Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Cuba Masak Sendiri

EmpayarUtama - Sunday, July 5, 2020 : No comments

Semalam cadangnya nak bawa budak budak makan kat luar. Ada satu restoran Kari Kepala Ikan di Sentosa memang sedap. Tapi tukar rancangan nak cuba masak sendiri tengok jadi tak macam masakan restoran tu.

Kepala Ikan Merah beli kat Giant RM11.00. Bendi 5 biji, terung sebiji nanti potong lapan, daun kari beli kat
kedai Acheh tak sampai lima ringgit. Serbuk Kari memang ada stok.

Udang 24 ekor RM17.00. Daun kari bagi 2 – separuh untuk kepala ikan tadi. Yang lain - lada merah, telur, majerin Daisy memang ada stok kat rumah. Tepung jagung je beli ntah lupa berapa ringgit ntah peket kecik.

Restoran tu sajikan otak-otak ikan tapi aku tukar kepada telur ikan. Ada jual kat Maslee Larkin dalam RM7.50 (lebih 400 gram) dapat 3 keping. Telur untuk telur dadar dan serbuk kunyit untuk menggoreng telur ikan memang ada kat rumah.

Dan inilah hasilnya untuk hidangan 9 orang ahli keluarga. Budak budak cakap sama rasanya dengan kat restoran tu. Kos semua sekali (kalau stok barang mentah lain memang tak ada, beli semua) tak cecah RM50:

Kari Kepala Ikan
Udang Goreng Butter
Telur Ikan
6 biji Telur Dadar

Untuk lauk set makanan ni aku jimat lebih 3/4 dari harga makan di restoran. Berbaloi tau. Cubalah...


Bil TNB Melambung?

EmpayarUtama - Sunday, June 21, 2020 : 1 comment

Penggunaan elektrik rumah sekitar RM200 sebulan atau sekitar 525 kWh sebulan. Campur tolak dalam sepuluh ringgit larinya. Jadi bayar jelah macam biasa walau tak terima bil atau bil lambat sampai. Cuma bil bulan Mac boleh terlupa pulak eheh.

Ikut pada bayaran yang dah dibuat, untuk 6 bulan terakhir berjumlah RM1,420 atau RM236.67 sebulan.

Jika ikut bayaran 'yang sepatutnya' cuma perlu bayar RM200 x 6 = RM1,200 je kan?


Kira dah terlebih bayar sekitar RM220 lah setakat 5.6.2020. Okey itu pengiraan aku.


Jadi, ikut bacaan bil terkini (91 hari) jumlah kena bayar ialah RM639.62 dan penggunaan sebanyak 1697 kWh. Bila dibahagi 3 (bulan); tiap bulan lebih kurang RM213.21 atau penggunaan sebanyak 565.67 kWh.

Aku fikir sepanjang 3 bulan ni memang patut kena lebih sikit sebab semua orang ada di rumah, 24 jam setiap hari. Campur bulan puasa, diorang pun kurang tidur. Jadi adalah kenaikan sikit sekitar RM13.21 atau kenaikan penggunaan dalam 40 kWh sebulan.

Ada pula Diskaun Rangsangan Ekonomi 15% dan anggaran terdahulu (yang telah dibayar macam biasa), tup tup jadi negatif RM242.30 (-RM242.30). Tadi pun aku ada tulis macam dah terlebih bayar sekitar RM220 kan?

Haaaaa aku rasa; bil TNB yang diterima tak ada masalah apa-apa. Cuma heran bila ramai merungut bil tiba-tiba melambung... Tak pasti kenapa cuma aku fikir sama ada; (pertama) ada bulan-bulan yang tidak dibayar bilnya dan jadi tunggakan bulanan atau; (kedua) memang bayar tiap bulan tapi tak pernahnya cukup ikut bil yang diterima – dalam erti kata lain, terunggak sikit sikit tiap bulan campur lagi dengan 3 bulannyer bil yang memang tak dibayar (alasan bil tak datang, kannnnnn...); memang tinggi ler bila terima bil terkini. Cuba periksa dulu bil untuk 3-6 bulan terakhir sebelum masuk bil untuk bulan Mac 2020 dan dapatkan anggaran penggunaan (RM & kWh) untuk sebulan. Rasanya tak lari jauhlah, takkan sampai ke Wuhan tu...


Dan terkini, baca juga makluman tentang Bekalan elektrik tidak akan dipotong sehingga 30 Sept - TNB.