Home » » Dulu, Kini Dan Selamanya

Dulu, Kini Dan Selamanya

Empayar Utama - Tuesday, May 17, 2011 : No comments

Ini mungkin entri terakhir aku pasal RON 95 selepas dua pos dah aku tulis bulan Januari dulu. Iyalah, sekarang ni harga RON 97 dengan RON 95 memang jauh na. Seringgit seliter tu bezanya. Kalau ambik pelarasan (kenaikan la dalam erti kata lain) sejak Ogos tahun lepas - aku ambik mula dari penguatkuasaan larangan kepada kenderaan makhluk asing; 75 sen seliter. Kalau 40 liter dah lari 30 hinggit Malaysia tau. Mamat kat bawah ni isi 40 liter pakai RON 97 dia kena bayar 116 Ringgit Malaysia (S$48 aja); tapi kalau guna RON 95 dia kena keluar RM76 (S$31.67 aja, jimat S$16.33 tu. Dua kali dia jimat, dia dapat penuhkan lagi 40 literkan?). Bacalah dua entri aku yang lama tu dan congakan kerugian kerajaan yang aku buat.
RON 95
Malaslah aku nak cover-cover lagi no. plet.
RON 95
Ni plet kuning memang bukan kenderaan Malaysia.
RON 95
Cantekkk... Brader pam minyak siap tolong isikan tuuuu...
RON 97
Bukan semua tak pandai baca, ada juga yang pandai baca.

Tapi kerajaan rugi juga, sebab tu kena naikkan harga RON 97 sebab suruh rakyat Malaysia ganti balik kerugian yang makhluk asing buat. Tak gitu?

Jadi kalau kerajaan nak naikkan RON 95 bulan depan, aku sokong sangatlah. Tapi kalau naik, aku cadangkan bagi sama harga lagi bagus. Tak ada beza RON 95 dengan RON 97. Dua-dua 2.90 seliter. Padan muka kerajaan (mana ada penguatkuasaan pun); padan muka kenderaan luar; padan muka rakyat Malaysia (tak pandai nak jaga duit kita especially brader baju merah kat atas tu, dan tokey pam minyak yang bersungguh-sungguh menguatkuasakan tampalan notis larangan tapi tak pedulipun pasal larangan); padan muka aku sekali. Habis cerita.

Yang ni pulak, jenuh aku bukak balik 'history'; search google; bukak balik blog2 yang aku pergi blogwalking tadi; tak jumpa daaa blog si 'jusjambubest' ni. Aku ingat nak follow dia balik dan pastu nakla bagi kredit dengan buat entri pasal dia jadi follower ke seratus.
followers

Ada banyak blog ajar camna nak letak link blog sendiri jadi aku tak payah repeat lah tutorial tu. Aku pun takde talent jadi cikgu atau tutor. Hari Guru pun dah lepas, tunggu tahun depan. Cuma aku harap kalau tuanpunya blog 'jusjambubest' terbaca entri aku nih, bagila link nanti aku follow balik yea...
members

Satu lagi, aku dapat komen dalam satu program sosial - laman utama blog aku takde link untuk buat komen. Alamak, akupun baru perasan benda ni. Biasanya kalau orang nak komen kena pergi ke post entri tu baru nampak link untuk buat komen.

Tapi tak pe, aku dah letak GoogleFriendsConnect nyer komen box kat sidebar jadi bolehlah nak komen ke; tulis apa-apa ke; tak specific kat satu-satu entri kan? Cuma kalau dapat jangan letak link laman lucah, atau tempek video yang sewaktu dengannya. Tak pasal-pasal blog aku pulak kena simpan nanti...
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...