Home » » Yang Nampak Dan Yang Tak Nampak

Yang Nampak Dan Yang Tak Nampak

Empayar Utama - Tuesday, June 12, 2012 : 13 comments

Aku tak nak cerita pasal benda-benda misteri yang boleh nampak atau tak boleh nampak. Aku memang tak tau tu. Jika ada info yang salah dalam cerita aku ini sila tegur untuk kita sama-sama tambah pengetahuan.

Aku nak cerita pasal subsidi, yang juga boleh nampak (dalam bentuk barangan) dan yang tak boleh nampak
(dalam bentuk nilai wang ringgit).

Contoh subsidi barangan yang boleh nampak: Baja, enjin sangkut, komputer riba

Ianya seketul-seketul dan boleh diagih-agihkan

Contoh subsidi yang tak nampak: Nilai ringgit pada gula, beras, minyak (bukan barangan itu sendiri)

Antara Subsidi Dalam Bajet 2012:
Beras – Super Tempatan RM2.40/kilo. Subsidi kerajaan RM0.60/kilo. Harga tinggal RM1.80/kilo
Gula – RM2.50/kilo. Subsidi kerajaan RM0.20/kilo. Harga tinggal RM2.30/kilo

Bila subsidi diberi, kita suka betul cerita pasal minyak. Dan bila sebut minyak, ramai nak tahu pasal duitnya. Kalau minyak contohnya 'diesel' yang diberi subsidi dalam bentuk 'minyak' itu sendiri dan diagih melalui tong dram; ini subsidi yang boleh nampak. Tapi ramai pertikai nilai subsidi pada petrol yang mana ianya adalah dalam bentuk 'nilai ringgit' dan bukan wang ringgit atau duit yang sehelai-sehelai tu.

Jadi bila kita sebut 'nilai ringgit' ianya tak akan nampak duit sedebuk depan mata. Apatah lagi nilai subsidi itu sendiri sebenarnya adalah perbelanjaan yang sepatutnya kita tanggung tetapi orang lain yang dah tanggung bagi pihak kita.

Bila sesuatu perbelanjaan itu telah ditanggung sebahagiannya oleh orang lain (kita panggil subsidi); rasanya memang janggal bila kita sebagai penerima subsidi pertikai apa yang orang lain telah sumbangkan untuk kita...

Itu cerita subsidi. Bagaimana subsidi ini berkait dengan nilai impot dan ekspot? Bila kita cuba ekspot nilai sama dengan impot; akan berlaku tukaran matawang dan nilai matawang ini fluctuate (turun naik tidak tetap) sepanjang masa. Dan bila kita berurusan dengan syarikat besar; nilai impot/ekspot juga besar; dan ambil satu jangkamasa yang panjang - kita perlu buat kontrak. Pada saat kontrak dimeterai; nilai tukaran matawang ditetapkan pada satu kadar; baru boleh mati setem.

Bila kita impot dan ekspot berat tong yang sama; kita kena lihat juga tukaran matawang pada kontrak yang telah dibuat. Yang pastinya wang hasil jualan dan belian tidak masuk atau keluar pada waktu yang sama kerana adanya tempoh kredit (kredit terms).

Sebagai contoh: Syarikat Saya Sdn Bhd berkontrak pada empat tahun lepas dengan Syarikat Anda Pte Ltd pada nilai tukaran RM2.25:S$1. Tahun ini nilai Ringgit jadi RM2.45:S$1. Tempoh kredit pula 120 hari. Bila wang Singapura itu dibankkan di Malaysia hari ini; kita untung RM0.20 bagi setiap S$1. Pembelian pula? Kita akan bayar lebih RM0.0362 tiap S$1 (reverse mode: S$0.4444:RM1 kepada S$0.4082:RM1) Kedua-dua urusan jual beli ini juga ambil kira lain-lain kos yang kena dibayar pada harga semasa seperti levi, transport, permit, duti kastam; di mana kita perlu bayar lebih RM0.20 setiap S$1; ini tiada dalam kontrak. Akan tetapi kandungan kontrak (sebenar) adalah rahsia syarikat baik Sdn Bhd mahupun Berhad.

