Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Twitter Link URL

EmpayarUtama - Saturday, July 25, 2015 : No comments

Aku tak reti nak letak label tips ke atau tutorial untuk cerita ni. Dan satu lagi kalau perkongsian ini salah, mintak maaf awal-awal kepada yang berkenaan ya hehe.

Cerita ni untuk mereka yang beriklan dan kongsi iklan mereka di tempat selain dari twitter. Kalau ada pembaca yang singgah; baca jelah ya mana tau
satu hari nanti teringin nak pasang juga kan, kan, kannnn.

Sebab apa aku kata selain dari twitter? Sebab ada iklan yang dikongsi kat belog sebenarnya tak dapat duitpun kalau kena tekan. Ini kerana link yang dikongsi tu ada sikit salah der. Iklan apa pun tak kisahlah yang penting baca syarat-syaratnya dulu :


Part Ni Aku Cuak Sikit Hahahahahah
Bes tu camana nak dapat link twitternya? Cenggini :
Ikut pada imej atas ni kan, nombor 1 adalah link untuk ke page segala tweet kita sendiri.

Nombor 2 adalah link yang dibekalkan oleh advertiser. Bila kita letak arrow mouse (hover) atas link tu; kita dapat lihat link twitternya di sudut bawah kiri skrin. Klik kanan mouse dan pilih 'Copy link address' (aku letak sebagai nombor 3).

Buka tab baru dan cuba paste link tersebut. Macam ni :

Haaa, link macam itule yang perlu dikongsikan bila ada syarat ...Earnings will only be credited for clicks generated from Twitter. Tapi tak bagitau Twitter Account ke atau Twitter Link ke...

Alasan aku berkongsi cerita ni :
A bersembang ngan pakcik gugel, ternampak link twitter aku. A pergi ke page twitter aku dan berminat dengan iklan Z. Linknya 'haaaacccchooooomm'. A tekan link tu nak tengok apa kandungannya...

B buat blogwalking, singgah kat belog aku. Nampak iklan Z dan berminat nak tau. Linknya 'haaaacccchooooomm' (sama linknya kalau B masuk ke page twitter aku). B tekan link tu nak tengok apa kandungannya...
Sebenarnya aku pun tak pasti bagaimana mereka akan detect sama ada iaya ditekan melalui akaun twitter atau bukan. Cuma yang aku tau, melalui akaun twitter atau di luar akaun twitter; ia adalah link yang sama dan itulah linknya (setelah diperolehi melalui akaun twitter)...


Errr, ini masuk kategori menipu ke?


Dekat Tapi Jauh

EmpayarUtama - Tuesday, July 21, 2015 : 4 comments

Tajuk tak boleh blah. Agak syahdu juga sempena Idilfitri, kannnn.

Tak taulah releven ke tidak dengan contoh di bawah sebab masa tu memang hening masjid pun belum dengar orang baca ayat suci.

5.20 pagi dan memang bukan 'peak hour' punnnn.


'Line' dok putus manjang. Biasanya 'auto connect' tapi
2-3 menjak ni pasal ntah kena buat manual...


'Connection' ada hehe...


'Connected' tapi signal 'poor'...


Satu 'line' lagi tu jiran sebelah punya. 'Signal' kuat tuuu...


Tengok jauh sikit...


Perghhh 'modem' belakang pc jerkkk... Apa cer???

Sebab tu ler aku kata Dekat Tapi Jauh :)


Ni saja jah buang masa sebab kalau siang nanti buat repot rasanya dah 6-7 kali dah kot repot benda sama. Inikan contoh. Diulangi - pukul 5.20 pagi. Hampehhh...



Badan Terkurung Akal Melantun-lantun

EmpayarUtama - Sunday, June 28, 2015 : No comments

Ada seorang ayah dari Kg Laut menulis surat ke anak dia yang ada di Penjara Kajang kerana tuduhan memiliki senjata api & bom tangan ketika perhimpunan di Dataran Merdeka dahulu..

Ayah: "Ajik,, ayoh mu ni doh tuo, sekare rumoh baru lepah boh.. dale rumoh, bawoh rumoh, depe rumoh
penuh denge selut.. pah mu pulok ado dale penjaro. Ayoh tok tahu sapo hok buleh tulong sodok bue selut de cuci rumoh kito ni.?"

[Seminggu selepas itu, Ajik yang duduk dalam penjara Kajang membalas surat ayah dia itu]

Ajik: "minto tulong sangat-sangat, ayoh jangan sodok selut dale rumoh kito tu lagi.. Tunggu Ajik tubik nati baru buat sebab Ajik ado letak pistol kat lantai dale rumoh, peluru dale celoh2 lantai rumoh, senapang ado duk bawoh rumoh, bom ado dale tanoh depan rumoh.." [kata Ajik dalam surat tersebut..]

Rupanya surat itu dibaca oleh pihak penjara terlebih dahulu sebelum diposkan pada ayah Ajik.. Maka keesokan harinya setelah ayah dia terima surat itu, datang 2 lori tentera, 1 trak Polis unit bom dan 2 lori Bomba..

Tanpa banyak bicara mereka segera menggeledah, menyodok selut dan mencuci sekitar rumah ayah Ajik itu untuk mencari senjata api dan bahan letupan.. Setelah seharian mereka mencari dan mencuci, mereka pulang dengan rasa hampa sebab tidak jumpa barang2 tersebut hingga ke celah2 lantai rumah dikorek namun tidak juga jumpa peluru seperti apa yang Ajik bagitahu ayahnya.

[Selepas kejadian itu ayah Ajik hantar surat semula kepada Ajik]

Ayah: "Ajik, maso ayoh terimo surat mu hari tu, ado 3 lori Tentera, Polis dan Bomba mari rumoh oyak nok cari senjata dan bom dale, bawoh & depan rumoh kito.. sampai ko male puok2 tu buat kijo tapi tok jupo pah sudoh.. selut dale rumoh kito pun doh takdo & bersih nyo siram ko bombo baru ni.. Dan loni ayok nok tanyo lagi gapo hok ayoh nok buat pulok ni.?"

[Ajik pun membalas surat tersebut]
Ajik: "Ayoh,, Kalau rumoh doh bersih daripado selut tu, ayoh tulis surat so lagi oyak terima kasih dengan mereka terutamo pegawai penjara hok baco surat hok Ajit hantar ko Ayoh hari tu.."


..ha ha hahahaha.....naka la mung Ajik.

Aku 'bookmarked' cerita ni dari blog Kutukan Dewata walaupun dah 4 bulan aku takut lupa. Jadi aku kongsikan kat sini untuk kurangkan 'stress'. Selamat menyambung puasa :)