Home » » Suara Hati

Suara Hati

Empayar Utama - Sunday, April 29, 2012 : 10 comments

Salam semua. Lama betul tak buka blog. Sampai feature blogger berubah pun tak tau. Nasib baik ler blog hidup lagi. Dan terima kasih kat Aien Alien dan misz_eyza sebab rajin baca cerita-cerita lama dan tinggalkan komen.

Sebab dah lama tak nengok blog sendiri, banyak benda nak dikemaskini
- fesbuk, nuffnang, churp-churp, alamak alamak Alexa pun lari jauh. Dari bawah empat ratus ribu jadi juta-juta haha. Sidebar pun tetiba tak berfungsi; guna Internet Explorer (IE) je boleh; siapa boleh tolong yea?
Sedih sebenarnya lihat apa yang berlaku semalam di KL. Kalau duduk diam-diam kat rumah, tunggu pilihanraya pastu undilah siapapun yang nak diundi (undikan rahsia); aku rasa itu lebih elok. Masalah seperti apa yang berlaku semalam mungkin tidak berlaku.

Bila aku dah dipilih jadi wakil dan terima hingga 5 kerja tapi selepas 4 bulan aku rasa tak mampu nak buat kesemuanya; aku tak wakilkan orang lain buat kerja-kerja tu. Aku tamatkan kontrak aku secepat mungkin sebelum lebih parah dan cuma ambil 3 jobs aja ikut kemampuan.

Kita dah pilih pemimpin jadi wakil tak kiralah pemimpin pelajar (untuk pelajar) serta pemimpin pembangkang atau pemimpin kerajaan (untuk rakyat yang mengundi). Apa yang kurang, yang perlu diperbaiki - mereka wakil kita. Bila lihat mereka tak boleh; tiap 4 tahun kita diberi mandat untuk pilih lagi. Itulah suara kita. Cukup dengan media cetak (pembangkang ada, kerajaan pun ada); laman web; blog (pembangkang, kerajaan, propembangkang, prokerajaan) semuanya ada. Tak cukup dengan itu, apa wakil yang kita pilih itu buat sepanjang 4 tahun juga boleh kita lihat. Jika ada apa-apa tuntutan, suarakan pada wakil; jika mereka tak boleh buat, kita tukarlah masa undi.

Kenapa nafikan hak rakyat yang boleh buat penilaian setiap 4 tahun sekali? Kita dah diberi hak; dahpun pilih wakil. Wakil buatlah kerja mereka di Dewan Rakyat tu. Kalau mana-mana wakil gagal, rakyat akan nilaikan nanti. Ini tidak. Pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku?

Bila wakil tak mampu buat kerja, rakyat dijadikan wakil bagi pihak mereka. Pemimpin pembangkang wakilkan rakyat yang pilih mereka sebelum ini untuk buat demo disebalik Perhimpunan Bersih kerana tak mampu buat kerja di Parlimen; kerajaan pula wakilkan rakyat yang diwakili oleh pihak polis (juga adalah pengundi pos) kerana tak mampu kawal peserta demonstrasi yang ramai tu. Dalam masa 4 tahun ini pemimpin pembangkang tak mampu betulkan apa kekurangan yang mereka rasa kerajaan perlu betulkan; dan pemimpin kerajaan pula tak mampu mengubah segalanya dalam waktu singkat kerana bertukar pemimpin.

Cuma pendekatan kedua-dua pihak ini berbeza. Pendekatan aku lagilah.....


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

10 comments:

  1. kadang2 terpikir apa motip buat rusuhan macam tue...merugikan negara jer adalah...tapi yang paling sedihnya bila bangsa sendiri diperkotak katikkan demi kepentingan sendiri...

    ReplyDelete
  2. motif utama yang dihebahkan kabur....yang jelas hanya keganasan nampak dimata dari pelbagai pihak, kalau diprovok sekalipun usahlah biarkan emosi kuasai akal...itulah manusia...

    ReplyDelete
  3. aku setuju.semua atas kertas masa PRU nanti.jangan tak turun mengundi sudah laa.kang pemimpin yang kita harap utk wakilkan kita kalah..kita mengamuk sakan padahal tak trun mengundi.appa daaa

    ReplyDelete
  4. Lamakan tak update blog.setuju dengan semuanya atas kertas undian.Tak perlu sampai mencemarkan Malaysia. Saya generasi muda sangat sedih tengok semua tu.

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    Undi kita dikatakan rahsia. Tapi sebenarnya setiap undi bukan lah rahsia kerana slip yang kita dapat, ada nombor siri. Jadi di mana rahsianya?

    ReplyDelete
  6. Kalau masing-masing tahu buat kerja. tak ada masalah :)

    ReplyDelete
  7. semua rakyat berhak bersuara...tapi gunalah saluran yg betul.....
    waktu ngundi nanti buktikan.... bukannya buat huru hara yg menunjukkan betapa lemahnya mentaliti kita.....

    ReplyDelete
  8. Buat semua;
    ini suara hati aku, aku sayang Malaysia, tiap hari dapat bergaul dengan semua bangsa dan agama tanpa rasa takut. Orang lain aku tak tau...

    @Iza Teratak Usang;
    aku tak pandai jawab yang ini cuma jika ikut logik fikiran aku; nombor siri apapun - tujuan dibuat adalah untuk elakkan duplicate copy. Dalam hal kertas undi kita tak tau (manalah taukan...) mungkin ada yang rajin duplicate kertas undi sebelum diagih ke pusat mengundi. Nanti terlepas kat aku 50 keping untuk Parlimen Pontian dan DUN Pulai Sebatang boleh aku masuk kocek pastu masa mengundi aku sorang ada 51 suara... hanya disebabkan tak ada nombor siri - makin rumit rasanya...

    Aku simpulkan nombor siri (dalam hal undi) hanya untuk selaraskan jumlah pengundi dengan bilangan kertas undi jangan sampai terlebih/terkurang berdasar orang datang mengundi. Dari situ baru kita tau peratusan yang turun mengundi. Pihak SPR lebih arif untuk jawab. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  9. Betul jugak tu..kalau tak ada no siri, makin sukar jadinya.
    tapi bab "undi adalah rahsia" rasanya..bukan lagi rahsia kot. Atau pun rahsia antara orang awam. pihak SPR pasti tau hal ni..

    ReplyDelete
  10. Eh hari ini jumpa penjelasan dari SPR tentang nombor siri kat youtube ini linknya

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...