Home » » Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^

Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^

Empayar Utama - Friday, December 23, 2011 : 27 comments

Masa-masa kecederaan ni, aku abadikan beberapa keratan menarik dalam shoutmix sebelum tukar shoutbox. Bila baca tulisan kengkawan; rasa eh - bagus na ke belog aku? Macam misz eyza yang memang suka dan tunggu aku pos entri. Dulu guna nama far_east ok pe...

Aku tak paham sangat Inggeris tapi cuma tau tinggal beberapa hari je lagi shoutmix free dah tak boleh pakai. Bukan tak nak update selalu; alasan kerja tu paling munasabahla tapi kena berlaku adil pada kengkawan - juga pada diri aku sendiri. Sebab tu sekali aku pos entri agak panjang dan yang betulnya boleh jadi 2-3 entri berasingan.

Rasa tak adil sebab "AKU POS ENTRI UNTUK BERKONGSI CERITA DENGAN KENGKAWAN; AKU PUN HARAP SIAPA YANG SINGGAH AKAN BACA ENTRI (ENTRI-ENTRI) AKU. SEMUA ORANG PUN NAK BLOG MEREKA DISINGGAH DAN ENTRI MEREKA DIBACA (kecuali tujuan beriklan semata-mata). KALAU DOK POS 5-6-7 ENTRI TIAP HARI BILA MASA AKU NAK LAWAT DAN BACA ENTRI KENGKAWAN?"

Bukan cara aku untuk buat banyak entri harap ramai datang baca pastu aku sendiri tak nak pergi baca blog kengkawan. Kalau semua blogger camni; sendiri baca sendiri punya entrilah... Aku suka baca blog sebab tu pergerakan blogwalking aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatlah lambat.

AVI (gambar hensem atas tu) walaupun blog dia muncul Nov 17, 2011; dah ada akaun dari bulan Ogos 2010 lagi. Guna segala pengalaman selama setahun lebih untuk Perkongsian Hot di Facebooknya. Memula dulu letak widget serumpun (sekarang dah buang) untuk tarik minat pengunjung dari Indonesia sebab tu majoriti pengunjung datang dari sana. Agak susah juga dia nak kekalkan kedudukan yang jatuh dari 101,580 ke 285,662 dan tengokle ranking terkini.

Jika dilihat dari kandungan entri - tiada label cuma akan ada perkataan 'viral', 'kongsi', 'rakan', 'facebook', 'share' dan paparan video (Ini keywords ke bang?). Tajuk berkaitan fesbuk tapi tak nampak akaun fesbuk.

Nampak tak nama Emy Sharmimi Nadia ? Dia ni bulan Ogos baru pos satu entri. Tiap bulan pun satu entri je cuma bulan doblas agaknya sebab banjir jadi tak tau nak buat apa, adalah 6 entri. Memula orang tak tengok pun blog dia tapi dua tiga menjak ni boleh tahan siap dapat banyak gak komen. Dia rajin blogwalking dan guna ayat yang bukan skema hahahahampagas tul ko nih Emy. 5 bulan je dah ada 670 followers (aku setaun berjanggut tau hahahahah). Entri sikit tapi terang cakap aku suka gaya dia menulis.

Nak tengok entri yang memang sikit tapi dapat komen gila-gila punya banyak? Walaupun blog samaran tapi bila diletak kat tempat yang betul (entri sesuai dengan persekitaran pembaca) haaaaa tengok camana respon pembaca:
Sebenarnya tak ada follower langsung pun tak apa; satu entri je pun boleh dapat ribu riban pembaca dan komen pun ribu riban jugak.
Aidanatasya (Ini tambahan je, tak pernah singgah pun kuangkuangkuangkuang ajo tul haku nih) siap ada fesbuk dan takat tengah
bulan doblas 1,564 followers. Tiap entri dapat ratusan ada yang ribuan pelawat. Punyai rangkaian kengkawan yang saling papar entri-entri kisah artis dan sensasi.

Tapi bila setiap pengunjung cuma singgah seminit lebih; majoriti cuma sekali view (auto click ke?) dan tak bacapun entri.
Sapa berani lawan kawan dia ni yang boleh pos 174 entri dalam bulan Feb dan dekat tiga ratus entri bulan Mac 2011? Tau apa tujuan tuanpunya blog belasah dekat lima ratus entri untuk dua bulan berturut-turut tu?

Jadi antara lima kat atas tu - korang nak jadi yang mana satu? Aku nak jadi diri aku sendiri, nak orang kenal aku yang macam ni lah juga... ^_^


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

27 comments:

  1. setiap blog ada gaya dan bahasa yg dapat menarik setiap org utk singgah...serius sgt pun tak boleh juga,hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..tak nak komen apa2..singgah dan baca..tapi tetap komen gak..

    ish!! hairan dak..cakap tak nak komen tapi sampai perkataan ini pon masih lagi menaip komen :)

    ReplyDelete
  3. kalu sy, sy main update je.. xkira ape pun, haha

    ReplyDelete
  4. jadi diri sendiri.berubah untuk kebaikan dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  5. setiap org dgn gaya berblog tersendiri...ye ke...haha tp ada je yg tiru gaya org...apa2 je la...huhuu

    ReplyDelete
  6. Kalau saya satu hari 1 entry pun dah cukup baik.heee :D
    Tulis apa yg termampu jek.

    p/s : Dah tukar shoutbox.^^

    ReplyDelete
  7. nak jd diri sendiri...semua cth2 kat ats tu bleh jd rangsangan utk menulis...semua dengan cara sendiri...nak cari pembaca, pengomen, masing2 cara...apa2 pun, blog ni antara feveret saya...tahniah =)

    ReplyDelete
  8. banyak entri ibarat semai benih...bila dah bercambah...membesar...berbunga...berbuah...mesti orang petik...memang lambat tapi berbaloi...

