Home » , » Serius, Aku Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

Serius, Aku Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

Empayar Utama - Monday, October 17, 2011 : 57 comments

Ok cukuple dua entri mengarut pasal ulasan wayang. Tapi terus terang aku bagitau, dua hari aku dok fikir tajuk yang sesuai untuk entri ni tak de yang berkenan. Last-last aku biarkan camtu aja. Dahtu baca pulak entri Afzalsukasuki tentang Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Menulis?? buat aku jadi malu sendiri.

Kat sini ada dua benda aku nak tanya,
jangan ambik ati aaaa. Pertamanya; korang termasuk dalam golongan mana?

a.





b.




c.





d.



e.




f



Blogger yang follow bila nampak orang lain follow blog dia; dalam erti kata lain nampak ada follower je terus follow balik. Entri blogger tu tak baca pun. Kengkadang terbuat ayat follow me I follow you back (macam you jump I jump)

Blogger yang baca entri (dan mungkin beberapa entri sebelumnya) baru buat keputusan nak follow ke tak nak. Tapi sapa-sapa follow blog dia – tanpa segan silu akan follow balik

Blogger yang nengok muka mamat ensem atau awek cun kat kolum follower blog orang lain; pastu jadi follower mamat ensem atau awek cun tadi dengan harapan diorang follow dia balik (hehe serius aku dulu buat camni - buat happa malu nak ngaku)

Blogger hati batu betul-betul memilih untuk follow blog orang lain sebab minat entri blog yang dibaca. Tak peduli orang lain follow blog dia ke tidak

Blogger yang tak nak fikir langsung pasal follower dan blog sendiri pun tak letak kolum follow tu. Tapi boleh bagi komen kat pos entri. Agaknya niat dia nak dapat backlink kot, boleh dapat ke camni?

Blogger yang satu mende pun tak de. Follow tak; kolum untuk orang follow pun takde; nak komen entri pun tabley. Senang cakap konon-konon personal diary tapi publish kat public.

Keduanya; pasal shoutbox (senang cakap ruang sembang tanpa perlu bagi komen kat entri tertentu):

a.







b.


c.


d.




e.



f.



Blogger yang menyinggah kat shoutbox takat nak bagitau dia ada singgah pastu pergi ke blog lain pun buat camtu. Dia harap mereka pasti datang balik dan trafik dia naik mencanak. Peduli apa dengan entri blogger yang dia singgah. Tu yang tak sampai satu minit boleh terjah sampai 20 blog (jangan tipulah mesti ada kan?)

Blogger yang baca entri pastu baru tinggal jejak kat shoutbox. Tak komen pun kat entri tu

Blogger yang baca entri, bagi komen baru tinggalkan jejak.

Blogger yang baca entri, bagi komen tapi malaslah pulak nak tinggalkan jejak (yang ni rasanya paling kurang. Gila apa; inikan salah satu cara untuk visitor lain nampak link korang tu)

Blogger yang tak pasangpun shoutbox tapi tinggalkan jejak kat blog orang lain tak kisahlah melalui komen, shoutbox, atau jadi follower.

Yang ini lagi best – blogger yang rajin baca entri tapi buat derk je. Tak bagi komen, tak follow dan langsung tak tinggal jejak kat shoutbox blogger yang dia singgah tu. Perghhh silent reader nih.

Kat atas tu ada antaranya cara-cara tambah trafik ikut budi bicara masing-masing. Cuma aku fikir follower tu kurang pentinglah. Ianya akan bertambah sendiri tanpa dipaksa. Sebenarnya kita kena rajin maksud aku - rajin lawat blog kawan-kawan lain dan tinggalkan jejak di shoutbox atau komen di ruangan komen. Tak semestinya blog sendiri mesti ada entri baru tiap hari.

Ini analisa seminggu. Nak malu apa unique trafik banyak tu je, dah blogging pun suka-suka

Biasanya melalui saluran percuma untuk ping atau melalui search engine akan makan masa untuk blog kita dijumpai pembaca. Mungkin ok kalau ping kat group blogger yang ada. Kalau follower agak ramai tapi tak rajin pun purata tiap hari akan dapat sepuluh-duapuluh trafik aja. Itu pengalaman yang aku dapat kongsi.

Bukan apa, aku tertarik dengan satu segmen Jom Cari Follower (dah abis dah segmen ni, tapi nak baca klik aja kat hyperlink tadi atau banner bawah) yang terima dekat seratus komen untuk entri itu sahaja. Antara komen-komen tu; aku bersetuju dengan Paris Lipton dan Elih Japahar yang tidak mementingkan follower tetapi mencari pembaca.