Bila syarikat saya beli kertas satu kontena  benilai S$100,000 (satu trip); hari ini syarikat tanggung lebihan harga belian RM3,620 tidak termasuk sewa kontena, transport, levi, permit, duti kastam. 6 trip sebulan akan ada penambahan harga belian berjumlah RM21,720 tidak termasuk perbelanjaan 6 kos untuk 6 trip itu. Perbezaan itu boleh jadi untung tetapi jangan lupa nilai matawang adalah fluctuate. Untuk kes minyak, akan ada lagi perbelanjaan tambahan yang perlu ditolak seperti royalti kepada negeri-negeri. Perlu dingat, kos carigali ini bertempoh dan hasil pengeluaran setiap tahun bukan bertambah. Satu hari nanti minyak kita akan habis juga.

Oh ya, ok - Pam-pam minyak sediakan 2 kepala pam: RON 95 dan RON 97. RON 97 adalah minyak kita yang tiada cukai dan kos lain. Jadi harganya mati seperti contoh RM2.90/liter. RON 95 lebih kepada minyak impot sebab itu ada cukai dan kos lain yang ditanggung/subsidi oleh kerajaan. Bila diconvert kepada harga Malaysia jadilah seperti contoh RM1.90/liter. Aku harap pembaca dah faham kenapa nilai subsidi itu berubah-ubah.

Minyak kita bermutu tinggi dan harganya mahal dan kita suruh rakyat asing beli minyak kita dan larang beli RON 95 kerana kita sebagai rakyat boleh pilih nak beli yang mahal atau beli yang murah. Oleh kerana minyak kita ada harga dan bermutu tinggi, kita ekspot untuk jana untung. Kita akan timbal balik urusan jualan dengan urusan belian minyak impot.

Jika kita sebagai rakyat ada lebih wang; kita boleh sumbangkan lebih kepada negara dengan beli RON97. Jika tak mampu nak sumbang lebih, kita masih tetap menyumbang kepada negara melalui RON95. Ada perkara yang boleh kita kongsikan, kita kongsi bersama. Jika ada yang tidak boleh dikongsikan, itu adalah rahsia dan kekuatan negara. Sila beri teguran jika ada salah maklumat yang telah aku cerita di sini. Aku sayang Malaysia dan setakat ini sajalah yang mampu aku jelaskan.



related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

13 comments:

  1. Gini saudara. RON97 dan RON95 bukan datang dari minyak kita. Ianya diimport minyak mentah dari nilai gred yg lebih rendah.

    Ianya kemudian barulah ditapis dan ditokok tambah disini.

    Minyak kita diimport majoriti seluruhnya kerana nilainya yang mahal. Ianya dipanggil TAPIS. Kandungan sulfur 0.08%. Iaitu minyak TERBAIK didunia.

    Minyak ada banyak jenis yg dikawal harga. Ada WTI, ada Brent, ada OPEC dan ada TAPIS.

    Menjadi permasalahan sekarang, kita digelapkan apa yang berlaku terhadap jual beli minyak kita sendiri. Dengan apa alasan, tanya kerajaan bn yg meng undang-undangkan begitu.

    Oleh itu, spekulasi apa yg sebenar berlaku akan terus berlaku kerana tiadanya pengimbang kepada harta berbilion RM yg diperolehi Petronas.

    Kita tidak tahu kemana pergi duit Petronas pergi dgn keuntungan RM bilion2nya. Kemana ianya ditiriskan dan kemana RM itu digunakan? Yg nampak berlaku, duit minyak ini banyak digunakan utk menyelamatkan syarikat kroni yg kerugian.

    Sebab itulah, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berlebihan Petrol perkapita penduduk dan keuntungan yg banyak tiap tahun, tapi harga minyaknya adalah seperti harga negara yang tidak keluarkan munyak.

    ReplyDelete
  2. betul dgn kata2 bro... sekarang baru remy faham......sesungguhnya kita harus bersyukur dgn nilai rege dan apa yg kita dapat pada hari ini.....
    negara luar ada yg sebagus kita..... kalau ada pun, mungkin brunei saja......

