Home » » Siapa Jerung Gergasi

Siapa Jerung Gergasi

Empayar Utama - Saturday, May 14, 2011 : No comments

Aku buat entri ni dua hari lepas tapi tak sempat nak pos. Kena pulak semalam satu hari Blogger bermasalah. Cerita ni tak penting sangat. Suratkhabar lain tak ada siarpun berita ni tapi sebab 'ranking'; dan jadi pilihan popular masyarakat kelas pertengahan, akan ada tanggapan negatif ke atas syarikat cetak secara amnya. Aku sebenarnya dah malas nak cerita pasal suratkhabar ni tapi sebagai antara yang terlibat dalam industri yang sama (percetakan) jadi aku fikir kena ulas juga berita tu.
Printing Machine
Ini antara mesin-mesin cetak menggunakan filem seperti dalam laporan berita dua hari lepas.

Printing Machine
Syarikat cetak boleh jadi pengeluar produk sendiri ataupun pemberi khidmat cetak kepada pelanggan. Tetapi biasanya mereka bertindak sebagai pemberi khidmat cetak aja (printing service provider) dan tak cetakpun produk sendiri. Mana ada produk? Apa yang pelanggan ingin pula akan cuba dipenuhi berdasarkan saiz, mesin potong, gumming, packing; dan seterusnya penghantaran. Dan untuk terus hidup dan beroperasi, sesebuah syarikat cetak tidak terikat kepada satu pelanggan saja.

Berita HM12052011
Berdasar laporan di atas, mesin syarikat disita hanya kerana mencetak satu produk yang dipercayai untuk jenama tiruan. Dan rasanya syarikat tersebut tak perlu buat semakan sama ada produk yang dikeluarkan oleh pelanggan (yang buat pesanan cetak) itu asli atau tiruan kerana tugas mereka hanya mencetak berdasar pesanan.

Kesan dari laporan itu mungkin akan menyebabkan proses cetak pesanan pelanggan lain terhenti dan syarikat akan menanggung kerugian yang amat besar. Kemungkinan lain - pelanggan sedia ada lari ke syarikat cetak lain.

Jika satu perbandingan dilakukan; aku ambil 'logo halal' yang jadi perhatian ramai pihak. Dalam isu ini syarikat cetak tak masuk list pun. Pelbagai stail 'logo halal' yang dipamerkan memang dicetak oleh syarikat cetak; bukan bengkel kereta atau kedai dobi. Lagi pula logo tu jadi sensitiviti agama dan di bawah kawalan kerajaan; tapi tak siapa peduli pun. Paling bagus pun cuma buat serbuan ke premis perniagaan yang diadu mempamerkan logo halal palsu. Ikut aku tak ni?
Ini antara produk yang siap dicetak tunggu proses potong:
Cup lids
Yang ini dah siap gumming dan packing; tunggu masa nak wrap dan susun atas pallette:
Boxes
Maklumat pelanggan ada dalam komputer, bukan susah nak dapat. Cuma maklumat tepat yang disalurkan kepada masyarakat tu yang agak susah kalau masih buat kerja separuh jalan...
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...