Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Young & Dangerous vs 24

EmpayarUtama - Saturday, October 15, 2011 : 15 comments

Sebenarnya koleksi cerita Cina aku lebih banyak dari cerita Melayu atau omputeh. Cerita Melayu tu orang rumah aku je rajin layan. Tapi walau cerita Cina, aku tetap memilih bukan pakai sapu je. Kalau jenis yang tak de alih bahasa atau sub-title Inggeris; aku akan ulang tengok sampai aku faham ceritanya. Ntahapahapalah aku ni.
Cerita Young & Dangerous ni dah lama dah sebenarnya. si E-Kin-Cheng ni pun dah tua dah. Masa dulu tu cerita ni biasanya keluar time Raya Cina kira bersaing dengan cerita Jackie Chan. Eh, termasuk pulak satu Born To Be King aku rasa ada kesinambungan dengan 5 koleksi kat bawah ni.

Cerita pasal apa ni sebenarnya? Haaa ini cerita tentang pergerakan kongsi gelap terancang Hong Kong. Pun sama macam Naruto sebelum ni; selain dari semangat setiakawan dan kekeluargaan - ia lebih kepada iri hari dan khianat mengkhianati sesama kawan. Di sini sumpah setia amat penting untuk menjaga hubungan sesuatu puak.

Errrr, jangan ambik yang negatif ya tengok sekali apa yang boleh diambil iktibar melalui cerita Young & Dangerous ni. Alah, senang cerita lebih kurang je lah dengan perangai ahli politik, tak gitu?

Bawah ni pulak, susah sikit aku nak komen. Biasalah cerita omputeh penuh dengan propaganda dan sasaran mereka pasti puak pelampau Islam. Apasal aku boleh minat sangat kat cerita ni ntahlah yang pasti aku memang minat gila sampai Tujuh Season aku amik buat koleksi. Aku tunggu Season Eight : 24-Season Finale keluar ntah bila ntah.

Walaupun ceritanya mengarut (sebab tiap kali jumpa petunjuk, orang tu akan mati huahuahua, hampeh tul). Lagi buat cerita ni jadi gila ialah tiap satu Season cerita 24 (Twenty-Four) memang ngam-ngam akan berakhir dalam tempoh 24 jam. Pada aku, ianya lebih kepada mengajar kita cara berfikir dengan pantas dan membuat keputusan tegas tanpa teragak-agak.

Cubalah tengok salah satu Season cerita ni, pastu korang terus tak tidur 24 jam sebab excited nak tengok sampai mana endingnya... hehehehehe.....


Bantuan Dari Naruto

EmpayarUtama - Friday, October 14, 2011 : 16 comments

Tempoh berkabung 40 hari dah habis. Aku bukak buku baru yea. Yang sudah tu sudahlah.

Khas buat yang rembat PC aku tu; kalau niat untuk buat belajar; aku halalkan semoga ilmu yang diperoleh menggunakan PC tu diguna sebaik mungkin. Prinsip aku rezeki tak ke mana, akan ada rezeki yang lebih baik nanti insyaAllah.
Terima kasih juga kepada yang bagi sokongan duit (hehe, mana ada) moral serta pandangan untuk kembalikan semangat aku yang agak nak hilang.

Ni apa gambar Naruto pulak ni? Iyalah sepanjang sebulan (belah malam) tak buat apapun aku layan DVD aja. Cerita pilihan aku Naruto (episod 1-400); ulang tayang balik movie Cina kegemaran aku: Young & Dangerous; dan ulang tayang semua koleksi siri 24 (Season 1 - Season 7).

Naruto ni; budak-budak, mak bapak budak (aku le tu) memang gemar apa lagi kalau TV3 siap alih bahasa Melayu. ASTRO tak yah cakapla, dok ulang-ulang je.

Pada sapa-sapa yang nengok animasi ni, apa yang korang minat sangat haaa? Aku pun pening gak cerita dia banyak flashback cuma apa yang aku dapat belajar ialah bagaimana hidup bermasyarakat; cuba ubah sikap manusia hingga lawan jadi kawan dan banyak falsafah dalam hidup bermasyarakat.


Lupa pulak siri yang mana satu ntah ada disebut: "That's what relationships mean to people. Because people cherish these relationships". Cerita dia sama aja dari satu generasi ke satu generasi cuma tiap watak tetap akan ada ceritanya masing-masing.

Rugi tak tengok wooo, sekarang ni dah siri ke 558. Aku tunggu koleksi 401-500 keluar mesti nak sambar. Dan aku amat suka lagu tema lebih-lebih lagi kalau dapat yang sentimental. Tapi tak de lah pulokkk. Lagu ni pun ada dalam movie Kung Fu Panda. Nak layan? Cubalah dengar:



Sekadar formaliti, iya ke?

