Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Semalam Yang Ceria

EmpayarUtama - Saturday, October 22, 2011 : 21 comments

Pagi semalam ok burung pun meriah berkicauan. Lepas hantar anak gi sekolah, singgah beli paper. Parking penuh depan kedai jadi letak jauh sikit tak kisahlah menapak. Anak kecik sempat pesan "Super Ring", kedai satu je baru bukak. Cari, cari, takde daaa. Beli paper patah balik ke kereta dia kata takpelah tapi nak "Twisties Perisa Ayam". Amboiiii betul-betul jadi puan besar.
Aku ikutkan juga patah balik cari. Takde jugak. Patah balik bagi duit kat dia gi beli sendiri apa yang dia nak sebab aku memang tak pandai beli jajan-jajan ni. Merajuklah pulak ekeleeeeee.....

Sebenarnya hati ada sikit tak syiok sebab sebelum ke sekolah pagi tu kena singgah rumah baby sitter dulu;
hero aku tertinggal songkok. Hampeh tulla.

Settle semua, pukul sembilan lebih akupun cabutle gi opis. Dua hari lepas bawak balik kompeninyer cek bukak dekat 80 keping untuk payment bulan sebelas nanti. Aku suka kerja advance (bukan advance duit aaa) jadi tiap-tiap bulan baru memang takde orang kejar aku pasal payment lagi dah. Eh ini tips ke?

Pukul doblas orang rumah tipon bagitau si kakak last minit nak ikut pergi perkhemahan. Bas bertolak kul dua lepas semayang Jumaat satu benda pun tak pack. Adus! Happa lagi balik le on the way singgah sekolah mana tau kot dia tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai abis dah budak sekolah sesi pagi balik semua. Hallemakkkk kena gi rumah baby sitter lagi... Takpe lah anak-anak punya pasal, ikutkan je. Dah siap pack apa yang patut; hantar balik ke rumah baby sitter on the way nak ke masjid. Ingat nak ajak sekali si hero aku semayang Jumaat pastu baru dropkan dia kat Sekolah Agama.

Dia pulak bagi tau tertinggal baju perkhemahan kat rumah. Hadoilaaaa kena patah balik rumah lagi pastu kena ke sekolah kebangsaan dia pulak nak simpan baju tu dalam beg (awal pagi dah tinggalkan beg kat bilik guru lelaki). Sudahnya semayang Jumaat aku ke laut. Disebabkan dah terlanjur ke sekolah, aku terus aja gi opis semula. Bolehlah cuci mata tekel-tekel operator hahaha. Tak sampai dua jam pastu orang rumah tipon lagi bagi tau Aiman kena tinggal bas dok sorang sorang kat sekolah. Haru betullah. (Eh lupa lak bebudak ni ada aktiviti perkhemahan minggu ni. Masa anta beg baju tu aku sembang ngan cikgu diorang kata ada 3 kereta akan tunggu dan bawak anak-anak yang bersekolah agama jadi diorang pergi kemudian). Minggu ni minggu peperiksaan sekolah agama so takde can le budak-budak tu nak ponteng.

Sampai depan sekolah; mak-mak budak sesi petang ada dua tiga orang siap bagitau si Aiman meleleh-leleh air mata kena tinggal sensorang kuangkuangkuang kesiannya... Sebenarnya ada cikgu pompuan tunggu tapi kat mana wayar short aku pun tak tau sebab katanya beg-beg kena kumpul kat bilik guru pompuan. Ikut senarai ada sepuluh orang ambik piksa sekolah agama tapi yang lain tu tak nampakpun batang idung. Patah balik patah balik perjalanan aku dah ngalahkan teksi. Penat seyyy sudahnya nilah dok menaip haha blogwalking semalam terus ke laut...



Aku Yang Tak Berapa Ikhlas Agaknya

EmpayarUtama - Thursday, October 20, 2011 : 26 comments

Hari ni aku cuba buat entri pendek, kalau jadi terpanjang sori lagilah yea. Sekurang-kurangnya aku cuba.

Kita selalu nampak orang bagi sumbangan berbentuk replika cek. Tapi kenapa yea sumbangan tu berbentuk replika cek dan ada orang salam-salam, ada beberapa orang kat keliling senyum-senyum, ada majlis, ada jurugambar, dan yang paling penting
nak tayang gambar tu?

Aku terfikirkan benda-benda ni:

a. Sumbangan tu memang ikhlas
b. Peruntukan dah ada jadi kena bagi tapi mesti dalam satu majlis
c. Dalam aturcara; ianya antara acara kemuncak biasanya sebelum penutup tirai
d. Penyumbang nak tambah popular takut orang tak kenal pulak nanti
e. Gambar sebagai bukti ada sumbangan takut jadi isu politik
f. Gambar sebagai bukti ada sumbangan boleh dapat rebat cukai
g. Nak dapat puji-pujian, jadi a. tu tak terpakailah wakakakakak
h. Aturcara majlis dah ada, kenalah buat camtu hahaha
i. Memang kena formal, takut penganjur atau pihak lain songlap sebahagian duit tu
j. Aku dah tak boleh fikir yang lainlah


Sumbangan di majlis perkahwinan selalunya ada buah tangan untuk di bawa pulang. Ni gamba kat entri Di Sebalik Majlis Perkahwinan Anak Bongsu Pak Lang

Tapi kalau memang tak boleh nak elak; takat tunjuk gambar lebih kurang camni takkan tak boleh kot?

Sumbangan besar selalunya kena buat majlis. Majlis tu pulak makan belanja ribu riban. Sekarangkan zaman IT apa salahnya transfer je sumbangan tu takyah buang duit buat majlis (duit majlis tu duit sapalah yea?).
Hantar wakil ke pejabat aja pun boleh apa.

Agaknya sebab tulah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ada perkataan 'sumbang' dengan dua maksud. Tak percaya cuba gugel kat Wikikamus.

Boleh berubahke; entahle...