Home » » Kerja atau Mengerjakan Orang

Kerja atau Mengerjakan Orang

Empayar Utama - Tuesday, April 12, 2011 : 5 comments

Dalam entri lepas aku ada cerita pasal part time job. Aku pun ada share kat Forum Mesra.net. Jadi kat sini aku nak kongsi sikit kerja sambilan aku.

Aku buat apa?
Selain dari kerja aku sendiri, aku buat full set account untuk dua kompeni. Aku pun kerja dengan dua kompeni lain sebagai admin staff (aku makan gaji, bukan ejen aaaa...) - lengkapkan
borang-borang dan mintak kelulusan Kastam (CJP2, CJ2B, CJ5, lesen); deal dengan MPOB (Malaysian Palm Oil Board). Semua kerja tu memang perlukan komputer dan internet. Dan yang beshnya aku tak perlu gi opis diorang selalu. Kalau gi opis diorangpun untuk aku buat filing atau dapatkan info untuk aku bawak balik buat kat rumah.

Masa?
Masa tak tentu - aku sendiri set masa aku. Ikut suka, janji siap seperti yang diperlukan. Ada banyak kompeni camni yang tak mau pekerja tetap sebab diorang sendiri tau kerja-kerja tu bukan kena buat tiap hari dan tak perlukan masa 8-9 jam tiap haripun. Tapi aku rasalah, diorang tu jimatkan kos pun iya juga sebab kalau gajikan pekerja sepenuh masa agak mahal bayarannya. Kalau satu post tu gaji sampai 3 tiang diorang boleh jimat kalau aku cuma mintak separuh je.


Accounts KDRM
Penat?
Penat mendenya. Bukan tiap haripun kena buat kerja-kerja ni. 4 kompeni aku cuma guna dua tiga jam purata tiap ari. Kalau buat / key in akaun tu, kumpul seminggu pastu buang terus 6 jam duduk kat opis diorang. Paling tidakpun aku buang satu hari kat ujung bulan atau awal bulan untuk buat closing account dan print account statements dan GL reports.

Ada job ke?
Skang nipun ada lagi dua job tunggu - Dua-dua kompeni ni pasarkan sarang burung layang-layang (eksport). Mintak aku buatkan lesen export, mohon Kastam sambil susun balik akaun diorang. Tak tau lg aku nak amik ke tidak sebab jaraknya 50 km dari rumah, route mapnya lari dari jadual. Aku kenalah susun semula sebelum buat keputusan.

Aku cerita apa ni?
Aku cuma nak kongsi kat reader yang terbaca blog aku, kerja tu ada kat mana-mana. Bukan nak tunjuk eksen tapi duit untuk makan (jadi darah daging) sendiri dan keluarga, kalau boleh biarlah dari titik peluh. Bukan dengan menipu.

Aku cuba buat perbandingan yang nyata dengan bisnes internet. Terus terang aku tak percaya dengan MLM yang lebih menjurus kepada skim piramid. Iyalah, konon nak tolong bangsa sendiri kumpul duit banyak dalam masa singkat tapi yang dipujuk masuk jadi downline tu tau ke dia kat posisi ke berapa? Kalau ikut rajah piramid, bolehke dalam satu bulan dia kumpul lima ribu dalam tangan? Atas kertas nampak je infiniti, tapi downline tu boleh pastikan ke bawah dia sendiri boleh dapat beratus orang dalam sebulan tu? Sebulan tu aja ke? Pastu? Jadi apa? Paksa orang?

Biarpun part time, kerja sambilan, aku bekerja. Tak cukup satu tempat, aku kerja kat 4 tempat. Sikit-sikit kumpul pun boleh dapat pendapatan tetap paling tidakpun bersih 4 tiang lebih lepas tolak duit minyak, talipon, makan dan belanja kawan-kawan. Cara camni pada aku lebih meramaikan kawan, bukan menambah musuh atau buat orang lain makin menyampah kalau nampak kita.

Pada akulah, bisnes networking ni bermula dengan internet bisnes. Contohnya jual produk atau servis. Contoh produk macam apa yea, haa 'handmade card' atau 'perfume' atau apa ajalah barang. Contoh servis, cam sewa kanopi, andaman, solekan, atau apa-apa aja yang tak nampak barang. Benda-benda ni jadi bisnes networking kalau pelanggan online tu jadi buyer dan pelanggan tetap. Ikut suka diorangle nak pakai sendiri ke atau jual balik dan kita jual pada harga diskaun kalau beli banyak. Tak mungkin akan jadi MLM, cuma SLM sebab kalau dah bisnes ikut internet serata dunia, internet bisnes tu jadilah network bisnes bila customer boleh perkenalkan sekali produk kita.

Camna boleh jadi MLM?
Entah. Sebab tu kerajaan cuma bagi lesen SLM (Single Level Marketing) sebab memang tak boleh pun jadi MLM. Menda ni jadi MLM (Multi Level Marketing) bila buyer / customer / purchaser /pembeli tu beli dalam kuantiti yang banyak dan berniat nak buat sendiri pasaran dia dan letak harga ikut suka diorang.

Haaa, nampak tak kat mana boleh jadi MLM walaupun lesen tak dikeluarkan? Bila diorang nih tetiba jadi pengedar (camna boleh jadi pengedar? Takde itam putih pun ngan produk owner tau) dan mengaku pulak barangan tu diorang punya.

Kat sini aku rasa kerajaan (KPDNKK) kena pastikan yang produk tu memang diorang punya, baru boleh dapat lesen MLM.

Bisnes mendenya kalau pengedar cari pengedar (patutnya pengedar cari peruncit atau pembeli) pastu nak bagi nama tu 'grand' tukar nama jadi stokin stokist.

Aku tak boleh bayangkan camna beg kertas aku print (katalah jenama 'Lee') dengan kos cuma 30 sen orang len bley jual dengan harga seratus higggit. Tak masuk akal.
paperbag
Tapi orang MLM kata masuk akal, sebab tu 2-3 jenis kad bukan magnetik yang aku print guna mesin yang sama walaupun kos material, cetak dan potong tak sampai seringgit boleh jadi ubat.
kad spek
Satu lagi, cuba korang tuka beg kertas aku jadi spek, bisnes camni pun ada maaa...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

5 comments:

  1. MLM semua tak leh caya....menipu jer banyak....hakhak teringat member eyza jg nak join score A tp minta eyza bagi modal...pehal camtue huhu

    ReplyDelete
  2. cik.sy minat nk jd freelance acc.experience more 5 years account,tax n audit..kalau ade job freelance acc msg sy boleh..0126887265
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk... kat jb nih kalu rajin bukak iklan kecik-kecik kat paper banyak co. nak pakai 'part-time' atau 'freelancer'. Bila dah dapat 2-3 jobs; akan ada yang tolong rekemen job lain. Cubalah...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu mcm mana nk cari kerja part time mcm cik .. saya berminat nk wt kerja part time tapi saya masih fresh graduated boleh ke ..

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...