EmpayarUtama - Wednesday, October 12, 2011 : 25 comments

Bila kena batang hidung sendiri baru padan muka aku. Maaflah ya dekat dua bulan sunyi takde cerita. Yang betulnya laptop 'cari makan' aku kena rembat masa raya kelima (Sabtu 3/9/2011). Memang aku tak sangka hanya kerana percaya pada insan bergelar manusia. Kira aku cuailah.

Walaupun aku dapat hubungi
individu-individu terlibat, tapi tak ada bukti dan masing-masing tak mo ngaku. Siap dua antara individu tu ajak runding pulak pasal laptop tu. Terbakar betul. Jadi selepas bagi peluang selama 24 jam; petang Ahad tu aku terpaksalah buat laporan polis.

Bukan apa cuma macam yang aku cerita dalam entri-entri yang sudah – aku kerja kat rumah dan laptop tulah 'kerja' merangkap periuk nasi aku. Aku kehilangan kontrak kerja dua syarikat sebab semua job-job aku dah programkan dalam laptop. Jadi kenalah pergi ke ofis tiap-tiap syarikat untuk aku buat kerja. Masalah timbul bila aku cuma sempat pergi ke 2 tempat je;
2 lagi tak sempat. Hampeh tul. Beli laptop lainpun kena ambik masa juga nak buat semula program untuk semua 4 kompeni tu. Dokumen peribadi ke, password ke tolak tepi dulu. Barang-barang kerja lebih penting. Panas betul, memang hati aku panas.

Yang herannya banyak lagi barang lain dekat hall tu diorang tak minat pulak. Laptop aku juga yang diorang nak.


(Kenapalah tak nak amik 2 bijik PSP tu; atau LG Card Reader sekali ngan Pendrive, Motorola dan NOKIA enset; atau Pioneer Car Audio (DVD upgraded siap dalam beg kertas tinggal angkut je); Clarion Car Audio (pun DVD upgraded) ke; tak pun set SONY Home Theater Player?)

Ok meh aku kongsi apa yang aku nak cerita sebenarnya. Sebelum tu mintak maaf dulu kepada encik polis dan siapa-siapa yang ada pertalian dengan pihak polis yang baca entri aku. Bukan nak burukkan polis tapi sikap segelintir yang jadi barah dalam pasukan.

Camni ceritanya: Pertamanya terima kasih kepada pegawai penyiasat yang sudi ambik kes aku dan bagi nasihat tentang kesan laporan dibuat yang melibatkan ahli keluarga.

Sebenarnya aku juga minta nasihat sebuah syarikat talian komunikasi yang terangkan segala maklumat panggilan keluar-masuk serta sms keluar-masuk memang disimpan oleh syarikat telekomunikasi. Ada borang rasmi disediakan dan jawapan hanya dalam 5 hari sahaja. Tak lama pun. Kebetulan individu-individu disyaki menggunakan perkhidmatan yang sama dan pihak polis sahaja yang boleh mendapatnya untuk tujuan siasatan.

Setelah dua hari; aku cuba dapatkan maklumbalas pegawai penyiasat tapi jawapannya belum ada apa-apa perkembangan lagi walaupun telah menemuduga beberapa individu yang disyaki. Aku mencadangkan perkara di atas kerana maklumat yang diperlukan hanya sekitar jam 8.30 malam 3/9/2011 hingga jam 8.30 pagi 4/9/2011. 12 jam aja dan semua 4 nombor telahpun aku berikan kepada beliau. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa berlaku pada malam tersebut yang membawa kepada kehilangan laptop aku. Apa respon beliau?

Pegawai tu boleh tanya balik, aku nak suruh dia buat macam tu ke? Terdiam aku tak tau nak jawab apa. Aku rasa ini antara tugas beliau. Aku mula terfikir bagaimana prestasi dinilai – melalui jumlah laporan yang diterima atau melalui jumlah kes yang diselesaikan? Adakah peratusan kes yang berjaya diselesaikan atau peratusan kes yang diterima mencerminkan prestasi seseorang? Inikan tanggungjawab, amanah yang perlu dilaksanakan?

Atau, laporan diterima akan dikelas-kelaskan dahulu dan keutamaan diberi kepada kes-kes penting? Ada hieraki juga ke dalam mengendalikan kes? Laporan aku dah 39 hari – lebih sebulan dan aku dah hilang 2 kerja pun. Bolehkah aku simpulkan begini: Kalau sesiapa kehilangan barang; buat laporan polis hanya sekadar untuk formaliti jangan sampai orang kata 'Eh tak repot polis ke?' pastu laporan tu hantar laminate dan framekan buat kenangan barang yang hilang.

Aku mintak pendapat pembaca, perlukah aku tarik balik laporan tu? Bukan sebab nak pulihkan kekeruhan yang melibatkan keluarga cuma aku tak pasti kes itu akan diambil serius atau tidak. Laptop boleh beli berapapun tapi program 2 syarikat sebagai bukti kehilangan dan kehilangan kerja aku amat penting untuk bersihkan diri aku yang 'bukan kerja main-main'…..