Promosi percuma buat blog Rilex’s Sebentar

Dan aku suka kongsi apa yang ditulis oleh Yana Halim dalam blognya Cerita Bahagia di bawah tajuk Mana yang Paling Nikmat menjadi seorang BLOGGER? Jadi boleh tak aku simpulkan yang ratusan malah ribuan followers tak menjanjikan trafik yang diingini kerana apa yang penting ialah pembaca yang setia – itulah follower sebenar.


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

57 comments:

  1. hehe memula mekasih sebab ada backlink nama aku.hehe.

    aku sebenarnya folo mereka yang rajin update entry, entry2 yang bersesuaian ngan jiwa aku dan mereka yang rajin bw ngan aku.

    tapi bila aku bw, ada kalanya yang mntak aku folo balik, aku folo. Ada yang folo aku tanpa suruh difolo, aku tetap folo balik. Bukan apa, memang kdg2 entry dia tak memenuhi piawaian yang aku tetapkan, tapi pada aku ada diantara mereka yang rasa bersemngat bila tgk bilangan folower ramai :) so secara sukahati aku folo mereka dengan harapan bagi semangat pada mereka :)

    aku suka bw sebab aku suka buat kawan :) bila kita dah kenal, mudah utk kita berdiskusi, berbincang tentang blog. Aku pernah nyatakan pendapat aku pada 2-3 orang blogger tapi memandangkan dia tak kenal aku,dia tak boleh terima. Ada jugak yang pesen macamtu. So pada aku..tak kenal maka tak cinta :)

    Tapi aku tetap akan drop komen entry2 blog yang aku terjah dengan senanghati dengan harapan bagi semangat dia menghasilkan entry yang bagus2 nanti :)

    p/s : aku rasa komen aku ni dah boleh jadi satu entry la.hehe

    ReplyDelete
  2. Makasih. Cantik le tu. 2 entri dalam satu hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang aku..singgah blog kawan-kawan blogger dan balas je..haha..

    ReplyDelete
  4. tu diaaaaaaa...siap ada promosi ag..thank yew...tujuan sebenar aku hanya lah ajak blogger join untuk bantu n bg semangat dekat blogger2 yang baru nak naik dimana mereka perlukn follower untuk terus menulis...yup sku setuju dengan reader adalah lebih penting dari follower...:D semoga jadi kawan blogger..:)

    ReplyDelete
  5. @ Mohd Izzar;
    aku separuh-separuh haha

    @ Selendang Merah;
    sebenarnya aku x terfikir pun nak buat entri ni; lepas baca 2 blog (Rilex's Sebentar dan Cerita Bahagia) campur ais kacang, eh bukan; campur Afzalsukasuki tu jadi entri pulak. Aku suka-suka je sambil tolong-tolong takat kemampuan aku. Terima kasih sudi singgah dan bg pandangan hehe

    ReplyDelete
  6. macam ade banyak je jawapan utk tiap soalan..

    selalunye sy akan follow blog yang tak 'semak' maksudnye tak banyak widget lagi satu yang entry die menarik..tak penah la nak tengok rupa baru follow..poyo la sape macam tu..hehe

    tinggal jejak tak tentu..kadang2 lepas bace entry baru tinggal jejak..tak pun tak tinggal jejak, bace entry, komen n blah :D

    ReplyDelete
  7. Tang yang komen tu aku a, b, c, d kot hehe

    Bab yang shoutbox tu memula masa exited terlebih aku golongan yang a tu haha sekarang ni pulak ikut mood kekadang a, kekadang b, kekadang c

    ReplyDelete
  8. entri yang menarik tu yang selalu orang cari. kedua rajin membalas kunjungan orang lain. soal folower tu seri tak kisah sangat. yang penting ialah trafik, sbb trafik yang akan menentukan kedudukan blog kita nanti.

    ReplyDelete
  9. Salam EU,
    1.Saya baca habis entry ini,
    2.Kalau ada blog ttg makan angin dan jalan-jalan tak payah suruh follow, saya follow secara sukarela.
    3.Saya tak memaksa diri untuk memblog, ada jln2, ada la entry.
    4.Walaupun tak banyak entry, pageviews ttp jalan sbb dirujuk orang yg nak makan angin...hehe

    Anyway TQVM sbb singgah blog saya yg skema tu, maklumlah org otai...

    ReplyDelete
  10. Tp yea..mak pun setuju point EU. Bilangan follow yg ramai x menjanjikan kepuasan yg sebenar. Yg penting bagi mak adalah rakan pembaca yg setia. Yg slalu drop komen dan yg 1 kepala. Yg tahu mcmana kita sbnrnya..tu lagi best tau!

