Pagi semalam ok burung pun meriah berkicauan. Lepas hantar anak gi sekolah, singgah beli paper. Parking penuh depan kedai jadi letak jauh sikit tak kisahlah menapak. Anak kecik sempat pesan "Super Ring", kedai satu je baru bukak. Cari, cari, takde daaa. Beli paper patah balik ke kereta dia kata takpelah tapi nak "Twisties Perisa Ayam". Amboiiii betul-betul jadi puan besar.
hero aku tertinggal songkok. Hampeh tulla.
Settle semua, pukul sembilan lebih akupun cabutle gi opis. Dua hari lepas bawak balik kompeninyer cek bukak dekat 80 keping untuk payment bulan sebelas nanti. Aku suka kerja advance (bukan advance duit aaa) jadi tiap-tiap bulan baru memang takde orang kejar aku pasal payment lagi dah. Eh ini tips ke?
Pukul doblas orang rumah tipon bagitau si kakak last minit nak ikut pergi perkhemahan. Bas bertolak kul dua lepas semayang Jumaat satu benda pun tak pack. Adus! Happa lagi balik le on the way singgah sekolah mana tau kot dia tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai abis dah budak sekolah sesi pagi balik semua. Hallemakkkk kena gi rumah baby sitter lagi... Takpe lah anak-anak punya pasal, ikutkan je. Dah siap pack apa yang patut; hantar balik ke rumah baby sitter on the way nak ke masjid. Ingat nak ajak sekali si hero aku semayang Jumaat pastu baru dropkan dia kat Sekolah Agama.

Dia pulak bagi tau tertinggal baju perkhemahan kat rumah. Hadoilaaaa kena patah balik rumah lagi pastu kena ke sekolah kebangsaan dia pulak nak simpan baju tu dalam beg (awal pagi dah tinggalkan beg kat bilik guru lelaki). Sudahnya semayang Jumaat aku ke laut. Disebabkan dah terlanjur ke sekolah, aku terus aja gi opis semula. Bolehlah cuci mata tekel-tekel operator hahaha. Tak sampai dua jam pastu orang rumah tipon lagi bagi tau Aiman kena tinggal bas dok sorang sorang kat sekolah. Haru betullah. (Eh lupa lak bebudak ni ada aktiviti perkhemahan minggu ni. Masa anta beg baju tu aku sembang ngan cikgu diorang kata ada 3 kereta akan tunggu dan bawak anak-anak yang bersekolah agama jadi diorang pergi kemudian). Minggu ni minggu peperiksaan sekolah agama so takde can le budak-budak tu nak ponteng.
Sampai depan sekolah; mak-mak budak sesi petang ada dua tiga orang siap bagitau si Aiman meleleh-leleh air mata kena tinggal sensorang kuangkuangkuang kesiannya... Sebenarnya ada cikgu pompuan tunggu tapi kat mana wayar short aku pun tak tau sebab katanya beg-beg kena kumpul kat bilik guru pompuan. Ikut senarai ada sepuluh orang ambik piksa sekolah agama tapi yang lain tu tak nampakpun batang idung. Patah balik patah balik perjalanan aku dah ngalahkan teksi. Penat seyyy sudahnya nilah dok menaip haha blogwalking semalam terus ke laut...