Home » , » Jika Kamu Masih Di Sini, Maafkan Aku Ya

Jika Kamu Masih Di Sini, Maafkan Aku Ya

Empayar Utama - Sunday, August 25, 2013 : 12 comments

'Cikgu' satu-satunya gelaran istimewa yang dibawa walaupun empunya diri sudah tiada; terlebih istimewanya berbanding 'doktor' hingga encik pulis juga dipanggil 'cikgu'.

Khas buat semua insan bergelar guru / cikgu, aku mulakan dengan ucapan Selamat Hari Guru Raya Idilfitri Maaf Zahir & Batin (bulan raya daaa...)
Sekali lagi mintak maaf kalau cerita ni meragut kemeriahan Idilfitri barangkali. Seingat aku, setiap kali bercerita pasal cikgu atau sekolah, aku akan beri sokongan atas apa juga aktiviti atau tindakan mereka. Tetapi persepsi kian berbeza bila kebelakangan ini aku mula buat perbandingan zaman.

Aku tak pasti sama ada masa yang berubah atau sejujurnya lah - apakah tugas mendidik benar-benar jadi tanggungjawab (amanah) atau sama saja seperti bidang lain (kerana gaji...?) Atau dalam ayat lain; adakah tanggungjawab mendidik lebih utama berbanding sara hidup... atau tiada keseimbangan antara kedua-duanya?

Zaman aku dulu; kami takut betul ponteng sekolah. Bila guru buat kelas tambahan di rumah (dulu tak buat di sekolah) dan salah seorang anak murid tidak hadir (aku le tu) - guru sendiri datang berjumpa ibu bapa. Bila bersukan (di sekolah lain), guru sanggup berpakat kongsi 3-4 kereta ambil pelajar untuk bersama-sama ke acara sukan. Jika menang, mereka belanja makan sebelum hantar kami pulang.

Bila ada apa-apa acara di sekolah, satu senpun tidak diminta dari ibubapa kami (mungkin masa itu sekolah dah cukup duit atau para guru bijak ambil inisiatif untuk dapatkan sumber kewangan). Yang penting, sewaktu acara apa pun di sekolah - tiada gerai jualan. Hanya ibu bapa berkumpul di sana sini untuk lebih mengenali satu sama lain; eratkan silaturrahim bersama para guru yang juga turut serta.

Waktu persekolahan - rotan sebesar jari kelingking memang jadi belasahan kami. Ibu bapa serah bulat-bulat kepada guru dan ayat lazim yang rajin kedengaran "asal jangan sampai cacat sudahlah". Begitu sekali hormat ibu bapa kepada para guru zaman dulu hingga tidak perlu apa-apa 'akta'. Corak disiplin yang ketat hinggakan berbual atau berbaris tidak lurus juga boleh dapat penampar percuma cikgu... Hehe indahnya kenangan zaman sekolah masa itu.

Cerita di sekolah menengah yang memang aku ingat sampai bila-bila - kami diberi tugasan 3 sekumpulan untuk bentang tajuk dan buat presentation (Bahasa Malaysia) dan tiba giliran kumpulan aku; kami bertiga hilang dari kelas menyorok dalam perpustakaan. Kami tahu cikgu akan buat laporan mengajar dalam buku log harian. Dah jenis 'terjal', malam itu kami pecah masuk bilik guru untuk tuang air dalam buku tersebut. Sebelum buat kerja tak berfaedah tu, kami baca dulu apa yang ditulis. Malu sungguh bila catatan laporan tidak seperti dijangka. Cikgu menulis persembahan kami bagus; menepati tajuk diberi; dibuat melebihi masa ditetapkan dan markah keseluruhan kumpulan adalah A. Memang sebak bila baca segala perinciannya. Sama ada 'ego remaja' atau 'terjal melampau', mungkin juga kerana malu yang teramat; hinggalah cerita ini aku kongsikan dalam belog hari ini kami tidak mengadap beliaupun untuk minta maaf. Aku respek semua cikgu kerana kekalkan prinsip guru adalah guru dan anak murid tetap anak murid. Maafkan aku cikgu kerana tidak sempat minta maaf...

Cikgu Jaja, sebenarnya aku takut nak berkongsi cerita ni.
Ada yang tak suka...

Zaman sekarang - apa majlispun jika dianjurkan di sekolah, akan dimaklumkan secara bertulis dengan kepala rasmi sekolah. Tak cukup dengan itu, ada slip derma di bahagian bawah yang mesti dipulangkan bersama 'derma ikhlas'... Dan guru terlebih mendekati anak murid hingga boleh jadi rakan se'fesbuk' kalau tidakpun jadi rakan se'wechat'.

Er, aku tak nak teruskan. Takat ini ajalah...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

12 comments:

  1. zaman sekolah.. mmg papling best dlm hidup. sempoi, keluar masuk sekolah sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah, rasanya tak banyak benda yang miss masa sekolah dulu [especially yang 'tak boleh' kuang kuang kuang] :)

      Delete
  2. Bila kerjaya menjadi satu kemegahan dalam jiwa. Tujuan asal telah lari, maka isi kandungannya lari juga. Manusia suka bermegah-megah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencari Allah;

      lain padang lain belalang...
      terima kasih baca dan beri pandangan ya

      Delete
  3. sms pun ada tau..pemberitahuan mengenai hal ehwal sek..bgus juga tu mudah..kenalah bayar sikit.

    nasib tak tumpahkan air lagi ye..nakal tapi baik ni..

    ikut perkembangan..zaman dah berubah.dulu2 cikgu sendiri pun miskin..faham sesangat.
    skrg ayah pakai hp cap ayam..anak pakai hp cap gajah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah Knor;

      tapi saya pun x faham - pengalaman bertahun-tahun sebagai guru baru boleh capai tahap 'guru besar' sekolah; kenapa tinggal sepuluh hari lagi nak UPSR 'guru besar' kalut mintak pandangan ibu bapa? Kami ni kerja kebun, kerja kilang, tak kerja, kerani/pegawai bank, salesman - layak ke nak bagi pandangan untuk hal ehwal persekolahan yang bukan bidang kami? Ke saja nak bagi soalan perangkap?

      Delete
  4. masih ingat jas aguru hingga kini.. done clik2 juga yer, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita :)

      x nampak nuff, cup cup pun bley hehe

      Delete
  5. assalamualaikum...EU :)

    cikgu EU tu masih ada lagi ker..atau dah meninggal?

    ayie rasa semua org ada kenangan tersendiri masa sekolah dulu...kenangan manis atau pahit berkaitan sekolah dan cikgu...klu dikenang2 balik mcm2 emosi dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mencongak, umurnya masih awal 60an kot. Kalau dia terbaca, mesti dia senyum. Dan geng terjal lagi dua tu akan menyumpah-nyumpah saya hahahahaha

      Delete
  6. rakan se'pesbuk' dan se'wechat' ek?
    ekekekekekeke

    Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin
    Mohon ampun dan maaf atas sebarang khilaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuuuuuullll aku x tipu Man, jangan kata sek menengah, sek rendah; sek agama pun sama naik der...

      Dah hujung-hujung Idilfitri nih aku pun mohon ampun dan maaf atas sebarang khilaf ya Man. Bila nak berblogging semula?

      Delete

Tulislah apapun, aku baca...