Home » » Bounce Rate

Bounce Rate

Empayar Utama - Friday, March 31, 2017 : No comments

Alamak dekat dua tahun setengah Jazz Lover buat request baru perasan aku ada buat entri nih. Sebenarnya banyak, lebih seratus entri aku buat tapi entah kenapa simpan jadi deraf aja.

Sori aaa amoi aku lupa laaa...

Bila ada blog/website; kita nak orang datang dan baca. Jika yang datang tu
suka, dia akan berlama-lama kat situ.

Jika dia lebih suka, dia akan tengok dan baca pula entri lain. Setiap orang yang datang digelar 'unique visitor' dan IP ditangkap buat pertama kali dalam tempoh 24 jam dipanggil 'unique view'. Tiap halaman yang diselak pula digelar 'pageview'. Jadi bila 3 orang datang hari ini ke blog kita, kita dapat 3 'unique visitors / view' dan bila 2 darinya berminat tengok 5 entri lain setiap seorang – kita dapat 10 'pageviews'.


Analisis Nuffnang - dah ini yang aku ada
(Sori sebab tak pasang Google Analytics)

Selalunya halaman yang diselak itu tak akan ikut turutan entri. Ikut suka diorang nak tengok/baca entri mana. Aktiviti pergi ke entri ini, tuju ke entri itu, lompat pula ke entri sana, sini, sinun - digelar 'bounce'. Bila orang menyampah kat blog kita – tak adalah aktiviti 'bounce' ni, kannnn.....

Kekerapan aktiviti tuju entri sana, entri sini dalam blog digelar 'bounce rate'. Lebih ramai orang tuju ke entri-entri lain; peratusan aktiviti tu makin kecik. Maka 'bounce rate' akan turun. Kali ni ini aku cerita pasal 'bounce rate' jah...


Jazz Lover; sebenarnya akupun tak tau ^_^

Kenapa 'Bounce Rate' turun naik? Sebab kita sendiri yang nak jadi camtu. Kalau kita gugel kat sini:
kita boleh baca/dapat banyak maklumat.

Oke ini yang mungkin tak dikongsi lagi:

1. Kita nak orang datang tapi fikirkan sekali kalau orang datang biar mereka baca entri kita. Kebiasaannya nak orang datang agar dapat trafik tinggi. Itu yang join 'autosurf programs'; 'download scripts' yang bukan-bukan; ambik jalan pintas dengan bayar program yang janjikan trafik tinggi; serta masuk program mengarut yang mengundang bot-bot kecil berdayung datang ke belog (kita gelarnya 'bots' bukan orang). Pengunjung sebenar tak datangpun. Masa untuk singgah dah disetkan – 5 saat, 10 saat, 30 saat.


Ini contoh satu 'plug-in' yang boleh set 'timer' dan kalau internet korang laju, boleh bukak banyak 'tab' dalam satu masa. Kat sini masa diset 5 minit untuk tiap 'pageviews' (contoh jer tau).


Gila tul, dalam satu jam cuma 4 'unique views' tapi hambek ko: 125 'pageviews'; satu jam pastu test lagi - 3 'unique views' dan dapat 107 'pageviews'. Best ke buat cenggini?

Jika kita ambil kira 'Click Through Rate' (CTR) untuk iklan, pengendali iklan pun akan tetapkan masa bagi setiap iklan (berbayar) untuk 'earning' CTR dikira.

(contoh jah) Dahla tak sampai dua orang je yang singgah. Pastu nak baca apa kalau singgah cuma seminit? Itu yang 'bounce rate' tinggi

2. Buat entri gila baban sampai doploh tigaploh entri satu hari. Tak bagi can pengunjung lawat blog orang lain hahahahahah. Abis tu nak baca sakan semua entri. Kena pulak majoriti entri kopipes. Dua tiga kali datang menyampahla, kannn... Sebenarnya dulu sebelum ada fesbuk dan twitter, lebih 3 entri sehari boleh dikategorikan 'spamming'. Sekarang aku tak pasti sebab fesbuk dan twitter nak pos apa dan berapa banyak pun takde hal.

3. Entri tak boleh dibaca. Ada iklan kat atasnyalah; tercuit sikit (hover) terus keluar iklan kat 'new tab'lah; rasa macam baca blog dalam hujanlah; kena saljilah; daun-daun kering berguguranlah; rasa macam pergi taman rama-rama pun ado.

4. Walaupun ada pengiraaan untuk 'bounce rate'; kita tak akan tau bagaimana kedudukannya. Iyalah, kalau seratus pengunjung datang, manalah kita tau berapa orang yang dah datang dua tiga kali dalam 24 jam. Mana kita tau mereka syok datang sambil makan pop-corn untuk berlama-lama kat belog kita; mana kita nak tau berapa orang yang akan selak entri-entri lama... Jadi aku cadangkan, dalam entri tu sendiri (atau halaman entri itu sendiri) cuba buat pautan ke link/entri lain.

Selain tu, letak juga link-link yang agak berkaitan di halaman yang sama. Banyak program tawarkan secara percuma benda alah ni seperti linkwithin (eh contoh je tau kang ada pulak yang merajuk sebab program dia aku tak senaraikan); ping program blogmalaya pun ada widget yang lebihkurang; tutorial untuk buat related posts; popular posts; apa-apa ajalah. Yang penting ianya dipapar di halaman entri (kat sidebar pun ok apa); mudah dilihat dan menyenangkan mata memandang...

5. Ada yang kata 'bounce rate' yang baik berada sekitar 20% ke 25%. Disebabkan itu kebanyakan blog/website sebegini akan dapat PR bagus, antara PR4 ke PR7. Tapi kebanyakannya bertumpu kepada satu topik besar (kita panggil dia 'niche') seperti politik, tutorial, sukan; dan sorilah blog rojak aku nak kena tukar jadi satu 'niche' jah semata-mata nak dapatkan 'bounce rate' atau PR bagus.


Tapikan, ramai yang kata "ada aku kisah?"; aku peduli apa... ^_^


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...