Home » » Betul, Perhati Betul-betul

Betul, Perhati Betul-betul

Empayar Utama - Friday, December 7, 2012 : 13 comments

Empat hari lepas terima bil dari TM. Terkejut bila tengok bil bulanan tak seperti biasa. Aku pun baca semua info yang dilampirkan. Nampak oklah kerana pelarasan dua bil kepada hanya satu tarikh saja.

Tapiiiiiiiiiii, agak pelik juga bila tengok bil yang aku terima:
Jadi aku ke TM Point terdekat untuk dapatkan penjelasan. Malangnya pegawai bertugas tidak dapat beri jawapan memuaskan.

Apa masalahnya?



Bil itu perlu dijelaskan sebelum atau pada 10 Disember 2012 tapi TM telah caj pengguna (akulah tu) sehingga 18 Disember 2012. Maknanya aku kena buat bayaran untuk 8 hari ke hadapan walaupun perkhidmatan itu belum digunakan lagi. Patut ke?

Berdasar jawapan pegawai tadi, tarikh itu akan kekal begitu. Ish, kalau nak selaras - selaraskanlah pada 18 haribulan tiap-tiap bulan. Begitu juga dengan tarikh bil yang perlu dibayar. Barulah nampak ada pelarasan. Cepat na nak ambik untung...

Aku beri pandangan aku sebab dalam sebulan pasti akan ada gangguan internet. Pengguna bayar apa yang telah dicaj walaupun talian internet bermasalah. Itu ok lagi. Tapi bila talian internet yang belum diguna telah dicaj awal-awal; apatah lagi dengan gangguan internet yang pasti akan timbul - aku rasa memang tak oklah.

Oh, oh - Sebelum lupa; cerita kali ini tidak disponsor langsung oleh TM yea. Hahahahahahahampagas tul!

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

13 comments:

  1. Salam ...lama tak dengar khabar berita...bercakap pasal TM ni aku tak pernah guna pun...bila baca post ni lagilah punah harapan nak tukar line TM .

    ReplyDelete
  2. salam...
    sesungguhnya anda tidak keseorangan...
    hehe... sama gak kena....
    alasan TM: penyelarasan....

    ReplyDelete
  3. betul jugak.... bukat takat TM jer... line lain pun teruk jugak.... smlm berukband remy tak boleh bukak langsung...... tapi byr tetap full.... padahal...separuh data pun tak habis sebulan..... buat rugi jer....

    ReplyDelete
  4. Biasanya alasan services itulah inilah, service awal tahun, akhir tahun, nak closed account semua kena duit. Duit itulah semua masuk 1 bil.

    ReplyDelete
  5. xfaham..kalau xguna dah caj,... if tetba custmers terminate service.. then duit tu..TM pulangkan ke..? aiggooo

    ReplyDelete
  6. biasa lah EU.. syrkt macam nie jenis nak untung cepat jea.. tu yg caj in advance hihi... repot jea ke SKM ;)

    ReplyDelete
  7. apa yg pasti... sy bukan pengguna TM.. hehe.. <3

    ReplyDelete
  8. akak tak penah tau..sebab bil semua suami yg bayar..hehe bole jawab mcm tu?

    ReplyDelete
  9. pada aku cara diorg xprofesional... sepatutnya.. kalau die nak buat penyelarasan, die kena buat camni.

    penggunaan sekarang sampai 10/12/2012, pastu next month punya bil baru die tambah, maksudnya bil akan datang adalah penggunaan dari 11/12/2012 sampai 18/1/2012 barula orang tak berapa nk marah... kan?

    kalau pasal gangguan tu, kalau speed bwh 70% yang spatutnya, kite buat report then cuba tanya kalau kita boleh dapat rebat dpd kegagalan diorg tu.

    kalau speed bwh 70% tu xpasti blh dpt rebat ke tak, tp klu xdpt langsung tu kite boleh claim rebat. tu yg bapak aku buat masa internet umah bapak aku down beberapa minggu dulu

    p/s: kalau nk ikutkan dh menyampah nk guna TM, tp bila dikaji2 balik, tu jela yg senang n jimat ckit

    ReplyDelete
  10. macam2 cara org nak ambik duit secara mudah..huhu..naya2..

    ReplyDelete
  11. tak perasan..mas guna tm utk line telefon umah n stremyx.baru je bayar, tak perasan pe2 pun..huhuhu

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...