Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Serius, Aku Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

EmpayarUtama - Monday, October 17, 2011 : 69 comments

Dua hari aku dok fikir tajuk yang sesuai untuk entri ni tak de yang berkenan. Last-last aku biarkan camtu aja. Dahtu baca pulak entri Afzalsukasuki tentang Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Menulis?? buat aku jadi malu sendiri.

Kat sini ada dua benda aku nak
tanya, jangan ambik ati aaaa. Pertamanya; korang termasuk dalam golongan mana?
a.





b.




c.





d.



e.




f




Blogger yang follow bila nampak orang lain follow blog dia; dalam erti kata lain nampak ada follower je terus follow balik. Entri blogger tu tak baca pun. Kengkadang terbuat ayat
follow me I follow you back (macam you jump I jump)

Blogger yang baca entri (dan mungkin beberapa entri sebelumnya) baru buat keputusan nak follow ke tak nak. Tapi sapa-sapa follow blog dia – tanpa segan silu akan follow balik

Blogger yang nengok muka mamat ensem atau awek cun kat kolum follower blog orang lain; pastu jadi follower mamat ensem atau awek cun tadi dengan harapan diorang follow dia balik (hehe serius aku dulu buat camni - buat happa malu nak ngaku)

Blogger hati batu betul-betul memilih untuk follow blog orang lain sebab minat entri blog yang dibaca. Tak peduli orang lain follow blog dia ke tidak

Blogger yang tak nak fikir langsung pasal follower dan blog sendiri pun tak letak kolum follow tu. Tapi boleh bagi komen kat pos entri. Agaknya niat dia nak dapat backlink kot, boleh dapat ke camni?

Blogger yang satu mende pun tak de. Follow tak; kolum untuk orang follow pun takde; nak komen entri pun tabley. Senang cakap konon-konon personal diary tapi publish kat public.

Keduanya; pasal shoutbox (senang cakap ruang sembang tanpa perlu bagi komen kat entri tertentu):


a.






b.


c.

d.




e.



f.



Blogger yang menyinggah kat shoutbox takat nak bagitau dia ada singgah pastu pergi ke blog lain pun buat camtu. Dia harap mereka pasti datang balik dan trafik dia naik mencanak. Peduli apa dengan entri blogger yang dia singgah. Tu yang tak sampai satu minit boleh terjah sampai 20 blog (jangan tipulah mesti ada kan?)

Blogger yang baca entri pastu baru tinggal jejak kat shoutbox. Tak komen pun kat entri tu

Blogger yang baca entri, bagi komen baru tinggalkan jejak.

Blogger yang baca entri, bagi komen tapi malaslah pulak nak tinggalkan jejak (yang ni rasanya paling kurang. Gila apa; inikan salah satu cara untuk visitor lain nampak link korang tu)

Blogger yang tak pasangpun shoutbox tapi tinggalkan jejak kat blog orang lain tak kisahlah melalui komen, shoutbox, atau jadi follower.

Yang ini lagi best – blogger yang rajin baca entri tapi buat derk je. Tak bagi komen, tak follow dan langsung tak tinggal jejak kat shoutbox blogger yang dia singgah tu. Perghhh silent reader nih.

Kat atas tu ada antaranya cara-cara tambah trafik ikut budi bicara masing-masing. Cuma aku fikir follower tu kurang pentinglah. Ianya akan bertambah sendiri tanpa dipaksa. Sebenarnya kita kena rajin maksud aku - rajin lawat blog kawan-kawan lain dan tinggalkan jejak di shoutbox atau komen di ruangan komen. Tak semestinya blog sendiri mesti ada entri baru tiap hari.


Ini analisa seminggu. Nak malu apa unique trafik banyak tu je, dah blogging pun suka-suka

Biasanya melalui saluran percuma untuk ping atau melalui search engine akan makan masa untuk blog kita dijumpai pembaca. Mungkin ok kalau ping kat group blogger yang ada. Kalau follower agak ramai tapi tak rajin pun purata tiap hari akan dapat sepuluh-duapuluh trafik aja. Itu pengalaman yang aku dapat kongsi.

Bukan apa, aku tertarik dengan satu segmen Jom Cari Follower (dah abis dah segmen ni, tapi nak baca klik aja kat hyperlink tadi atau banner bawah) yang terima dekat seratus komen untuk entri itu sahaja. Antara komen-komen tu; aku bersetuju dengan Paris Lipton dan Elih Japahar yang tidak mementingkan follower tetapi mencari pembaca.

Promosi percuma buat blog Rilex’s Sebentar

Dan aku suka kongsi apa yang ditulis oleh Yana Halim dalam blognya Cerita Bahagia di bawah tajuk Mana yang Paling Nikmat menjadi seorang BLOGGER? Jadi boleh tak aku simpulkan yang ratusan malah ribuan followers tak menjanjikan trafik yang diingini kerana apa yang penting ialah pembaca yang setia – itulah follower sebenar.


Young & Dangerous vs 24

EmpayarUtama - Saturday, October 15, 2011 : 15 comments

Sebenarnya koleksi cerita Cina aku lebih banyak dari cerita Melayu atau omputeh. Cerita Melayu tu orang rumah aku je rajin layan. Tapi walau cerita Cina, aku tetap memilih bukan pakai sapu je. Kalau jenis yang tak de alih bahasa atau sub-title Inggeris; aku akan ulang tengok sampai aku faham ceritanya. Ntahapahapalah aku ni.
Cerita Young & Dangerous ni dah lama dah sebenarnya. si E-Kin-Cheng ni pun dah tua dah. Masa dulu tu cerita ni biasanya keluar time Raya Cina kira bersaing dengan cerita Jackie Chan. Eh, termasuk pulak satu Born To Be King aku rasa ada kesinambungan dengan 5 koleksi kat bawah ni.

Cerita pasal apa ni sebenarnya? Haaa ini cerita tentang pergerakan kongsi gelap terancang Hong Kong. Pun sama macam Naruto sebelum ni; selain dari semangat setiakawan dan kekeluargaan - ia lebih kepada iri hari dan khianat mengkhianati sesama kawan. Di sini sumpah setia amat penting untuk menjaga hubungan sesuatu puak.

Errrr, jangan ambik yang negatif ya tengok sekali apa yang boleh diambil iktibar melalui cerita Young & Dangerous ni. Alah, senang cerita lebih kurang je lah dengan perangai ahli politik, tak gitu?

Bawah ni pulak, susah sikit aku nak komen. Biasalah cerita omputeh penuh dengan propaganda dan sasaran mereka pasti puak pelampau Islam. Apasal aku boleh minat sangat kat cerita ni ntahlah yang pasti aku memang minat gila sampai Tujuh Season aku amik buat koleksi. Aku tunggu Season Eight : 24-Season Finale keluar ntah bila ntah.

Walaupun ceritanya mengarut (sebab tiap kali jumpa petunjuk, orang tu akan mati huahuahua, hampeh tul). Lagi buat cerita ni jadi gila ialah tiap satu Season cerita 24 (Twenty-Four) memang ngam-ngam akan berakhir dalam tempoh 24 jam. Pada aku, ianya lebih kepada mengajar kita cara berfikir dengan pantas dan membuat keputusan tegas tanpa teragak-agak.

Cubalah tengok salah satu Season cerita ni, pastu korang terus tak tidur 24 jam sebab excited nak tengok sampai mana endingnya... hehehehehe.....