Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Demam Kepedasan

EmpayarUtama - Friday, December 9, 2011 : 19 comments

Segan aku nak tulis ni tapi rasa tak selesa kalau tak tulis. Macam nak demam pun ada jadi aku tulislah yea mana tau ilang rasa nak demam ni nanti.

Masih berkisar tentang trafik yang libatkan follower. Alammmmmakkkkk follower lagi ke? Bukan apa aku suka sangat dan setuju dengan tulisan FARHANAH ADZLAN dalam entri Cerita Aku Tentang Follower=)

Selalunya blogger 'agak baru' suka guna ayat tak boleh blah tu dan aku rasa memang tak sesuai kerana blogger yang 'agak lama' (aku tak maksudkan otai) mudah baca pos entri diorang sebab masih belum banyak dan boleh nilai untuk follow terus atau follow kemudian. Tapi widget follower ni antara medium menjana trafik jadi rasa desperate tu pasti ada.

Diri sendiri tau blog tentang apa tapi bila berkunjung ke blog seseorang yang tak ada kaitan langsung dengan blog kita; panggil orang datang pastu suruh 'follow me follow you back' hahahah apa cerita?

Aku bajet diri sendiri - blog rojak; mana tau visit doploh blog yang ekstrim politik tambah lagi doploh blog perubatan; pergi lagi seploh blog Games. Nampak shoutbox kat blog diorang terus tulis 'follow me follow you back' patut tak? Kalau dah follow pun ikut suka diorang le nak follow balik ke taknak tapi biasanya ayat tak boleh blah tu macam suruh diorang  follow dulu pastu baru kita akan follow balik.


Kenapa nak orang follow kita untuk tunjuk follower ribu riban dalam blog? Ada ke statistik yang tunjukkan bilangan follower yang banyak tu jadikan blog seseorang femes atau mudah diakses melalui carian search engines? Andaian aku - bila ada 200 follower; mungkin tak sampai 20 jadi silent readers dan boleh jadi akan ada 100 readers yang sedia beri komen setelah baca entri. Sebaliknya; bila ada 2,000 follower; mungkin tak sampai 20 jadi silent readers dan boleh jadi juga hanya 30 readers sahaja yang sedia beri komen. Follower lain jadi penyeri blog. Kena ingat yang ini: Sesi blogwalking atau ziarah blog tak menjanjikan entri kita dibaca oleh pelawat. Tapi 'unik trafik' per IP Adress per visit akan bantu tingkatkan trafik - itu saja. Itu pun dikira satu visit dalam 24 jam walaupun berkunjung 30-40 kali sehari ke blog sama.


Rasanya tak ada backlink dari follower widget tu yang bantu naikkan ranking (Alexa) atau PR (Google). Senarai follower tak janjikan apa-apa tapi jumlah visitor tiap 24 jam itulah yang penting. Untuk mudahkan pengunjung tinggal jejak dan mudahkan kita balas balik jejak selain dapat tau berapa ramai tengok blog kita tiap hari; cara paling mudah - pasanglah kotak jerit tu. Ianya memang membantu dan jauh lebih baik dari ayat 'u jump ai jump'. Nasihat untuk diri aku sendiri - ziarah blog cam biasa jangan men tipu cara baru tepek link kat semua posting orang dalam grup-grup fesbuk tanpa jengah blog-blog tu.

Er, aku nak cari air. Rasa pedas dan pijarlah mulut dan tangan aku ni tapi rasa nak demam tadi dah ilang...



Malu Nak Menjerit

EmpayarUtama - Thursday, December 8, 2011 : 14 comments

Betul-betul tak sempat nak blogwalking dan baca entri kawan-kawan semua. Aku dapat tengok-tengok sekali lalu masa kat opis (seminggu dua ni sibuk buat preparation untuk audit satu kompeni) dan ternampak komen oleh sdr musa pasal screen tak cukup luas bila guna netbook.

Masalah timbul bila tak dapat nak komen kat shoutbox yang biasanya terletak kat penjuru kanan bawah blogpage. Ianya boleh diatasi dengan mengecilkan saiz page tu atau 'zoom out'.



Klik imej-imej yang ada kalau nak tengok lebih jelas yea.

