Home » » Suasana Di Stesen Bas

Suasana Di Stesen Bas

EmpayarUtama - Thursday, September 13, 2012 : 17 comments

Yang ini berlaku beberapa hari sebelum raya. Terjumpa la pulak karangan Afrina lepas dia ikut aku jenjalan satu hari tu.

Oppps sebelum lupa - sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi untuk menghormati bulan Ramadhan aku tarik lambat sikit. Itupun sebab aku takut ada yang berasa hati baca cerita-cerita
mengarut aku lebih-labih lagi dalam bulan puasa; kurang pulak pahala.

Si Afrina ni peten dia tulis dan baca sama aja. Kalau baca buku tu ada titik pun dia langgar. Jadi dia tulis pun sama; titik hilang ntah ke mana. Meh baca apa yang dia tulis (kalau tak faham bacalah berulang-ulang kali ya ^_^):



Sebetulnya aku bawak dia ke Maybank. Cerita kat luar bangunan hingga ke tingkat bawah tu betullah

Ikut pada nombor giliran aku yang cantik tu; depan aku ada 32 orang lagi. Bayangkanlah - baru pukul 11.29 pagi hari Selasa ada enam kaunter cuma bukak dua kaunter je... Itu yang aku kata ada dua bas.
Yang mee tergantung tu adalah 'commercial ads' kat skrin tv yang dipasang kat dinding. Dekat pukul doblas baru ada sorang mamat bukak satu kaunter lagi.

Setahu aku bank ada ISO standard yang perlu diikuti - rasanya dua hingga ke tiga minit saja untuk setiap pelanggan. Kalau hari tu nampak pelanggan ramai (ngam-ngam grup askar datang ambik elaun kena buat transaksi kat kaunter) kenalah bagi kerjasama. Back-office staff yang ada kenalah pinjam sekejap bagi crowd kurang.

Dua kaunter je beb. Yang sorang tu pulak buat kerja sendiri...

Buat warga Maybank, jangan ambik hati yea. Aku sekadar menegur. Maaf zahir batin sempena Idilfitri ^_^



17 Comments

17 comments:

  1. Kalau ikutkan iso standard pihak bank,sepatutnya gitulah.Tapi kita sebagai pelanggan pun ada iso standard kita sendiri.itu dia orang kene paham la...Macam aku ni nak cepat cepat jugak masuk kebun....he..he..he

    ReplyDelete
  2. haaa abah berbual dengan perempuan cantik mana tue hihi...tulusnya hati afrina yer.


    kadang2 pelik jugak dengan kerenah pihak bank...bila ada orang ramai yang berurusan sangat lah sikit kaunter yang dibuka tapi bila time lengang banyak pulak kaunter yang ada sampai kadang2 panggil nombor tak ada orang yang datang pun.

    ReplyDelete
  3. kalo kt tempat saya BSN selalu x mesra pelanggan...err, pegawai kaunter tu...hehe

    ReplyDelete
  4. mmg tensen menunggu ni...ISO la sangat...huhuu.BSN mmg agak lem...

    ReplyDelete
  5. kantoi abah berbual dengan perempuan cantik...nie Pok Nik tak berani nak bawa anak juga nie..hehehe

    ReplyDelete
  6. dia tulis diari ke apa ni??haha budak2 memang jujur..

    ReplyDelete
  7. suka dekat ayat" kalau mak tau mesti marah.."..

    hehehe.. budak2 ni jujur..

    sal kaunter tu memg btul.. kadang2 ase pelik.awat lama sngt kat kaunter.. hari tu..BSN dah kena sound dngn saya.. geram..sakit hati.. sebb nak kejar ke kelas..

    ReplyDelete
  8. kalau afrina tak ckp... biar uncle remy yg tlg ckp kat mak pasal awek cun tu...... he3....
    jujur sungguh afrina nie.....

    ReplyDelete
  9. bhahaha terbaik ah pina wat karangan..
    cite ikhlas dari hati.. XD

    ReplyDelete
  10. telus dan tulis tulisannya..tapi kelaka.

    ingatkan apa la 'mee tergntung' tu..

    ReplyDelete
  11. mmg terbakar bro klu kena tunggu lama2 camni

    ReplyDelete
  12. bab masuk bank bab sakit hati,...Kancil suruh orang rumah je berurusan

    ReplyDelete
  13. क्या आपको वेब ट्रैफिक चाहिए मैं वेब ट्रैफिक sell करता हूँ,
    Full SEO Optimize
    iss link me click karke dhekh sakte hai - https://bit.ly/2M8Mrgw

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~