Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kelajuan Pakej 300Mbps Ni

EmpayarUtama - Tuesday, May 25, 2021 : 5 comments

Tengahari tadi 'technician' TM datang 'check', katanya 'modem' tak 'support'.

Katanya, kalau 'wireless' pun, bacaan 'download' tu paling tidak berada sekitar 250-270Mbps. 'Upload' tu pula berada di bawah bacaan 'download'. Laptop ngam ngam depan 'modem'. Saya memang tak faham benda-benda ni.



Budak budak nak PDPR kena 'support' guna 'hotspot' masing masing...

...tapi tiap bulan bayar bil TM cam biasa huhuhu...




Salam Lebaran 1442 H - Kita Jaga Kita

EmpayarUtama - Monday, May 10, 2021 : No comments

Hampir 14 bulan jaga diri dari Covid-19, belum sempat lagi bawa dua yang kecil tu ke masjid untuk sama-sama bersembahyang Jumaat.

Insha Allah panjang umur nanti abah bawa juga ya.


...Gambar 2020...



...Lom boleh jenjalan, masih PKP...

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Salam Idilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca EmpayarUtama baik yang kenal secara bersemuka maupun secara maya :)


Tiada Tajuk Yang Sesuai

EmpayarUtama - Wednesday, January 20, 2021 : No comments

PKP bermula 12 Januari 2021 di mana 6 negeri di bawah PKP bersasar adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Proklamasi Darurat pula diumum bermula 11 Januari 2021.

Mari semak jumlah kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam bermula tengahari – hari

sebelumnya bermula dari 12 Januari 2021 :

12 Januari - 3,309 kes baru di mana 5 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 1,007, Johor 442, Sabah 409, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 326 dan Pulau Pinang 317)


13 Januari - 2,985 kes baru termasuk 2 kes import. 4 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 837, Johor 535, Sabah 450 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 289)

14 Januari - 3,337 kes baru di mana 5 negeri teratas masih di bawah PKP bersasar (Selangor 1,036, Johor 460, Sabah 389, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 257 dan Pulau Pinang 234)

15 Januari - 3,211 kes baru di mana 5 negeri teratas tetap di bawah PKP bersasar (Selangor 889, Johor 535, Sabah 514, Kuala Lumpur 401 dan Pulau Pinang 194)

16 Januari - 4,029 kes baru termasuk 8 kes import. 4 negeri teratas pun masih di bawah PKP bersasar (Selangor 1,466, Johor 719, Sabah 449, Kuala Lumpur 347)

17 Januari - 3,339 kes baru termasuk 15 kes import. Pun 4 negeri dengan catatan tertinggi masih dipegang oleh negeri-negeri di bawah PKP bersasar (Selangor 1,314, Sabah 393, Johor 362 dan Kuala Lumpur 334)

18 Januari – 3,306 kes baru (2,198 kes warganegara Malaysia, 1,101 kes bukan warganegara, 7 kes import). Macam biasa, 5 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 1,213, Sabah 432, Johor 329, Kuala Lumpur 250 dan Melaka 156)

19 Januari - 3,631 kes baru (2,754 pesakit warganegara Malaysia, 870 bukan warganegara). 4 negeri di bawah PKP bersasar masih menerajui (Selangor 1,199, Sabah 526, Kuala Lumpur 521 dan Johor 368)

20 Januari - 4,008 kes baru (4,003 tempatan, 5 import). Kedudukan penyumbang tak berubah di mana 4 negeri dalam PKP bersasar merekodkan jumlah yang tinggi (Selangor 1,391, Kuala Lumpur 513, Johor 470, dan Sabah 406)



Sudah masuk minggu kedua PKP dan Darurat berjalan serentak. Angka-angka ini sepatutnya semakin mengecil - ikut logik. Kita tunggu apa sebenarnya ya?

Klook.com