Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Dah Sampai KL Pun

EmpayarUtama - Monday, October 24, 2011 : 34 comments

Dulu polis pernah merajuk tak jaga trafik sebab isu apa ntah, aku pun dah lupa. Pastu dalam dua minggu lepas ada notis gangguan elektrik kat kawasan tertentu. Tapi macam tak ada 'collaboration' antara Tenaga Nasional dan polis trafik. Sudahnya simpang empat berlampu isyarat sesak teruk.

Dan dua hari lepas nak balik kampung siap ujan lagi tempat yang sama pun
takde lampu isyarat. Mana encik pulis?
Gambar-gambar kat atas tu sekitar pukul 3.30 petang. Jarak JB-Pontian cuma 65km kalau bawak 65km sejam boleh sampai dalam sejam aja kan? Kat bawah ni dah gelap tapi baru sampai Pekan Nenas. Jem teruk sebab eksiden 6 kereta kat Lebuhraya Skudai. Kena pulak depan aku; ish rasanya macam tak boleh kot:
Dahla ujan blom berenti betul; lori pulak tak bertutup nampak ekor cam kenal aja. Kena samak ke kereta aku bila sampai Pontian? Hampeh tulla...

Tak pe, kita sedapkan hati baca cerita lawak yang aku dapat dari Rhea Scarlett 4 jam tadi :

Dialog antara sepasang suami isteri.. suami bercadang nak buka cawangan baru.. ^_^

Suami : Lelaki kalau kawin 3 barula betul..

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba fahamkan ni, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" is three (isteri). Betul tak?

Isteri : Tapi abang kena faham juga tentang "singular" dan "plural".

Suami : Cemane lak tu?

Isteri : Kalau satu "Singular", kalau dua atau lebih "Plural".

Suami : Apa kaitannya?

Isteri : Satu kereta = car sebagai singular, dua atau banyak kereta = cars sebagai plural.

Suami : Ooooh… tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Pandai pun. Jadi, sama juga la untuk abang. Satu isteri abang MAMPU, jika dua atau lebih isteri dah jadi plural, tambah "s", maka abang MAMPUS.




^_^



Takotnyer haku...



Semalam Yang Ceria

EmpayarUtama - Saturday, October 22, 2011 : 21 comments

Pagi semalam ok burung pun meriah berkicauan. Lepas hantar anak gi sekolah, singgah beli paper. Parking penuh depan kedai jadi letak jauh sikit tak kisahlah menapak. Anak kecik sempat pesan "Super Ring", kedai satu je baru bukak. Cari, cari, takde daaa. Beli paper patah balik ke kereta dia kata takpelah tapi nak "Twisties Perisa Ayam". Amboiiii betul-betul jadi puan besar.
Aku ikutkan juga patah balik cari. Takde jugak. Patah balik bagi duit kat dia gi beli sendiri apa yang dia nak sebab aku memang tak pandai beli jajan-jajan ni. Merajuklah pulak ekeleeeeee.....

Sebenarnya hati ada sikit tak syiok sebab sebelum ke sekolah pagi tu kena singgah rumah baby sitter dulu;
hero aku tertinggal songkok. Hampeh tulla.

Settle semua, pukul sembilan lebih akupun cabutle gi opis. Dua hari lepas bawak balik kompeninyer cek bukak dekat 80 keping untuk payment bulan sebelas nanti. Aku suka kerja advance (bukan advance duit aaa) jadi tiap-tiap bulan baru memang takde orang kejar aku pasal payment lagi dah. Eh ini tips ke?

Pukul doblas orang rumah tipon bagitau si kakak last minit nak ikut pergi perkhemahan. Bas bertolak kul dua lepas semayang Jumaat satu benda pun tak pack. Adus! Happa lagi balik le on the way singgah sekolah mana tau kot dia tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai abis dah budak sekolah sesi pagi balik semua. Hallemakkkk kena gi rumah baby sitter lagi... Takpe lah anak-anak punya pasal, ikutkan je. Dah siap pack apa yang patut; hantar balik ke rumah baby sitter on the way nak ke masjid. Ingat nak ajak sekali si hero aku semayang Jumaat pastu baru dropkan dia kat Sekolah Agama.

Dia pulak bagi tau tertinggal baju perkhemahan kat rumah. Hadoilaaaa kena patah balik rumah lagi pastu kena ke sekolah kebangsaan dia pulak nak simpan baju tu dalam beg (awal pagi dah tinggalkan beg kat bilik guru lelaki). Sudahnya semayang Jumaat aku ke laut. Disebabkan dah terlanjur ke sekolah, aku terus aja gi opis semula. Bolehlah cuci mata tekel-tekel operator hahaha. Tak sampai dua jam pastu orang rumah tipon lagi bagi tau Aiman kena tinggal bas dok sorang sorang kat sekolah. Haru betullah. (Eh lupa lak bebudak ni ada aktiviti perkhemahan minggu ni. Masa anta beg baju tu aku sembang ngan cikgu diorang kata ada 3 kereta akan tunggu dan bawak anak-anak yang bersekolah agama jadi diorang pergi kemudian). Minggu ni minggu peperiksaan sekolah agama so takde can le budak-budak tu nak ponteng.

Sampai depan sekolah; mak-mak budak sesi petang ada dua tiga orang siap bagitau si Aiman meleleh-leleh air mata kena tinggal sensorang kuangkuangkuang kesiannya... Sebenarnya ada cikgu pompuan tunggu tapi kat mana wayar short aku pun tak tau sebab katanya beg-beg kena kumpul kat bilik guru pompuan. Ikut senarai ada sepuluh orang ambik piksa sekolah agama tapi yang lain tu tak nampakpun batang idung. Patah balik patah balik perjalanan aku dah ngalahkan teksi. Penat seyyy sudahnya nilah dok menaip haha blogwalking semalam terus ke laut...