Home » » Undangan Perkahwinan

Undangan Perkahwinan

Empayar Utama - Friday, November 26, 2010 : 2 comments

Tengahari semalam pakcik jiran sebelah bagi kad jemputan. Ini majlis perkahwinan anak gadis bongsu mereka. InsyaAllah jika tiada aral kami sekeluarga akan hadir.

Sabtu lepas pula aku pergi majlis kenduri kahwin sepupu perempuan belah mak kat Kluang, Johor. Nama Nordiana tapi panggil Nodi.

Meriah jugak dan unik lihat pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan diarak bersama paluan kompang dan dayang-dayang kecil. Lebih menarik raja sehari disambut oleh 2 pesilat muda (sorila tak rakam video sebab aku tangkap gamba guna enset je).

Kat sini aku rasa bangga jugak sebab masih ada pelapis yang masih giat meneruskan adat resam dan budaya kita. Susah nak jumpa acara macam ni lagi di majlis perkahwinan zaman sekarang sebab ramai yang memilih majlis didakan di dalam dewan, dan memesan katerer untuk hidangan.

Untuk majlis ini, walaupun di tengah taman perumahan; semangat gotong royong masih tebal di mana segala masakan disediakan oleh penghuni taman perumahan. Mereka digelar 'kendarat' dan kendarat lelaki memakai T-Shirt seragam kelabu untuk memasak, membasuh, menambah lauk, nasi dan air; manakala kendarat wanita juga berpakaian seragam ungu begitu sibuk memastikan nasi dihidang untuk tetamu, acar dan rojak buah sentiasa tersedia dan paling penting meja dikemas untuk keselesaan para jemputan.

Kedua orang tua pengantin (aku panggil 'Cik' aja) berkampung di khemah penyambut tetamu dan tidak lupa menghulur buah tangan kepada tetamu sebelum mereka pulang.

Satu perkara yang aku perhatikan, set tepung tawar sekarang ini memang lengkap tetapi diperbuat daripada plastik/pvc. Aku teringat ada menyimpan satu bekas perenjis air mawar tembaga di kampung.

Bekas air mawar ini masih elok dan tersimpan sebagai hiasan. Tak tau bila lagi ia akan diguna pakai...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. hmm.. bila akan diguna pakai.. ????
    kalau panjang umur kita, dapatlah tengok anak2 nanti kut.. insyaAllah..

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...