Home » , » Bagus Sangat Ke Ping Tu?

Bagus Sangat Ke Ping Tu?

Empayar Utama - Saturday, January 7, 2012 : 53 comments

Yang ini tak de kena mengena dengan set golf jenama 'PING' ya. Ini sambungan Meremang Bulu Tengkuk dan sepatutnya dipos selepas itu tapi entah kenapa ntah aku boleh terlepas sampai 7 entri baru ada ruang. Tak yah fikirlah kita teruskan aja.

Ping sama je dengan Link Submitter. Melayunya lebihkurang tempat untuk hantar link. Ada yang kita dapat tau
berapa banyak kali link diklik; ada juga yang kita tak tau langsung buta-buta je ping.

Kerja ping ni agak penat sebab hantar link secara manual tiap kali rasa nak kencing ping; tak hantar tak dipaparkan le. Kalau dah dipaparkan, pun belum tentu diklik hahahahahahampeh laaaaaar...

Aku cerita dan tulis ikut kesesuaian kita di Malaysia aja aaa tak campur program obersi. Biasanya ping ni bukan bagi manfaat dua hala dalam jana trafik kecuali tempat link dihantar tu merupakan orang hidup yang juga harapkan balasan trafik dari kita. Tak betul ke aku tulis ni? Meh kita tengok siapa yang kena:

1. Shoutbox – tak kisahlah apa jenis kotak jeritpun tapi bila blogwalking biasanya kan kita letak link. Disebabkan aktiviti blogwalking ni penat tapi popular; kebarangkalian link diklik agak besar. Ada juga yang buat kotak jerit orang len sebagai tempat ber-iklan haish!!!

2. Komen entri – ini pun penat jugak kena menulis la pulak; walaupun kengkadang komen ditulis tu ntahapahapantah (termakan budi sebab orang dah komen kat belog kita) tapi kebarangkalian jadi komunikasi dua hala amat besar.

3. Hantar link ke grup-grup yang ada di fesbuk – yang ini memang buang masa (bacalah, Tak Buang Masa Ke) sampai Eyja Kecik Hati sebab kita tak tau bila masa yang paling ngam untuk link kita tu ditengok dan diklik. Satu lagi; bila ramai yang hantar (ping) selepas kita – link kita turun, turun, turun, turun, turun, dan mungkin dalam seminit je link kita dah hilang dari pandangan… tak sempat de orang nak tengok; nak klik camana… Tapikan, biasanya ada mesej dihantar ke e-mel member-member yang join grup-grup tertentu tapi kalau dah banyak sangat e-mel masuk – takat baca mesej jelah pastu padam… Betul tak?

4. Ping-ping program yang sedia ada macam ping-pong, pinggan, pingu, KakiPingBlog, Ping4Free. Ping Busuk, Blogged My, (sikit je ni sebab buat contoh). Satu benda aku musykil majoriti diorang ni mintak kita letak button dia (reciprocal link) sebagai syarat cam mengarut je... Tapi ada sesapa nak kongsi statistik tak - samada bagus atau tidak trafik yang terhasil dari program–program ping ni?

5. E-mel kengkawan (yang bukan kengkawan pun belasah hantar je janji diorang tak repot ‘spam’ hahahahahah); twitter (yang ni biasanya orang guna untuk hantar link iklan takpun untuk chatting); direktori (contoh – Project Petaling Street); search engines (macam senarai bursa saham orang minat baru klik); forum (contoh – Mesra.net); banyak lagilah.

Rata-rata tempat-tempat yang aku sebut tu tak bagitau bagaimana pergerakan atau capaian link kecuali dulu ada satu bloglarian. Kalau nak tau berapa banyak tempat tempat yang diping tu dapat klik (klik aja, tukang klik tu baca ke idak wallahu'alam) ada beberapa program yang buat analisa terperinci macam nuffnang (yang ni ramai tak suka kenapa aaa?); google analytic; feedjit; e-referrer; eh korang gugel sendirilah.
Yang ni bola golf jenama 'Ping' saja je aku letak kat sini. Link submitter ni tak sama ngan link/traffic exchange tapi aku peratikan OhBelog manyak personal entri. Kalau dah nama dia exchange - kena la rajin klik link kengkawan yang len.

