah DJ popular tu pulak, masa tu kami tengah testing system security cloudflare untuk shout busuk (bagi mengelakkan spammer) sebab tu masa tu berlaku masalah.. tapi sekarang kami dah disable benda tu.. so masalah tu takkan berulang lagi insyaallah.. :)
@crayon;
ReplyDeleteterima kasih jd yg pertama bg respon. Saya letak 4 contoh untuk 4 sesi berbeza sepanjang 3 hari. Bila kita buka satu blog yg ada shoutbox busuk, ia tak sepatutnya keluar seperti 4 contoh kotak pertama itu tp sepatutnya keluar seperti 2 contoh terakhir saya. Lihat perbezaannya. Ia harus akan ada 2 box untuk kita letak Username dan Link; sebaliknya 4 contoh pertama cuma keluar message box untuk dishout...
masih tak lawan cbox ngan shoutmix...produk tempatan masih banyak kena perbaiki baru boleh pikat pengguna luar...
ReplyDeleteIsh.. macam2 la.. tak kisahlah camna pon.. kalau aku gi blog org lain pon bukannya aku komen pon.. aku suka masuk dan baca yang info berguna jek.. kalau aku rajin komen aku komenlah.. harap2 sesape pon janganlah amik ati sbb tak komen apa2.. apa yg penting aku lawat blog korang dan baca apa yg korang tulis.. kan.. kan.. kan...
ReplyDeleteletak shoutbox ni bagus snanye.. tapi saya lebih prefer kalau komen.. saya sangat rajin blogwalking dekat blog yang komen di blog saya.. hehe
ReplyDeleteerk,,tak tahu pon benda ni ada masalah ke apa..haha..main letak je..
ReplyDeletehmm..slalunya bila komen tak kuar pun, huhu..
ReplyDeleteberalih semula kepada cbox. cbox dulu kini dan selamanya.. ^^ (selagi free)
~nak free aje~
dah setel kan?hihihi
ReplyDeletebagi mas,mas ok lagi shoutbox busuk ni.(wat masa ni) fibox tak ok dah coz mas de banyak kali kene,bila tekan,tak appear msje tuh..kene tggu 15 minit baru ok.loading lambat ke shout box mas?mas xdapat nak kesan sgt coz line umah ni mmg laju,so tak dapat tahu.kalau pe2 inform ye.thanks YE.
entah.. akak pon ok2 jer.. fibox yg kureng,.. kene tekan beberapa kali br nak kluar mesej,.. lain org lain pandangan kot
ReplyDelete@MaYa MustWany;
ReplyDeletebelomlah. Malam ni 1st bw kena kat blog Anak Wak Mail sekali refresh berjanggut nunggu lebih setengah jam baru kuar 2 kotak tu (Username & email/site address). Rasanya script busuk tak boleh support untuk change page. ShoutCamp guna cara yang sama bila tekan 'SHOUT' akan kuar 3 box (Username; email/site address; message) kan?
suggestion empayar utk remy ape ye... remy kena tukar chatbox tu ker....
ReplyDeletekita letak jer.... kalau bermasaalah kita tukar yg lain jer la....
suggest sikit , mana yg terbaik....
yang masalah connection ngan firewall haritu memang dah selesai & tak bermasalah dah..
ReplyDeletesusah jugak nak explain ni.. hahaha.. takpa, boleh PM saya direct kat facebook.com/izuari .. bleh bincang & pada masa yang sama bantu kami selesaikan masalah encik empayar.. ni macam special case ni.. tak ada lagi user yang kena masuk site kami dulu sebelum nak shout kat tempat lain.. -_-" hairan gak saya..
owh owh owh itu macam ka? baru nak beralih pe sgoutbox busuk tp kalau dah kena tunggu lama utk loading tkut org buhsan lakkk huhuh...
ReplyDeleteskrg tgh tak leh gna busuk tu, smlm boleh ,aiii
ReplyDeleteskrg tgh tak leh gna busuk tu, smlm boleh ,aiii
ReplyDeletesebab itu lah guna 2 shoutbox.. kesian kawan2 tak dpt nak shout.. ( terima kasih gunakan blog kpah dlm entry... rasanya busuk dah kenal kpah ni heeee)
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteKadan2 rajin tgl msg di cbox, tp selalunya malas...
Biasalah kalau problem cenggitu.. dah nama pun technical problem kan.. tentu ada solution lain.. takpe,cube lagi.. mesti ada cara nak solve punya..
ReplyDeletesaya selalu bermasalah bila nak tinggal jejak kat shout busuk....tataw kenapa tp xberjaya.huhuu
ReplyDeletemisz domu jugak bermsalah nak tggalkn jejak kat shoutbox org laen..kekdg loading dia lama.. misz domu guna cbox je...
ReplyDeletenormally misz domu jrg tggalkan jejak..unless pada entri yg misz domu xtau nak komen...
masalah yg sama, ingat saya je yg kena. saya ada juga guna shout busuk ni, mula letak kat blog utama tapi dah beragam, saya tukar dgn cbox, tapi blog ruang sahabat masih saya kekalkan dgn shout busuk yg kadang2 boleh guna kadang2 tak. Harap2 nanti oklah tu...
ReplyDeleteaik pelik tuh,mcm ne leh jadi macam tuh ye.mas hanya sekali je masukkn detail,lps tuh just taip msje n enter.pantas.
ReplyDeletejust akan kene wat kalau:
1-mas guna browser opera..then mas tukar ke google chrome..so chat box tuh dah tukar nama ke guest je.so kene masukkn skli.n bw spt biasa.
dah try ke solve ngan crayon tuh?
@semua;
ReplyDeletesabar yea aku tengah khusyuk tengok Aizad nyanyi nih hahahahahah.
Aku pasti bukan aku sorang je yang alami masalah ni sebab tu aku berani buat entri; untuk improvekan sistem busuk tu juga, kan...
Ptg td dah PM @crayon dan juga balas reply dr admin busuk. Ada juga bg cadangan tak tau lg tengok apa jawapan diorang nnt
tu dia admin izuari komen,hehe...sebelum ni dah pernah letak chatbox ni semua,pastu tak letak dah...sekarang tengah fikir nak letak ke tak,hehe
ReplyDelete