    ReplyDelete
  3. @ Mazwandi Mustaffa;
    terima kasih atas respon dan tambah maklumat untuk dikongsi bersama

    1. Saya juga dalam proses belajar dan saya berkongsi bagaimana tukaran matawang pengaruhi kos serta untung/rugi kerana terlibat dalam impot/ekspot bahan kertas; ekspot minyak sawit; buah2an serta sayur-sayur2an

    2. Para pekerja di sykt2 ini tidak perlu tahu bagaimana & ke mana wang sykt dicairkan kerana ini hanya libatkan pihak pengurusan dan jadi rahsia & kekuatan sykt kerana kita tahu banyak pesaing (competitors) di luar sana

    3. Sumbangan oleh pekerja diberi dalam bentuk gaji, insentif, elaun, kemudahan kesihatan, kemudahan lain, cuti, trip, kenaikan gaji, keraian & bonus tahunan. Jika sykt rugi pada satu-satu tahun tertentu pun, mereka tetap dapat imbuhan yang sama – di sini sykt tetap tanggung

    4. Perkara sama juga dipraktikkan oleh syarikat berniaga lain termasuk Petronas

    5. Pada fikiran saya, 3 artikel sdr tak termasuk 1 ‘ kisah benar’ itu mendesak pihak tertentu (dalam kes ini – Petronas) untuk dedah apa yang tak sepatutnya didedahkan. Saya bagi jawapan ringkas di blog sdr dan saya cuba huraikan di blog saya.

    6. Saya alu-alukan kepada sesiapa yang ingin berkongsi info untuk beri pandangan di sini. Saya cuba elakkan blog ini dari jadi blog politik. Mungkin ada yang betul-betul faham tentang RON97. Kita berkongsi untuk ilmu bukan untuk burukkan sesiapa

    ReplyDelete
  4. Sebagai negara pengeluar minyak kakak rasa bagaikan ada yg tidak kena bila pengguna terpaksa membayar dgn jumlah yg tinggi. Walau apa juga alasan diberi cubalah bandingkan dgn negara-negara yg punya hasil carigali minyak...

    "Org Atas" sebenarnya perlu lebih telus bukan jadikan hasil negera sebagai penyelamat 'kocek' masing-masing yg tiris...

    ReplyDelete
  5. panjang cerita kalau nak cerita..so saya pendekkan.

    perasaan bimbang,mencurigai..ragu.tak percaya.n membenci.

    ReplyDelete
  6. apa yg blh komen ialah bersyukur dgn pemberian subsidi yg diberikan oleh kerajaan...

    sbb sbg pekerja yg bergaji cukup2 makan nie, dgn adanya subsidi kerajaan lah boleh menikmati barang keperluan harian.

    ReplyDelete
  7. komen pun dah buat kita terkedu...terima kasih dengan perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  8. Ron 95 importlah. Campur minyak Petronas ujud Ron 97. Ron ringkasan ronda-ronda naik kenderaan

    ReplyDelete
  9. saya tak suka subjek ekonomi @ mata saya memang kero bila baca bab2 mcm nie? hehe. pentelahan yg baik bro.

    ReplyDelete
  10. Assalam..
    Saya pun sayangkan Malaysia tapi saya tak suka kalau ada orang atas yang ambil kesempatan. Kesimpulannya, dulu minat ekonomi dan kira2 tapi sekarang ni semua tu seperti menyesakkan otak..apa2 pun, Alhamdulillah makan, pakai semua cukup.

    ReplyDelete
  11. Bg pendapat saya pula Malaysia sebenarnya mampu untuk kurangkan harga minyak tapi disebabkan beberapa faktor, Malaysia tak dapat lakukan..

    Salah sbb ialah byk projek pembangunan, ada yg nampak, ada yang tak dan ada juga yg terbengkalai lama..

    ReplyDelete
  12. compare dgn negara yg teruk ekonomi..masih beruntunglah rakyat malaysia banyak benda yang disubsidi..apa pun mesti ada pro n contra sesuatu benda tu.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...