Home » » GooglePlus Komen

GooglePlus Komen

Empayar Utama - Thursday, November 28, 2013 : No comments

Bila dah letak dua pilihan komen (multitab) untuk fesbuk dan blogger; terfikir nak letak 3 pilihan komen. Pilihan ketiga tu pulak adalah GooglePlus. Aku test dulu di belog demo dengan keluarkan fesbuk dan letak tabber blogger / GooglePlus.

Perbezaan ketara antara komen fesbuk berbanding GooglePlus melalui
'perkongsian cerita'. Apa yang kita kongsi di fesbuk tidak dipapar dalam kotak komen fesbuk tetapi sebaliknya di GooglePlus.

Jika aku join 10 grup fesbuk dan aku kongsikan cerita terbaru di semua grup tu; satupun tak dikira sebagai komen. Tak keluarpun dalam kotak komen fesbuk. Iyalah berkongsi cerita je, bukan komenpun.

Tapi bila cerita terbaru dikongsi ke GooglePlus hatta ke 'Public' sekalipun ianya dah dikira sebagai satu komen dalam GooglePlus. Kalau aku join 10 komuniti dan aku kongsikan cerita terbaru di semua komuniti tu; hamboih aku dah ada sepuluh komen GooglePlus hahahahahahah banyak tuuuuu komen aku dapat (malulah nak tempek snapshot kat sini huhuhu).

Perbandingan komen blogger dengan komen GooglePlus pulak - apa yang ada dalam kotak komen blogger hanya diterbalikkan di GooglePlus. Kotak untuk komen blogger ada kat bawah manakala kotak untuk komen GooglePlus belah atas. Kalau ada pembaca yang komen melalui GooglePlus barule ada penambahan komen di GooglePlus. Tak caya? Tengok komen kedua-duanya kat bawah:

Ini snapshot blogger komen (ada 7 komen tapi aku ambik yang pertama dan ketujuh aja) :

Ini pulak snapshot GooglePlus komen (samalah; aku ambik yang pertama dan ketujuh aja) :
Penggunaan kotak komen GooglePlus ni bagus kalau kita rajin / banyak dapat komen pembaca menerusi GooglePlus. Kalau ada yang berminat nak bertukar kepada komen GooglePlus atau nak letak kedua-dua (multitab) kotak komen blogger dan GooglePlus sekaligus; gi tanya pakcik gugel ya :)


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...