    ReplyDelete
  11. tatau nak golongkan saya yang cammana.. hehehhe... sebab x de yang sesuai n betul2 tepat.. heheh

    ReplyDelete
  12. ntahlah,,,aku ni plak jenis akan follow,,,sume yang singgah shoutbox aku,,,hahah,,,tak kesah lah best tak best,,,hehehehe

    btw salam kenal bro :)

    ReplyDelete
  13. aku main sebat jer..

    benda macam nih semua aku penah buat.

    paling penting lau tulis macam nih,kita kena buat dulu lah.jangan tau tulis jer.

    ReplyDelete
  14. bagus entri ini .. analitikal.
    memang blog saya banyak pelawat tapi sikit sangat yang tinggalkan komen. agaknya kerana saya ini pemalas nak komen entri orang.

    ReplyDelete
  15. salam..
    erm, kalau saya..
    saya follow ikut suka..
    if pengisian dalam blog tue ade di samping ada di selitkan unsur2 humour..
    tanpa fikir 80x diri dah click untuk follow..
    dan yang penting blognya bukan berat 20tan..hehe

    bab tinggal jejak tue..
    selalunya akan tinggalkan jejak jika masih tak lupe nak tinggal jejak..
    kalau masa terjah blog baru..
    n tetibe dah baca entri yang menarik hati..
    ofkoslah akan bagi teros komen dekat entrinya..

    p/s: macam nie lah..terus bagi komen kat entri..keh3

    ReplyDelete
  16. pada akak, kalau akak suka blog tu sbb n3 nya menarik, akak akan follow, dan InsyaAllah akan baca n3 yg diupdate...seperti blog akak akan mencari pembaca bukan follower

    ReplyDelete
  17. salam...thnkx n3 bnyk membantu...lepas ni aku akn lebih hargai blogger yg len...cmment jgn x cmment...sekian,follower no 374 melaporkan...roger n out

    ReplyDelete
  18. Terima kasih semua atas jawapan balas. Aku hargai semua pandangan, semoga dapat membantu kita dalam melayari dunia blogging :)

    ReplyDelete
  19. kdg aku rasa follow salah xfollow pun salah. lepas ada pulak up entri gini..adoiyyya...

    puaskan hati org lain memang susah. bila puaskan hati sendiri kata sombong

    so bagaimana?

    ReplyDelete
  20. salam bro. menarik entry ni.
    bg sa, pembaca lebih penting berbanding followers. lgpun kebanyakkan followers ni, dia follow blog kia utk kita follow blog dia balik.
    blog menarik adalh blog yg byk org komen dlm entry nya.. bkn dari bilangan followers.

    ReplyDelete
  21. tak ketinggalan pulak yang tak baca entry langsung ^_^ hehe

    ReplyDelete
  22. topik yg best dibincangkan..hehe tipula kalau xde niat nak follower yg ramai kn..btul x..tapi kalau mi..mi ske bce entry org dlu n komen bru tnglkn jejak n follow blog tu..kalau ada blog len yg follow blog mi..so mi akn follow blik..n still sme..akn bce entry smue tu jgk.. =)

    ReplyDelete
  23. banyak betul komen ni naik semput lak cikgu nak baca..hehe..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih yea @MakNgah; @GematriA™; @ch000tz axoera; @Mimi Nur Farahin Hassan; @Teacher Basariah; wakakakakak baca naik semput tu terbayang Kumpulan Sepah la haha

    ReplyDelete
  25. nampak entry macam best dan seronok je follow, hehe, . . blog yg kalau baca boleh buat aku tersenyum2 sendirian, . . . . :D

    ReplyDelete
  26. hehe yg follow n follow balik tuh macam saya jeh.:P okay sbb saya nak ramai kawan al-maklum baru lagi disini :)

    ReplyDelete
  27. tak tahu laa nak ckp yg mane 1. dah bace smpai bwh lupe pulak yg ats. :p yg pntg dah tggl jejak :)

    ReplyDelete
  28. sekarang nie memang susah nak mencari follower yang sebenar yang betul2 setia dengan entri yang kita buat...

    saya memang akan balas balik kunjungan orang yang datang ke blog saya cuma ambik masa sikit lah.

    yg pertama : saya rasa saya golongan A dan B

    yg kedua : saya A, B, C dan D.


    secara keseluruhan saya akan baca selalu blog yg saya suka dengan gaya penulisan, tajuk entri dan cerita2 yang menarik.

    ReplyDelete
  29. isu follower ni mane2 je ade.....orang yang mula2 berblog sure akan gila follower jadi mula la trademark i folo u folo.....mungkin nak cr semangat tuk terus berblog semua ni terpulang pada selera masing2...

