Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Meremang Bulu Tengkuk

EmpayarUtama - Wednesday, December 21, 2011 : 37 comments

Cerita ni aku karang sendiri kalau salah tolong betulkan tau. Disebabkan ianya ikut pemerhatian aku, takut jugalah salah maklumat pulak nanti. Kalau tak berjaya meremang naikkan bulu tengkuk mungkin boleh naikkan trafik sekurang-kurangnya kannnn...

Gambar sebelah pulak aku ambik kat blog Sanorhizam seram wooo.
Tak caya gi baca manyak cerita hantu kat situ.

Aku nak cerita pasal tukaran matawang asing link atau omputehnya link exchange. Ada 2 bahagian je yang aku nampak :
1. untuk kepentingan diri sendiri. Ini pun ada banyak cabang; tapi secara amnya dicipta untuk mudahkan tuanpunya blog itu sendiri. Kalau ada pengunjung yang datang ke blog tersebut dan minat untuk klik link blog yang dipaparkan oleh tuanpunya blog tu – kira untunglah blog yang dipaparkan tu sebab kena klik oleh pengunjung. Ini bukan situasi menang-menang (win-win situation) cuma mudahkan tuanpunya blog nak lawat link-link yang dia sendiri paparkan. Antaranya:

a. blog list atau link list yang disediakan blogger. Ianya jadi win-win situation bila berlaku pakatan pembangkang antara dua pihak (A setuju letak link B dalam blognya dan B juga setuju letak link A dalam blognya)

b. Follower widget. Apa yang bagus kat sini aku pun tak pasti (tapi aku letak jugak hahahahampagas tul) sebab sebahagian ikon follower tu bukan ada letak link punnn...

c. Auto-Linkies yang senaraikan link – hanya mudahkan tuanpunya blog lawat balik pengunjung yang letak link kat situ (kalau dia nak lawatlah kan…) tapi bagi pengunjung yang malas blogwalking; bila terjumpa blog yang ada senarai link ni kira bonuslah takyah buang masa pergi tempat lain dah… Sama jugak cam Commentators Widget yang tunjukkan senarai pengomen dan inilah senarai pembaca blog kamu...

d. Linkwithin – ini buat lawa dalam blog aja sebab ia cuma paparkan link-link entri lama yang berkait dengan entri yang sedang dibaca (yang ini pun aku letak hahahahapebendalah aku nih). Lebihkurang je cam Popular Posts yang disediakan blogger. Bukan link exchange pun.

2. untuk faedah pihak yang join. Kat sini bolehlah dikatakan berlaku win-win situation walaupun pada dasarnya kalau orang tak klik link tu tak naiklah trafik kita; kannnnn???? Biasanya link yang ada kat sini siap dengan gambar barulah nampak cantik tambah lagi tajuk yang agak merapu sikit memang orang suka nak klik. Antara program popular:

a. Busuk.org
b. GuaBlog.com
c. OhBelog.com
d. Apesal.com (yang ini ambik masa sikit tunggu kelulusan berbanding 3 program atas)

GuaBlog.com dan OhBelog.com sebenarnya duplikasi progam omputeh - Blogobo.com tapi semua program ini janjikan trafik bila kita paparkan web/blog orang lain dalam blog kita; cuma letakkan kod widget yang diberi ikut kesesuaian sendiri.

Aku ni pandai tulis je tapi tak buat pun. Ada, aku letak kat satu blog baru (opsss sori aku privatekan bermula 1.1.2012) memang untuk cuba terai test program tu semua kalau tak - takde nya aku cerita...

Atas ni screenshot 17.12.2011 baru pasang widget GuaBlog.com je

Yang ni pulak screenshot 18.12.2011 lepas tambah widget OhBelog.com

Nampak cam ok lah sebab lepas pasang widget-widget tu aku terus cabut balik kampung potong nangka; dan dalam tempoh 36 jam dapat 41 trafik hits tanpa buat apa-apa...

Yang ni pulak lepas tambah widget Busuk.org dan Apesal.com dan aku biarkan aja blog tu satu hari satu malam. Memang trafik naik dapat 116 hits tu. Hahahah blog baru tak
berusik pun, aku dah mula berfikir-fikir nak letak semua widget-widget tu kat Ada Cerita, Ceritalah... Sesiapa yang belum pasang tu; trylah, dah terbukti ni...