Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Penat Sungguh

EmpayarUtama - Thursday, March 21, 2013 : 9 comments

Sepuluh hari lepas memang aku rasa betul-betul penat. Ngalahkan kerja kontrak cam yang aku pernah cerita dulu.

Kelam kabut juga bila yang satu tu sibuk nak ejas akaun dia biar nampak untung besar sebab nak buat pinjaman kat bank hahahahahah manakala yang satu lagi tu pulak mintak buatkan deraf odit sebab bank
dia nak buat annual review atas pinjaman sedia ada. Silap-silap pinjaman sedia ada tu kena revised tinggal separuh je ^_^

Dua-dua nak akaun diorang siap 'dengan cantik dan penuh bergaya' dalam masa sepuluh hari. Semput tul jadinya. Macam nak terkeluar bijik mata dok ngadap pc sambil nengok nombor-nombor mengarut.

Punya la konsentret siang malam sampai tak perasan akaun sendiri nak kena godam.


Tapikan, balik je dari Vietnam (aiyarkkkk hahahahahah aku tak ke sana tau) belog aku betukar sikitler...

Beri aku satu hari rehat aaa... Nanti aku jengah semua belog kengkawan. K baiii nak tidur cam anak kucin atas tu ^_^


Sambungan Teknik Belajar Menipu - Permudahkan Yang Mudah

EmpayarUtama - Monday, March 11, 2013 : 8 comments

Dah lama cerita ni tersimpan dalam deraf. Lepas baca iklan Dhia Dirham aku rasa bolehlah dikongsi bersama untuk sesapa yang boleh faham dan gunakan untuk tugas harian. Cuma aku heran belog dia cam tak berhapdet larrr walaupun cbox aktif.

Ramai yang tanya "camana ko buat aaa? Job banyak tapi sempat minum
ngan kitorang; menyabit; makan angin lagi..." Errrr...errr... aku tak kerjalah. Sebab tu senang nak gi minum. Tengok rambut ni makin panjang siapa nak ambik aku kerja ^_^.

Sesiapa yang nak buat 'part time pejabat' kat rumah atau dah buat tapi nak lagi mudah kerja tu; aku cadangkan program LogMeIn. Ia percuma dan lebih baik jika skrin kat rumah lebih besar dari yang korang guna di opis. Caranya download dulu program ni kat opis. Kat rumah cuma login website dia ja. Camni :

Gugel program ni dan buka satu akaun. (Klik segala gambar untuk lebih jelas yea)

Pastu run program yang didownload (Hahahah kalu tengok tarikh tu - dekat setahun cerita ni kena peram).

Kat bawah ni antara yang penting di mana access code yang sama diperlukan untuk akses komputer opis bila di rumah.


Haaa, siap dah untuk kat opis.

Pasni, start motor terus balik rumah untuk cuba jadi ke tidak apa yang diinstall tadi ^_^.



Ok, semua kat bawah ni menggunakan komputer rumah yea :

Memula bukakle e-mel sebab kena buat verification. Tak buat pun takpe tapi nanti lepas 6 hari akaun tak boleh bukak.

Pastu login le LogMeIn.com.

Atas ni adalah paparan 'skrin komputer opis' yang telah sedia disambungkan (hehe semua tempat kerja aku sambung)

Bila tekan salah satu nama 'komputer'; akan keluar skrin untuk access code. Jadi kena ingat access code yang dimasukkan masa installation kat opis sebelum ini. Ingat tau jangan lupa.


Pastu tekan butang login dan jeng jeng jeng....

skrin komputer opis ada dalam skrin komputer kat rumah.

Satu lagi pesanan : Jangan tutup komputer opis kalau nak buat kerja-kerja tu kat rumah. Nanti tak boleh link... Dua gambar terakhir tu screenshot aku akses komputer satu opis dan masuk ke AutoCount Accounting Systemnya jadi mudah untuk periksa aktiviti harian syarikat tu. Selamat mencuba dan selamat bekerja ya semua ^_^


Jawapan Kepada WW Dua Minggu Lepas

EmpayarUtama - Wednesday, March 6, 2013 : 11 comments

Hamboih sampai dua minggu baru nak jawab persoalan Wordless Wednesday (WW). Erkkkk bila masa aku buat WW dua minggu lepas?

Ni, ni, nak cerita, selain dari baca paper dan belog untuk lihat perkembangan di Lahat Datu Sabah; aku baca juga berita terkini online dan salah satu pilihan ialah Malaysian Digest versi Melayu.

Iyala aku bukan pandai na baca omputeh.

'Sekali lalu' kalau tak ambik peduli, terus tuju ke berita-beritanya. Tapi 'tiga pat kali lalu' terperasankan iklan RinggitPlus kat situ. Kena pulak dah dekat-dekat pilihanraya umum nih. Aku boleh terfikir yang lain der hahahahampagas tullah aku nih.

Cuba korang tengok betul-betul:















Ada yang tak kena ke dengan iklan nih? Jangan tengok lama-lama sangat bukan versi WW Afzalsukasuki dua minggu lepas tau :)