Home » » Pengemis Moden

Pengemis Moden

Empayar Utama - Monday, February 7, 2011 : 1 comment

Zaman sekarang, selain dari pengemis jalanan, macam-macam jenis pengemis boleh kita jumpa. Gamba kat sebelah ni agaknya pengemis cinta siap dapat 'love' dan kad kredit lagi. Tapi yang tengah femes sekarang ni memang pengemis duit melalui laman facebook. Cuma cara mengemis tu lain macam sket.
Sebab apa, sebab biasanya orang mengemis tadah tangan atau mangkuk hayun ayan. Tapi yang kita biasa nampak mereka mengemis siap tunjuk duit ribu ribu. Hampeh tul. Aku kata diorang tu pengemis moden sebab time pujuk orang mintak duit, diorang yang belanja - tapi kat gerai/warung jerk. Kalau dah boleh tunjuk duit ribu-ribu tu, takyahlah mengemis lagi. Pastu kalau nak memujuk, carilah tempat class sikit - hotel 5 star ke, Starbucks ke. Balik-balik kat gerai, warung. Paling baguspun restoran mamak. Class sangatke (bisness tu?). Lagi teruk kalau mengemis kumpul orang ramai-ramai, siap datang pakai keta besar beb. Kalau dah datang pakai keta besar, lagi boleh tunjuk duit ribu-ribu kat website, tak payahlah suruh orang datang bayar yuran pendaftaran dan kena hulur sedekah. Entahlah, akupun tak paham peten pengemis sekarang ni. Ajak orang lain jadi pengemis, orang Melayu lak tu.

Pagi tadi beli paper, kat celah paper ada pulak 6 helai kertas aku ingat risalah pasal tuisyen ke, mintak derma buat surau ke, promosi barang dari kilang ke, tapi bila dok belek-belek; ek-eleee cam surat berantai (ini peten dulu-dulu nih) rupanya.Pengemis jenis ni lagi best, siap jual Agama lagi. Tapi tak masuk facebook jadi kurang sikit malu (kat Tuhan?).

Ni haa kat bawah ni aku scan kat kedai Kodak dalam Giant tengahari tadi. Klik aja nanti jadi besar senang nak baca:


Mukasurat Satu

Mukasurat Dua


Mukasurat Tiga

Mukasurat Empat



Mukasurat Lima

Mukasurat Enam aku tak scan sebab aku bawak lima posen je. Pesan aku jangan ada yang menggatal gi print benda alah ni pastu kontiniu buat pulak.

Modus operandi simple aja, bank-in 30 hinggit niat sedekah (kalau tak berjaya); yang terima tu jadi peminta sedekahlah yek? Tapi niat dan tujuan sebenarnya ialah MENGHARAP lagi dua tiga minggu akaun kita akan 'masyuk' ribu-ribu. Huh! Buat duit senang modal 30 hinggit tambah sikit duit potostat pastu duduk goyang kaki kat rumah tunggu bomoh tarik duit bawak masuk berguni-guni Ringgit Malaysia dalam akaun! Yang kena hasut - orang beragama Islam. Siapa mereka tu? Majoriti orang Melayulah.

Apa nak jadi ni...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

Tulislah apapun, aku baca...