Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Belajar Buat Mini BONSAI - Santalia

EmpayarUtama - Wednesday, October 23, 2019 : 2 comments

Tengah Bulan Jun (lepas raya) aku tengok banyak anak pokok Santalia tumbuh nak membesar kat kampung. Gatal pulak rasanya nak ambik beberapa untuk bawak balik JB.

Pokok ni kalau dibela cantikle tapi kalau tak terbela, boleh naik 3-4 kaki. Itu belum campur anak-anaknya yang ikut membesar, rimbun - serabai je.
Tapikan, pokok ni antara yang sesuai kalau buat hiasan bonsai. Nampak kecik, bunganya pun berjambak putih kecik kecik dan wangi tau.
Ini dah 4 bulan aku tanam:
Buat sementara, aku guna bekas air mineral. Ujung tahun kot baru pindahkan ke dalam pasu yang ok sikit hehe.

Sebab tak sabar, aku keluarkan dan basuh akarnya. Pastu susun sikit akar-akar tu nanti tak serabut bila akar tu membesar:

Pastu tanam semula sambil naikkan sikit akarnya bagi timbul. Bubuh air banyak sikit biar tanah mendap lagi ke bawah. Belah kanan bawah ni gambar airnya dah surut:
Rasanya hujung tahun nanti pokok yang ini boleh dipisahkan jadi 3-4 mini bonsai, kalau menjadilerrrr...


Ada doblas anak pokok Santalia aku hangkut dari kampung.

Haa yang ini aku cilok dari gugel: Nama saintifik dia 'Cestrum Noctumum', tergolong dalam keluarga 'Solanaceae' dan berasal dari India. Nama mengarut lainnya: Variegated Water Jasmine / Jeliti Putih / Jeliti Batik / Bunga Dayang / Night Jessamine / Queen of the Night / Night Blooming Jasmine / Lady of the Night / Night Cestrum / Night Queen / Night-flowering Cestrum / Night-flowering Jasmine / ikut sukalah nak panggil apa huhuhuhu.

Banyak gelaran 'Night' tu sebab wanginya mencanak waktu malam. Kalau kat kampung, serammmmmm je bila baunya masuk dalam rumah hahahahahah.

Nantilah aku hapdet keputusan ujikaji belajar buat mini bonsai pokok Santalia ni ujung tahun depan ya :)


Jerebu Bahagian Dua

EmpayarUtama - Sunday, September 22, 2019 : No comments

Bulan Sembilan nih makin menjadi jadi jerebu. Bebudak sekolah yang terkesan syiok terlebih sebab dapat tambahan cuti cuti Malaysia, kannnn.

Banyak jugalah gambar menarik aku terima menerusi wazap.

Di sini aku abadikan antaranya, harap terhibur hehehehe











Lokasi tak pasti...



Jom Tengok Filem BoBoiBoy Movie 2

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2019 : 3 comments

Sejak keluar trailer kat youtube, hero 2 orang tu sibuk betul ajak tengok cerita ni.

So, semalam bawakle si abang dengan kakak dia gi beli tiket di Tebrau City.

Dengar kutipan pun bagus, dah cecah RM 9.9 juta hanya dalam 5 hari setakat semalam.


Haaa tayangan semalam (12.8) pun habis. Nasib baik tayangan untuk hari ni banyak lagi. Tiket tu semalam le belinya...


Sempat lagi nak bergambar dalam mall tu sebelum balik...


...sebelum masuk panggung petang tadi...


...sesi bergambar lagi selepas tayangan...


Boleh terjumpa pulak dinosaur hidup sebelum keluar mall...

Untuk movie ni, aku bagi rating 9.5/10, terbaikkkkk. Ni masih dalam minggu cuti sekolah, bawak bawak ler anak-anak sambil sokong produksi kita, ya :)