Siang tadi aku banyak masa, jadi aku buang masa turun ke Bandaraya Johor Bahru sambil nak lihat-lihat apa perkembangan terkini.
Banyak gak yang dah berubah dalam tiga pat bulan kebelakangan, terutama jalan-jalan rayanya.
Banyak gak yang dah berubah dalam tiga pat bulan kebelakangan, terutama jalan-jalan rayanya.
Aku park keta kat depan kedai karpet pastu menapak ke area balai polis Depoh sebab nampak cam best je tempat tuh. Boleh kata semua jalan masuk area situ ada gerbang "Selamat Datang - Persiaran Meldrum" (klik gamba atas ni kalau nak nengok lagi besar). Masa tu pukul 11.30 pagi jadi aku ingat nak jenjalan dalam 300 - 400 meter keliling sementara tunggu semayang Jumaat.
Sampai katCity Square singgah jap kat Maybank - mak datuk ramainya orang. Siap ada 3-4 staff dia kat entrance dok menyapa sesiapa yang nak masuk area banking hall. Tergezut pulak nengok depan tu ngam-ngam AFFIN Bank langsung tak de orang! So aku bercadang nak lawat semua bank tempatan yang ada dalam lingkungan 300 - 400 meter nih untuk lihat sambutan orang ramai. 'Timing' memang cantik, peak hour 11.45 pagi hingga 1.00 tengahari. Kena pulak area tu di luar 1 km keliling dari kawasan perumahan. Target customer tentulah retailer - warga kedai, warga niaga, para pekerja, orang luar yang menyibuk cam aku, dan jugak pelancong. Tapi sebelum aku terlupa, aku mintak maaf bebanyak sebab snap gamba tanpa kebenaran pihak pengurusan. Aku fikir elok aku kongsi kat sini untuk kita sama-sama fikirkan penyelesaian dan mungkin ada buah fikiran yang terbaik untuk kita semua menghadapi lambakan bank asing. Prime area tuuuuuu.....
Jom kita tengok (boleh klik gamba untuk gambaran lebih jelas) :
Sampai kat
Jom kita tengok (boleh klik gamba untuk gambaran lebih jelas) :
Maybank - lantai putih dan sistem lampu paling terang berbanding lain-lain bank yang aku singgah. Memang ada beberapa staff di pintu masuknya. Tingkat satu cuma ada 2 sofa kecik tapi ramai yang berdiri tunggu giliran. | AFFIN - Betul-betul depan Maybank, agak suram sebab glass wall tinted. Pastu 'bunting' promosi O.M.G. yang besar merugikan sebab blok pemandangan banking hall. Tak berani aku nak snap kat dalam sebab langsung tak ada customer. |
Hong Leong - bangunannya menghadap Maybank dan AFFIN. Luar dalam gelap. Aku hanya disapa oleh sekuriti guard sebab jeles nengok rambut aku yang panjang. | Public Bank. Konsep banking hall sama cam Maybank tapi manyak kerusi dan aku tumpang gembira nengok customernya yang meriah tu, walaupun bangunan solo/terasing. |
AmBank - peak hour camni cuma ada satu customer (takkan tunggu giliran?). Lebih kepada dekorasi dalaman berbanding menarik orang kat luar masuk dalam. Konsep terlalu moden pastu dah macam fast food. Cuba pergi KFC, McD, MB memang banyak goodies untuk kanak-kanak. | EON - bangunan terasing cam Public gak. Tapi customernya tak macam customer Public. Lengang, sunyi sepi banking hallnya. Memang aku tak berani nak snap gamba dalam banking hall. Takut sekuriti guard gunting rambut aku. Kaunter punyalah banyak, kerusipun banyak. Kenapa ya? |
Aku - tak delah panjang sangatpun rambut tu...
Aku sempatlah bersembang pendek (sebenarnya berbual panjang) dengan salah seorang dari pengurus bank di atas. Alasan yang diberi kerana Maybank dah established. Aku tak fikir jawapan tu tepat kerana semua bank tempatan dah lebih sepuluh tahun beroperasi. Cuma pada aku 'branding promotion' dari pihak pengurusan kena aggresif lagi. Atau, mungkinke perlu penggabungan bank tempatan pusingan kedua?
Alasan lain - kaunter dah tak berapa releven. Aku setuju kalau aku katakan aku silap tapi kalau dalam prime area yang memang fokus bank tu dibuka di situ adalah untuk kemudahan 'semua'; kaunter antara aset yang perlu. Aku tak sempat nak cari CIMB, Alliance dan RHB sebab 'peak time' dah habis dan aku nak tuju Kota Raya semayang Jumaat.
Aku harap dapat feedback yang membina.
Alasan lain - kaunter dah tak berapa releven. Aku setuju kalau aku katakan aku silap tapi kalau dalam prime area yang memang fokus bank tu dibuka di situ adalah untuk kemudahan 'semua'; kaunter antara aset yang perlu. Aku tak sempat nak cari CIMB, Alliance dan RHB sebab 'peak time' dah habis dan aku nak tuju Kota Raya semayang Jumaat.
Aku harap dapat feedback yang membina.
gyahaahahahha..
ReplyDeleteerr.. tak tahu nak komen apa..
yang pasti YOU ABSOLUTELY KNOW THE BEST!
erk.. betul ke ayat bahasa inggeris tu? ekeke.. belasah je la..
mmg akan ada 2nd gabungan bank2 tempatan di mlysia nie..soon.
ReplyDeletebab branding promotion nie....mmmm rasanya..mmg perlu ada...cuma rasanya semua local bank dah ok branding promotion...yg kurang nya ialah product promotion...
kalau ikut aggresif..bank yg paling aggresif di mlysia nie ialah CIMB bank...rite now..kalau tak silap...cimb telah mengalahkan maybank dlm rank branch terbanyak di mlysia..soon cimb akan take over maybank dlm menjadi teraju utama bank2 di mlysia.
but the most terunggul tentang keuntungan adalah public bank...
@ RHEA - Yang sudah tu sudahla :(
ReplyDelete@ Anon - Setuju. Tp pembaziran kat kaunter yang banyak tu (ada yang lebih 15) camna diorang kira 'benchmark customer / transaction per head' on par value? Kalau men golf aku taule par tu ngam-ngam ikut score card tak lebih tak kurang pukulannya. Especially at prime area where most all bankers have the same product service. Nama product je betuka, dan pusing sikit kat 'terms and conditions'.