Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jika Kamu Masih Di Sini, Maafkan Aku Ya

EmpayarUtama - Sunday, August 25, 2013 : 12 comments

'Cikgu' satu-satunya gelaran istimewa yang dibawa walaupun empunya diri sudah tiada; terlebih istimewanya berbanding 'doktor' hingga encik pulis juga dipanggil 'cikgu'.

Khas buat semua insan bergelar guru / cikgu, aku mulakan dengan ucapan Selamat Hari Guru Raya Idilfitri Maaf Zahir & Batin (bulan raya daaa...)
Sekali lagi mintak maaf kalau cerita ni meragut kemeriahan Idilfitri barangkali. Seingat aku, setiap kali bercerita pasal cikgu atau sekolah, aku akan beri sokongan atas apa juga aktiviti atau tindakan mereka. Tetapi persepsi kian berbeza bila kebelakangan ini aku mula buat perbandingan zaman.

Aku tak pasti sama ada masa yang berubah atau sejujurnya lah - apakah tugas mendidik benar-benar jadi tanggungjawab (amanah) atau sama saja seperti bidang lain (kerana gaji...?) Atau dalam ayat lain; adakah tanggungjawab mendidik lebih utama berbanding sara hidup... atau tiada keseimbangan antara kedua-duanya?

Zaman aku dulu; kami takut betul ponteng sekolah. Bila guru buat kelas tambahan di rumah (dulu tak buat di sekolah) dan salah seorang anak murid tidak hadir (aku le tu) - guru sendiri datang berjumpa ibu bapa. Bila bersukan (di sekolah lain), guru sanggup berpakat kongsi 3-4 kereta ambil pelajar untuk bersama-sama ke acara sukan. Jika menang, mereka belanja makan sebelum hantar kami pulang.

Bila ada apa-apa acara di sekolah, satu senpun tidak diminta dari ibubapa kami (mungkin masa itu sekolah dah cukup duit atau para guru bijak ambil inisiatif untuk dapatkan sumber kewangan). Yang penting, sewaktu acara apa pun di sekolah - tiada gerai jualan. Hanya ibu bapa berkumpul di sana sini untuk lebih mengenali satu sama lain; eratkan silaturrahim bersama para guru yang juga turut serta.

Waktu persekolahan - rotan sebesar jari kelingking memang jadi belasahan kami. Ibu bapa serah bulat-bulat kepada guru dan ayat lazim yang rajin kedengaran "asal jangan sampai cacat sudahlah". Begitu sekali hormat ibu bapa kepada para guru zaman dulu hingga tidak perlu apa-apa 'akta'. Corak disiplin yang ketat hinggakan berbual atau berbaris tidak lurus juga boleh dapat penampar percuma cikgu... Hehe indahnya kenangan zaman sekolah masa itu.

Cerita di sekolah menengah yang memang aku ingat sampai bila-bila - kami diberi tugasan 3 sekumpulan untuk bentang tajuk dan buat presentation (Bahasa Malaysia) dan tiba giliran kumpulan aku; kami bertiga hilang dari kelas menyorok dalam perpustakaan. Kami tahu cikgu akan buat laporan mengajar dalam buku log harian. Dah jenis 'terjal', malam itu kami pecah masuk bilik guru untuk tuang air dalam buku tersebut. Sebelum buat kerja tak berfaedah tu, kami baca dulu apa yang ditulis. Malu sungguh bila catatan laporan tidak seperti dijangka. Cikgu menulis persembahan kami bagus; menepati tajuk diberi; dibuat melebihi masa ditetapkan dan markah keseluruhan kumpulan adalah A. Memang sebak bila baca segala perinciannya. Sama ada 'ego remaja' atau 'terjal melampau', mungkin juga kerana malu yang teramat; hinggalah cerita ini aku kongsikan dalam belog hari ini kami tidak mengadap beliaupun untuk minta maaf. Aku respek semua cikgu kerana kekalkan prinsip guru adalah guru dan anak murid tetap anak murid. Maafkan aku cikgu kerana tidak sempat minta maaf...

Cikgu Jaja, sebenarnya aku takut nak berkongsi cerita ni.
Ada yang tak suka...

Zaman sekarang - apa majlispun jika dianjurkan di sekolah, akan dimaklumkan secara bertulis dengan kepala rasmi sekolah. Tak cukup dengan itu, ada slip derma di bahagian bawah yang mesti dipulangkan bersama 'derma ikhlas'... Dan guru terlebih mendekati anak murid hingga boleh jadi rakan se'fesbuk' kalau tidakpun jadi rakan se'wechat'.

Er, aku tak nak teruskan. Takat ini ajalah...

PlusGoogle vs PlusMalaysia feat 100Plus

EmpayarUtama - Friday, August 16, 2013 : 6 comments

Tak banyak cerita yang dapat aku kongsikan. Dah nak masuk tiga tahun cuma ada 269 cerita - 236 dah dipos manakala 33 lagi terperap dalam deraf entah bila aku nak pos. Cerita yang ini pun sebenarnya dalam deraf, ingat nak delete je sebab macam dah ok tapi nampak benda pelik der kat belog satu lagi.
Gini ceritanya. Dulu nampak dua dari cerita aku telah di'plasgugel'kan sebanyak beribu-ribu lemon. Kenapa haaa???

Ini yang pertama :

Dan ini pula yang kedua :

Tapi dah ok dah dua-dua ni. Cuma tetiba jadi pula kat satu entri dalam belog demo :

Mak ai, sampai 196,290...

Ada siapa-siapa tahu dan boleh clearkan kebuluran ke'blur'an haku tak?

(Hahaha bila tengok jumlah cerita yang dikongsikan, rasa cam nak tukar tagline / description kepada 'Belog Yang Jarang Dikemaskini...')