Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Situasi Menang Menang

EmpayarUtama - Thursday, March 19, 2020 : 4 comments

Pagi semalam pos satu cerita pasal nak buat 'win-win situation' dan cuba kekalkan keharmonian antara majikan dengan pekerja.

Belah petangnya, Menteri Sumber Manusia buat kenyataan seperti di bawah:

Majikan, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Masih kena bayar sewa bulanan premis
- Masih kena bayar segala bil utiliti bulanan – talipon, internet, elektrik, air
- Akan panggil dan bayar upah servis mesin yang tak dapat berfungsi selama 2 minggu
- Tetap buat caruman bulanan kepada jabatan kerajaan – KWSP, PERKESO, PERKESO-SIP
- Tetap kena akur dan patuh arahan Menteri, nanti kena denda

Pekerja, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Dua bulan pertama masih bergaji serta berelaun, bukan kena berhenti kerja
- Tak perlu datang kerja dua minggu berikutnya
- Tak perlu kelam kabut sain kedatangan (sebelum ini memang datang lambat sakan)
- Jimat duit minyak untuk dua minggu
- dapat gaji walau tak bekerja sebab majikan kena patuh arahan menteri


Kemaskini 9.00 pagi tadi: Berkaitan Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Perjanjian Bersama untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja, serta siapa yang layak terima bantuan RM600?


Eheheh, inilah dia keharmonian antara Majikan dan Pekerja...


Keharmonian Antara Pekerja Dan Majikan

EmpayarUtama - Wednesday, March 18, 2020 : 5 comments

Tiba tiba je staff bertanya tentang cuti sempena tempoh perintah kawalan pergerakan sepanjang 14 hari ni. Itupun selepas tular beberapa maklumat yang tidak tepat menerusi fb dan beberapa medium sosial.

Sebenarnya pihak yang betul untuk dirujuk adalah majikan mereka sendiri – spesifiknya HR mereka. Bila mereka rujuk maklumat dari pihak luar yang
bukan dari Kementerian Sumber Manusia pastu baru bertanya kepada HR masing-masing, nampak sangatlah kurangnya hubungan baik atau keharmonian antara pekerja dan majikan.

Rujukan paling tepat ialah surat tawaran/pengesahan kerja yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama antara pekerja dan majikan. Surat tersebut menjadi kotrak rasmi bertulis yang telah diperhalusi oleh pihak majikan untuk kebaikan bersama.

Tapi bila timbul isu Covid-19 serta arahan penutupan premis perniagaan yang beri kesan kepada majikan dan pekerja; baru nak baca Akta Pekerja 1955. Dan terima info untuk Seksyen yang salah.

Cadangan aku kita ambil situasi menang-menang sajalah.

Dari 14 hari itu cuma 10 hari bekerja saja, kan? Apa kata anugerahkan pekerja 5 hari cuti sakit berbayar (majikan rugi 5 hari walau perniagaan tak beroperasi) dan pekerja setuju terima baki 5 hari lagi sebagai cuti tanpa gaji.

Boleh je, kannnnn......