    ReplyDelete
  30. Blogin is not about folowers.. Blogin is about get to know new frenz around da world.. :)

    ReplyDelete
  31. haha, aku sendiri pon tak pasti aku yang mana :P

    ReplyDelete
  32. mula2 aku mmg follow die ble die follow aku..skrg aku follow balik bila aku rase blog die best..+cerita yg menarik

    ReplyDelete
  33. hye.. salam.

    jaja plak folo blogger ikut suke hati jaja..mana2 yg berkenan jaja folo..n jaja bukan jenis mintak balas balik, kalo nk folo semula, dialu-alukan.. :)

    in fact jaja tgk blog yg jaja nk folo tu mesti selalu update,xkesa la femes ke x, ramai followers ke x, ada kebaikan utk semua n pemiliknya mesra alam..hehe. sbb bg jaja perhubungan tu xkira lah di maya atau nyata, kemesraan dlm ukhwah tu penting.. senang nak bwk berbincang and indirectly terasa ikhlas gitu..baru syok berblog and ber'blogwalking' :)ok caloss

    salam kenal dr jaja..

    ReplyDelete
  34. kat PLUS PAGOH-YONPENG takde antu kot, tapi ade kot, . . . apabila jin2 atau setan2 yg duk kat situ sesaje nak menyakat bergurau2 dgn pengguna PLUS, kekadang tu ade kot, . . . maklum le, dikelilingi hutan, . . try lalu kat situ malam2 yg gelap or lepas hujan, . . . nak jumpe diorang ke ? :D aku tak nak jumpe, . . hehe

    ReplyDelete
  35. saya follow~

    mereka yg follow saya..
    mereka yg komen saya..
    mereka yg entri2nya superb..

    :)

    ReplyDelete
  36. thnks sudi singgah APA KATA HATI..

    baru tergerak nak check kotak jerit pagi ni..

    tertarik dgn entri ini...

    kalau sy...sy lebih suka baca entri..kemudian tinggal komen pada entri tersebut..

    sngt2 malas nak tinggal jejak kat kotak jerit tu...

    bab follower...kalau sy ada masa baru sy jejak balik...dan bila dah jejak..sy akan follow kembali... :)

    ReplyDelete
  37. u jump i jump .. haha .. sikit je terasa :)

    ReplyDelete
  38. saye sih ikut pasal a.
    saye tak suka penat nih kepala think 'bout that..

    ReplyDelete
  39. best n3 nih,byk manfaat bagi aku yang penting sesiapa pun dpat manfaat dari blog yang dikarang.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum...


    saya harap saya tak masuk dlm mana2 kategori blogger tu. saya share ape saje yg menarik buat tatapan pembaca. sape nak follow, terpulanglah.

    buat blogwalking pun tak semestinya utk follow atau tgk sape2 yg lawa or hensem. saya lebih suka tgk pd entri menarik yg boleh bagi pengisian pd diri pembaca.

    pasal shoutbox, bagi saya tak perlu kot...

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  42. perkara penting bg kpah ialah baca entry..kemudian kdg2 drop komen..tapi mesti shout...

    ReplyDelete
  43. blogging dengan hati senang, memperbanyak silaturahmi, mencari amal kebaikan :)

    ReplyDelete
  44. nice entri... saya golongan d... tapi kadang2 jadi golongan b...

    ReplyDelete
  45. lalala , agak setuju . tp mcm normal la :) ta tao na komen ape , tapi mcm nak komen . urm . ape ye komen yg sesuai . ohh ! no komen . heehehe

    # fitrah ber-belog tuu ^^

    ReplyDelete
  46. nice blog, would you visit my blog back?

    ReplyDelete
  47. nice blog, would you visit my blog back?

    ReplyDelete
  48. salam bro..

    hehe..aku pun tak tau ketegori yang mana...tapi kalau ikut desription yang paling dekat aku rasa B kot..hehe..tapi ketegori C dulu time mula2 blogging ade gak terpikir lame2 da mementing tulis entry dari follow awek2 cun jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  49. WWAAAAHHHH!!!!! MERIAHNYE!!!!.... hehehee..... berdasarkan entri yg dbca & komen2 kat atas tue.... rsny soalan objektif 'a' smpai 'f' tu suma pun ada terlibat!!... heheheeee.... tgk keadaaan mood & kerajinan diri serta msa yg mgizinkn atau tidak... Wakakakaaa.....

    ReplyDelete
  50. minta maaf lah kalau idea nak sama..betul2 tak perasan =(

    ReplyDelete
  51. folower yg setia adelah mereka yg setia mmbace blog kite .. pedulik hape mereka folo ke tak , tapi sye sayang mereka . sbb mereka yg sbenarnye boleh dijadikan kawan :)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...