    ReplyDelete
  9. bapak ar....apa jenis la...

    #ok...aku pun jadi diri aku sendiri..

    ReplyDelete
  10. pernah sampai 101,580 ker? tak perasan plak..eheh entri yg ak tulis pun dr perspektif diri ak sendiri (ikhlas dr hati :p), cuma topik entri jer aku pilih dr facebook dan bukan tentang ak :)

    ReplyDelete
  11. lagi bagus kalau jadi diri sendiri , sbb kite lagi kenal diri sendiri dari orang lain .. :D

    ReplyDelete
  12. jd dri sndri..hihi..y serba tak betol... :D

    ReplyDelete
  13. cikgu main tulih apa yang terlintas di fikiran..orang nak baca, baguslah..taknak baca pun tak kisah..hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  14. setuju ngan empayar.....
    biar pembaca yg baca entry kita.....
    tapi teman kekadang miss jugak....
    kekangan masa tu....kekadang tak sempat nak bw semua....
    kekadang baca jer... tak sempat nak komen....
    tapi yg pasti....
    teman just share ape yg perlu jer....
    tak semua....

    ReplyDelete
  15. setiap org de gaya n cara tersendiri kan? hepi blogging eyh... ^^

    ReplyDelete
  16. sm lebih suka dikenali dengan penulisan sendiri...jd diri sendiri lagi baek..wat apa nak jd diri owg lain..

    ReplyDelete
  17. aku hanya insan biasa


    tetiba tacink..kah3...

    mood xstabil masa stadi week nih...>.< (sedang gila minum nescape bnyak sgt..tapi aku xnk buat entry jadik aku penuhkan komen ko nilah ye pacik ..ahahaha...:D...)---->tetiba cnth gaya pnulisan eden yg sengal..ahahahaha

    ReplyDelete
  18. salam, berkenaan entri saya pasal bonggol unta, cuba refer artikel ni...bukan nk fight, cuma nk share..thanx yea komen =)

    http://blogmaya.com/2010/05/sanggul-arab-adakah-ia-haram/

    sejak skolah belajar dan yg saya faham, memang x boleh sanggulkan rambut hatta memakai tudung hingga nampak seperti bonggol unta. seperti pendapat awak, kalau wanita itu rambut pnjang, bila disanggulkan hingga tinggi, pasti terdetik di hati org< "rambut panjang agaknya"..sebab musabab org imagine bagaimana pnjang rambut perempuan tu la x boleh disanggulakn tinggi..wallhua'lam..sama2 kita belajar =)

    ReplyDelete
  19. mana-mana pun boleh. blog kita, lantak kita lah kan. muahaha

    :D

    ReplyDelete
  20. Terima kasih @Cikgu Ma;

    saya tulis "kalau silap ianya datang dari diri saya sendiri..." dan itu pandangan peribadi saya bukan pandangan umum.

    Blogmaya kongsikan semula emel yang diterima di mana pengirimnya tak ingat samada ia haram, harus atau makruh dan kita sebagai individu sendiri tak begitu jelas dengan hadis tersebut. Blogmaya juga dalam artikelnya tidak berani nak jatuhkan hukum atau kata ianya haram.

    Pandangan ijma' yang jelas adalah perlu bila sesuatu itu agak kabur; bukan kita secara individu. Wallahua'lam kalau silap ianya datang dari diri saya sendiri...

    ReplyDelete
  21. Kongsilah selagi memanfaatkan walau sepatah kata pun teman.

    ReplyDelete
  22. Bukan setakat entry byk2 je yg buatkan kita tak sempat baca entry kawan2. Blogwalking ke blog2 baru utk tambahkan jumlah follower pun membuatkan kita tak sempat nak jengah blog yg kita dah follow.

    ReplyDelete
  23. encik empayar utama : wah.. cantik betul emy sharmimi nadia tuu... nak jd follower dia lah!!!

    HAHAHAHAHAHA.. tetiba rasa nk baca seluruh entries blog en. empayar ni sbb tu perasan ade blog emy kt cni..hahaha...

    ReplyDelete
  24. sangat2 bagus oke blog Empayar Utama...sejak hari pertama dah jatuh chenta dgn gaya penulisan kamu, trosss hati tertarik nak baca apa saja entri yg dipublishkan. sebab tue sedih jugak bila buka blog EU tak der entri terbaru. membuatkan hati tertunggu2 tulisan terkini EU.

    ok ekk nama far_east hihi xper la sempena tahun baru, tukar skit nama ke arah keperempuanan... =)

    antara kelima2 tue, saya nak jadi diri sendiri jugak sebab tujuan utama berblog sbg medium utk mengingati segala kenangan terindah hidup... =)

    ReplyDelete
  25. aku pulak cuba kalau boleh kekalkan 1 hari..1 entry je :)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...