Home » » Dah Sampai KL Pun

Dah Sampai KL Pun

Empayar Utama - Monday, October 24, 2011 : 34 comments

Dulu polis pernah merajuk tak jaga trafik sebab isu apa ntah, aku pun dah lupa. Pastu dalam dua minggu lepas ada notis gangguan elektrik kat kawasan tertentu. Tapi macam tak ada 'collaboration' antara Tenaga Nasional dan polis trafik. Sudahnya simpang empat berlampu isyarat sesak teruk. Dan dua hari lepas nak balik kampung siap ujan lagi tempat yang sama pun takde lampu isyarat. Mana encik pulis?


Gambar-gambar kat atas tu sekitar pukul 3.30 petang. Jarak JB-Pontian cuma 65 km kalau bawak 65km sejam boleh sampai dalam sejam aja kan? Kat bawah ni dah gelap tapi baru sampai Pekan Nenas. Jem teruk sebab eksiden 6 kereta kat Lebuhraya Skudai. Kena pulak depan aku; ish rasanya macam tak boleh kot:

Dahla ujan blom berenti betul; lori pulak tak bertutup nampak ekor cam kenal aja. Kena samak ke kereta aku bila sampai Pontian? Hampeh tulla...

Tak pe, kita sedapkan hati baca cerita lawak yang aku dapat dari Rhea Scarlett 4 jam tadi :

Dialog antara sepasang suami isteri.. suami bercadang nak buka cawangan baru.. ^_^

Suami : Lelaki kalau kawin 3 barula betul..

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba fahamkan ni, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" is three (isteri). Betul tak?

Isteri : Tapi abang kena faham juga tentang "singular" dan "plural".< Suami : Cemane lak tu? Isteri : Kalau satu "Singular", kalau dua atau lebih "Plural".

Suami : Apa kaitannya?

Isteri : Satu kereta = car sebagai singular, dua atau banyak kereta = cars sebagai plural.

Suami : Ooooh… tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Pandai pun. Jadi, sama juga la untuk abang. Satu isteri abang MAMPU, jika dua atau lebih isteri dah jadi plural, tambah "s", maka abang MAMPUS.




^_^



Takotnyer haku...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

34 comments:

  1. aha, pernah jadi macam ni. bila lampu isyarat tak berfungsi jem kemain lagik. dean belakang lori lak tu

    ReplyDelete
  2. oleh itu, setia lah pd yg satu...hihi

    ReplyDelete
  3. amboi, ade hati nak pasang lain ke..hehe

    ReplyDelete
  4. jem benda paling tensen laa.... x suka

    ReplyDelete
  5. jem + takde lampu isyarat = sangat2 tak suka...


    woo pandai si isteri kenakan suami dia yerr...

    ReplyDelete
  6. rasa2 kena samak tu bro.....ada lendir he3

    ReplyDelete
  7. oink..oink..dapat permandangan percuma..

    ReplyDelete
  8. lori babi ek tu. haha. samak jgn x samak :P hahaha best gila lawak tu.. konfem2 laki dia xbrani nk kawen lg.. muahahhaa

    ReplyDelete
  9. ayooo
    patotlanye x de la smp sejam kan
    ish2
    dasat gile ah jammm mentega nihh



    heeee
    jgn kawn lebih2
    hahahahah

    ReplyDelete
  10. ngehehe.. lawat doi.. paling last tu feveret guwaa..! ><

    mintak izin kopy n pasta kat fb enn ^^

    ReplyDelete
  11. pernah terkena sekali sewaktu pratikum di Ayer Hitam Batu Pahat Johor. Member pada mulanya menafikan tapi bila dah setengah jam dibelakang lori baru dia sedar...sedangkan kancil sudah 2 kilometer dibelakang beliau

    ReplyDelete
  12. hahahha baek punya ayat isteri... mampus.. hahah

    ReplyDelete
  13. isteri yg bijak..hahha
    bgi sesape yg nk psang is-one,is-two or is-three,fikirla 2-3 kali dulu yer..hehhe

    ReplyDelete
  14. Ahaha.... Mmg 'MAMPUS' :)

    Erkkk, napa Lori tu x ditutup....huhuhuh

    ReplyDelete
  15. Haaaaaaa.... itulah soalan sebenar. kenapa tak tutup dah ada arahan untuk itu. Aku pun saja tak tutup no plet lori tu mana tau sepuluh tahun lagi (kalau blog ni masih idup lori pun masih idup haha) ada pihak penguatkuasa terbaca entri ni bg dia senyum je lar :)

    ReplyDelete
  16. aikkk...dalam lori tu macam...ada binatang tergantung..maybe benda tutt..kut.

    adess...cerita yang last tu lawak..hahaha

    ReplyDelete
  17. hahaha...ada hati ke nak tambah 's'kat ujung tu..

    ReplyDelete
  18. Ops! dlm lori tu mcm merbahaya je haha...bijak2 si isteri tu, jgn hanya nafsu je nak kahwin 3..fikir nafkah tu bo bagi ke tak kan..

    ReplyDelete
  19. Assalam..
    Ada benarnya juga dialog tu...Kalau jam memang membosankan...

    ReplyDelete
  20. sabo jer la time2 jem dok belakang lori oink oink...huhu

    ReplyDelete
  21. 1st time dengar quotes tu: >2=MAMPUsssss!!! hoho!

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...