Home » » Tambah Trafik Melalui Solekan

Tambah Trafik Melalui Solekan

Empayar Utama - Thursday, February 17, 2011 : 5 comments

Geli gak aku nak bubuh tajuk kat atas tu sebab formal sangat bunyinya. Bukan apa, banyak tajuk blog yang aku baca macamlah betul-betul 'sharing is caring' kalau tengok tajuknya yang konon-kononnya nak bg cara untuk tambah trafik sampai 6 ribu pengunjung sehari, 10 ribu pelawat sehari, dan 'beribu-ribu lemon'lah. Tapi x de isi pun, siap tanya balik kat reader camna nak naikkan trafik. Ntahapahapalah kan...

Kat sini aku nak kongsi je sebab aku pun tak pasti betul ke tidak widget-widget akan membantu naikkan trafik. Mungkin jugak solekan yang tak melampau tapi menarik dengan beberapa widget akan menyebabkan blog korang dibookmark dan diulang kaji oleh mereka yang gemar buat 'lawatan sambil belajar'.

Aku rekomen AdiWidget bukan apa, sebab memula dulu aku buat blog, inilah blog yang aku follow, bookmarked dan ambik macam-macam widget yang agak fancy. Sampai blog aku tenggelam ngan widget je.

Nak tau apa yang bestnyer, klik aja pic sebelah ni, macam-macam ada. HTML kodnya pun senang nak dikopipes sama ada letak kat blog ataupun letak kat html editor.
Ini shoutbox yang popular - ShoutMix. Ada fungsi untuk blok IP yang tak singgah melawat dan memang lebih baik dari widget yang sewaktu dengannya. Dan belah kanan bawah ni pulak widget dari Google Friendconnect yang boleh dijadikan macam shoutbox gak.



Tapi kalau memang anda masih suka dan nak guna gak sama ada widget CBox atau ShoutboxPro, klik ajalah pic belah kiri atau kanan nih untuk bina shoutbox ikut citarasa sendiri. Tak jadi masalahpun.

Haaa.... pernah nampak satu marking warna ijau kat kanan / kiri blog atau website yang korang ada nengok? Dua tempat tu jadi pilihan untuk sesapa yang minat nak letak benda alah ni -
untuk bgtau pengunjung ada berapa orang tengah baca atau tengok tuanpunya site. Inipun antara widget yang popula yang aku rajin nampak.

Korang cuba sendirilah ya, mana tau betul-betul widget-widget ni boleh membantu jadi tarikan pengunjung untuk melawat dan berlama-lama kat blog korang. Selain dari RadarURL tu, ni ha beberapa lagi pilihan yang aku dapat:

DominoCounter WhosAmongUs Bravenet


Tapi kalau nakkan tutorial yang mudah, pergi kat sini.



5 Comments

5 comments:

  1. suatu waktu dahulu..
    pernah jer terlibat dengan smua ni..
    masa tu excited giler..
    semua pun nak cuba..
    hehehe
    tapi sekarang dah bersara dah kut..
    tiada apa lagi di situ.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Uihhh... Empayar Utama da macam Uncle Google ar!

    ReplyDelete
  3. rajin EU buat research...okey akan diterjah yg mana berkenan hihi...

    ReplyDelete
  4. dulu masa baru2 buat blog banyak letak widget sampai blog berat nak di loading..lepas tu saya buang semua..tinggal yg baru je

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...