Home » » Dua Puluh Satu Hari Yang Panjang

Dua Puluh Satu Hari Yang Panjang

Empayar Utama - Monday, August 5, 2013 : 11 comments

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat semua. Tiga minggu kebelakang aku teramat sibuk. Sama sibuknya macam masa 'last minit' buat thesis kat Jabatan Akauntan Negara time belajar dulu.

Semuanya bermula 16 Julai lepas. Time syok-syok godeh pc kat opis, aku didatangi seorang kenalan kepada bos
yang minta tolong buatkan review syarikat dia. Hari tu juga aku dibawa ke kilang yang tak jauh cara operasi macam salah satu tempat kerja aku. Dia mintak aku studi dan analisa aktiviti 3 tahun, kenapa syarikat seperti tak boleh buat untung.

Jadi kiranya aku macam pekerja baru je kat kilang tu. Tapi macam mandur je. Tanya itu, tanya ini sebelum tengok audit repot. Nasib baik sistem yang diguna aku agak familiar dan boleh akses. Aku sebenarnya tak pernah buat kerja odit tapi dua minggu kat sana memang itule kerja aku. Masuk minggu ketiga memang pening macam mana nak mulakan repot. Dua hari dah siap dah deraf. Dan bila aku baca balik deraf tu, memang tergezut bila lihat transaksi oleh salah seorang big bos kat situ.

Kenalah aku konsentret kat segala urusniaga berkaitan pulak. Dan bila 'compile' kan dua repot dalam satu, hasilnya memang menakutkan. Aku tak sanggup nak mengadap kawan bos yang mintak tolong aritu, aku kirim pada bos je petang tadi sebelum balik. Itupun cuma 'hardcopy' atas laporan yang dah siap dan pesan bacalah dengan hati yang terbuka.

Tak pasti berapa dia nak bayar aku untuk job tu, cuma iyalah - dalam bulan posa nih aku rasa amat bersalah. Pertama kerana berani masuk campur urusan yang tak sepatutnya aku perhalusi. Keduanya, repot tu akan buatkan beberapa kakitangan beliau kehilangan periuk nasi selepas raya nanti (mungkin...). Aku ada pilihan untuk tidak teruskan dan tarik diri masa minggu kedua tapi aku teruskan juga.

Aku rasa amat bersalah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...



related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

11 comments:

  1. itu amanah namanyer,so xperlu risaulah periuk nasi dorang sbb pandai dorang buat pandailah tanggung kan?rasanyer sy blh agak ape yg berlaku ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ucapkan trimaksih kepada MBAH SUKRO,yang sudah membantu ke susahan saya dengan memberi kan nomor goip ke pada saya.
      saya sangat bersukur sekali karana nomor yang di berikan 4d itu tembus 100%.
      berkat semua itu saya sudah lunasi hutang2 saya sebanyak 150 juta di BANK BRI.
      dan saya sudah buka usaha berkat menang nomor togel yang di berikan sama MBAH SUKRO....

      -JIKA ANDA SERING KALAH DALAM BERMAIN TOGEL...

      1. Di Lilit Hutang
      2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel
      3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel
      4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan Solusi yang tepat.
      HUB MBAH SUKRO DI NO:0823-4347-1626.{ KLIK-DISINI } .angka goip yang di berikan MBAH SUKRO.tidak perlu diragukan lagi.saya jamin 100% tembus.soalx saya sudah pernah membuktikan 3x ber turut2 menang.



      Di jamin anda pasti menang seperti saya>>>>>>
      .(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
      «´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
      ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
      SELAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.

      Delete
  2. mmg tak tahu apa kisahnya..minta ampun pd Allah..minta maaf juga pd yg terlibat..

    apa2 pun dugaan Allah.tabah dan hadapilah semoga akan menjadi lebih baik slps ini..

    selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. erm..buat financial analysis ke apa ni..kita doakan yang baik2 je...mgkn rezeki diaorg kat lain lak..bersangka baik je..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..EU

    menjayakan amanah yg dipikul pun satu tanggungjawab besar. apatah lagi membongkar penyelewengan yg merugikan sykt.

    sapa mkn cili dialah yg terasa pedas nya kan? EU x salah apa2.

    salam aidil fitri utk EU dan famili :)

    ReplyDelete
  5. As salam.
    1.Terima kasih sudi berkongsi ke dlm ruang komuniti ieta.
    2. Sy amat memahami apa yg telah terjadi kerana salah laku dan salah guna kuasa mmg sering terjadi di mana2 pun even siapa pun andai iman tidak memenangi hati masing2.
    3. Apa yang anda lakukan adalah tanggungjawab dan amanah yg Allah berikan kepada anda. Ia merupakan kerja dan tugas utama anda. Jadi, menunaikan tanggungjawab kerja yg merupakan tugas utama anda termasuklah dlm amanah buat anda. Usah dibelenggu rasa bersalah.
    4. Lakukanlah segalanya dgn penuh keikhlasan dan mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T. Insya Allah pahala buat anda berganda jika anda bekerja untuk membantu insan yg memerlukan.Bila kita tolong dan bantu org 1 day, bukan org itu, orglain pula pasti akn tolong kita bila kita dlm kesusahan. Janji Allah itu pasti... :)
    5. Teruskan membenteras penyelewengan yg merupakan amalan murni dan amat memberi kesan kpd kehidupan AKAN DATANG.
    6. Maaf andai terkasar bahasa dan terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. O ya, sy suka lah blog anda ni. Kemas, tersusun dan mmg lain dr yg lain. Sy follow blog & g+ anda. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ieta, saya suka mencuba. Saya dah masukkan blog kamu dalam list saya :)

      Delete
  7. Terima kasih buat semua yang sudi beri pandangan dan semangat

    ReplyDelete
  8. jangan rasa bersalah EU..sebab Eu dah melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh orang berkenaan. Habis kerja tu bermakna terlepas sudah tanggungjawab EU pada kompeni tu. insyaAllah mudah2an bos tu dapat menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...