Home » » Pokok Duit Bukan Ibu Duit

Pokok Duit Bukan Ibu Duit

Empayar Utama - Friday, January 15, 2016 : No comments

Aku ada simpan 4 pasu pokok ni. Tapi bila dengar cerita pasal ia bawak penyakit, susah hati juga. Pokok Duit atau Pokok Ong (nama saintifiknya zamioculcas zamifolia) tak ada kena mengena dengan individu bernama Zami; calculator ataupun buku scrap sekolah folio.

Ni kata orang Cina - bila banyak

bunganya barulah ‘Ong’. Jadi kalau tanam banyak berpasu-pasu tengokle bunganya. Tapi takde bunga pun cantik juga bila pandai susun, kannn...?

Pokok ni antara yang paling senang ditanam. Antaranya: Ambil daunnya yang dah gugur dan tanam separuh – biarkan separuh terdedah. Dua tiga minggu nanti akan berakar dan bertunas melalui akarnya. Dah tu cuma perlu siram seminggu atau dua minggu sekali je. Tak perlu terdedah sangat kepada panas matahari nanti daunnya tak nampak segar berkilat.


Baru-baru nih keluar cerita ia menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM). Ini ada 2 link boleh baca untuk penjelasan:


Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia

SABTU, 19 DISEMBER 2015 @ 5:13 PM
Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia Oleh Haika Khazi

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau 'Ong' dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.



"Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

"Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser
By Editor · On 20/12/2015

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit (zamioculcas zamiifolia) atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau ‘Ong’ dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit kanser darah atau leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

“Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan. “Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sehingga kini kementerian belum menerima laporan mengenai kes tersebut.

Dr Lokman berkata, setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok duit-duit berkenaan adalah penyebab penyakit leukemia.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM, Mohammad Abdullah, pula menafikan dakwaan terbabit dan meminta pihak berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti kukuh bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“USM kesal dengan penyebaran maklumat seperti ini dan berharap pihak berkenaan tampil membantu. Penyebaran maklumat ini wajar dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jadi maknanya di sini:

1. Tumbuhan ini memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan tapi tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan ia menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

2. Setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok ini adalah penyebab penyakit leukemia.

3. Banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser. Sebab bahan kimia yang digunakan, bukan sebab pokok…

Tak lupa kredit kat google dan juga Inspirasi ALAM. Camniler, aku cuma boleh kata - Kat rumah pun kita ada simpan spray nyamuk; dapur gas; set pisau; dan macam-macam lagilah yang merbahaya dan mengancam nyawa jika tidak berhati-hati.

Errr entri ni saja nak sedapkan hati... Eheh...


related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...