1. Jika guna Mozilla Firefox - kadang-kadang Menu Bar untuk cari perkataan 'View' pun tak ada. Caranya - tekan Kotak Oren Firefox kat atas kiri tu; tekan Options dan tekan Menu Bar.
Menu Bar seperti di sebelah ni akan keluar kat bahagian atas screen. Dah tu bila kita jengah sesuatu blog yang ada shoutbox statik yang paparkan separuh je kotak jerit tu; pergi ke
'View', Zoom dan tekan Zoom Out. Boleh ulang beberapa kali sampai puas hati.

2. Jika guna Chrome, cari gambar spanar kat bahagian atas kanan. Tekan spanar tu dan cari Zoom.

3. Untuk Internet Explorer (IE) pula; pergi ke kotak 'Page' kat atas kanan juga. Cari 'Zoom' dan pilihlah 75% atau 50%.

Kat bawah ni shoutbox yang keluar tapi kolum untuk isi nama, website/blog dan komen terlindung (tak nampak) dan ini adalah kerana netbook tak support full screen.

Tapi bila dah dizoom-out jadilah macam gambar bawah kanan tu:

Buat sdr musa; mR.aSLaN dan yang lain-lain kalau masih minat nak cuba buat auto-slide (hide show) tu cubalah baca Kemas Blog Sikit mungkin membantu...



Siapa Yang Bodoh Ni

EmpayarUtama - Monday, December 5, 2011 : 46 comments

Tengah minum petang tadi ngan kengkawan, adalah sorang tu dok belek-belek Metro Sabtu pastu membebel pasal berita kat halaman 6 – 'Bukan lari ikut pengkid'. Disebabkan bebelan member tu, aku ambikle mukasurat tu baca apa yang dia tak puas hati sangat.

Oooooh, masalah keluarga rupanya. Berita pasal masalah yang
sebenarnya tak perlu masuk suratkhabarpun sebab pada akulah berita camni memalukan diri sendiri. Senang cakap cam buka pekung di dada.

Ayat pertama keluar dari mulut aku – bodoh na! Pastu aku terdiam sendiri, aku pun bodoh juga baca berita yang tak patut aku baca. Siapa yang bodoh ni aku pun tak tau.

~ Sebelum berita ni keluar; wartawan mana ntah dah laporkan berita budak pompan tu hilang dipercayai ikut sorang pengkid. Bodoh cam biasa sebab bila dapat berita sebelah pihak terus publish sebelum dapatkan kesahihan cerita tu.

~ Tokey wartawan pun sama dahlah tak nak tegur wartawan tu; diluluskan pula untuk berita tu dipublish.

~ Bila dah dipublish; ramai jadi bodoh bila terima berita tu macam betul. Kalau tak dalam hati pun; mungkin mengumpat sesama sendiri mengutuk pengkid tu ataupun mengutuk keluarga budak pompuan yang tak pandai jaga anak. Bertambah bodoh bila cerita camtu dah lebih kurang sama berlaku kat ahli keluarga antara para pembaca siap boleh jadi perdebatan dan bertegang urat pertahankan hak.

~ Sebaliknya pula; pun masih ramai jadi bodoh bila tak nak terima berita yang dibaca. Ada yang kata 'mengada-ngadalah. Berita camni pun nak masuk paper'. Tapi kira bodoh jugalah sebab baca juga berita bodoh tu. Akulah antaranya...

~ Hari Sabtu punya isi beritanya – boleh pulak budak pompuan tu bagitau yang dia sebenarnya ada masalah ngan keluarga jadi ambik keputusan duduk ngan keluarga angkat. Keluarga angkat pulak bagitau keluarga budak pompuan ni pun tau pasal benda alah ni dan tak ada kena mengena pun dengan mana-mana pengkid hahahahahahah siapa yang bodoh ni?

Kalau dulu dah salah lapor berita; apalah salahnya buat satu kolum 'ralat' mintak maaf takat bagitau berita yang disiarkan sebelum ini ada kesilapan yang hanya melibatkan masalah keluarga kan lebih baik. Reputasi dan kredibiliti perlu juga dijaga iya tak.

Sampai bila kita rakyat Malaysia nak diperbodohkan dan sampai bila kita rakyat Malaysia nak jadi bodoh?

Eh korang jangan pula rasa bodoh bila baca cerita bodoh aku ni…