Home » » Kena Kencing Lagi

Kena Kencing Lagi

Empayar Utama - Sunday, May 29, 2011 : 2 comments

Semalam petang posmen hantar surat ni. Takdelah menarik sangat surat dari KWSP sebab bukan dapat duit tapi kelulusan pengeluaran wang untuk pelaburan unit amanah MAAKL MUTUAL.
Apa yang tak kena dengan surat ni? Ini aku nak kongsi dengan semua yang ada buat pelaburan dipanggil annuiti. Mula-mula dipujuk oleh agen, tidak diterangkan bahawa agen boleh membuat pengeluaran bagi pihak pencarum KWSP. Dan melalui surat yang aku dapat (itu bukan surat aku tapi surat salah seorang anggota keluarga) menyatakan bahawa permohonan pengeluaran bertarikh 20/5/2011 telah diluluskan dan akan diserah kepada pengurusan MAAKL selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh surat ini. Surat ini bertarikh 23.5.2011. Sampai kat rumah 28.5.2011 Sabtu petang. Hari ni Ahad. Esok Isnin 30.5.2011 dan jika dapat berhubung dengan pegawai KWSP pun duit tu dah masuk dah pun ke MAAKL.

Isu yang aku nak bawak ialah bila pula anggota keluarga aku buat permohonan pengeluaran? Siapa turunkan cap jari (biasanya KWSP akan guna cap jari selain dari tandatangan untuk permohonan pengeluaran) dan turunkan tandatangan dalam borang permohonan tu? Kenapa boleh berlaku penipuan oleh agen yang tidak beretika? Berapa komisen agen dapat bagi setiap satu ribu ringgit pengeluaran pencarum KWSP yang melabur untuk skim annuiti?

Dalam sebulan, jika seorang agen ada 3 pelanggan sahaja dan minimum pengeluaran tiap pelanggan adalah sepuluh ribu ringgit; harap ada agen di luar sana boleh bagi jawapan kat aku dan pembaca yang baca entri aku ni. Berapa komisen korang dapat? Inikah pendapatan utama korang; periuk nasi korang untuk hidup (mungkin sara keluarga)? Matlamat menghalalkan cara, menipu pelanggan?

Entri aku ni bukan bertujuan nak cari salah siapa. Kita cuba cari jalan penyelesaian yang boleh disenangi semua pihak. Perkara ni sebenarnya tidak begitu rumit dan pelanggan takkan begitu kisah jika cadangan aku boleh diterima pakai:

1. Agen jujur menjalankan tanggungjawab dengan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk sesuatu urusniaga yang akan dibuat; dan keputusan terletak di tangan pelanggan setelah nasihat dan penerangan diberi oleh agen; dan

2. Pihak KWSP lantik pegawai khusus untuk menghubungi pemohon yang membuat permohonan sebelum kelulusan dilakukan; dan

3. Pencarum (pelanggan annuiti) diberi masa untuk merujuk semula kelulusan selepas surat kelulusan diterima walaupun telah melalui proses kedua. Sebaik-baiknya ada 'cooling-off period' (tempoh bertenang) sepuluh hari bekerja untuk itu.

Ini cadangan aku, mungkin ada cadangan yang lebih baik dari orang lain. KIta kongsilah bersama. Banyak benda yang KWSP terlepas pandang hingga pengeluaran boleh dilakukan dengan mudah. Nampak aja prosesnya rumit, tapi kalau dah selalu sangat masuk suratkhabar, apa cerita...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. agen insuran cam nie la yg bagi persepsi buruk kepada agen insuran yang jujur...

    ReplyDelete
  2. @cayrol; makasih. Jangan besarkan api. Yang sudah tu sudahlah. Harap dapat 'better solutions' itu lebih bagus.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...