Kalau ada yang rajin ikut entri-entri aku; banyak kali juga aku cerita pasal shoutbox dan blogwalking. Jadi aku sendiri fikir shoutbox dan blogwalking adalah yang terbaik untuk dapat dan naikkan trafik. Korang pulak? Pulak dah…


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

53 comments:

  1. shoutbox dan blogwalking adalah yang terbaik untuk dapat dan naikkan trafik =)

    ReplyDelete
  2. yang busuk.org tu agak membantu.... bagus la busuk.org tu...

    ReplyDelete
  3. peleping!!!bunyi tudung periuk kat dapur jatuh lepas gaduh ngan laki...hehe

    tak tau apa itu ping..xoxo

    Jom jelajah sini:-
    asben ku mesti bergaji 00000.00

    ReplyDelete
  4. selalu ping kat fb,busuk,guablog,apesal..byk gk,hehe..ping perlu utk trafik,org kenal blog kita...

    ReplyDelete
  5. yang no 4 tuh,aah kan..tertanya-tanya gak..

    ReplyDelete
  6. @aiEz;
    fb - ping saja bukan trafik exchange sebab tak ada rotation
    busuk - boleh jd trafik exchange bila kita letak widget (bukan setakat banner)
    guabelog, apesal, ohbelog - trafik exchange sebab memang kena letak widget. Tak rajin klik blog-blog kat widget tu pun akan ada kebarangkalian link kita dilihat dan diklik sebab rotation dilakukan

    ReplyDelete
  7. salam, terima kasih kerana anda membuat entri yang amat menarik ini. anda ada tanya tentang kegunaan ping.

    jadi, entri anda telah disuggest di ping busuk. saya mewakili busuk.org ingin membuktikan hits yang tinggi daripada pihak ping, bukan sekadar daripada ping busuk sahaja tetapi dari servis ping laen adalah amat membantu.

    apa yang membezakan ping busuk dan yang laen adalah entri anda akan lekat di google search, ping busuk menyediakan widget trafik di mana servis ini 100% dijamin akan menaikkan hits entri anda dan setiap admin akan baca dan search setiap entri untuk disuggest di ping busuk.

    saya mewakili busuk.org ingin mendapatkan response anda sekiranya setelah entri anda disuggest, adakah hits tersebut melebihi hits entri anda sebelum ini.

    sekian. terima kasih kerana menggunakan ping busuk. entri anda telah disuggest di ping busuk. -mya

    ReplyDelete
  8. blogwalking la slalunya I buat..nak ping ni alternatif aje and kalau rajin ler. :D

    NEW!!-->Girly? I Have No Problem Being That

    ReplyDelete
  9. @epics;
    dan kengkawan semua;
    terima kasih kerana prihatin. Harap lepas ni ramai yang berminat nak buat entri pasal ping - traffic exchange - SEO :)

    ReplyDelete
  10. buah golf tu ko ada jual ke tak..he..he..aku nak beli...:)

    ReplyDelete
  11. blk kerja nak baca entry ni..
    selamat pagi bro:-)
    awal online:-)

    ReplyDelete
  12. sy biase tgl jejak kat shoutbox.. kdang2 komen gak..
    ping entry kat FB kdang2 gak..hehe.. ^_^

    ltak link kat G+, every time.. >_<

    ReplyDelete
  13. @baguznet;
    iyalah. Saya suka mencuba benda-benda yang belum saya cuba terutama tentang trafik. Tu yang kadang-kadang sidebar berubah-ubah. Takut sebenarnya nak cerita benda yang kita sendiri belum buat nanti salah bagi info...

    ReplyDelete
  14. Ok, ada jugak ping kat fb tapi memang kalau lepas kita ping ramai pulak yg ping memang orang tak perasan pun post kita. Sebab tu jarang nak ping ke mana-mana. Blogwalking n komen aje la.. :)

    ReplyDelete
  15. owh itu macam ekk...saya tak pandai sangat bab ping mengeping nie hihi aritu try jugak buat ping berdasarkan emtri EU tapi macam tak der perubahan apa2 pun...ker saya salah ping ekkk?

    ReplyDelete
  16. tak pernah ping entri kat mana2 selalunye komen & BW jer..

    ReplyDelete
  17. hahah..xtau bnda ape pun ping ni...;p

    ReplyDelete
  18. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  19. yg nombor 4 itu menguasai traffic source saya.. jgn tak caye..

    yg nom 3 tu tak berkesempatan buat selalu. pilihan nom 3 tu hanya utk menambah followers. tak lebih dari tu.. sbb terlalu ramai, maka nak keep in touch tu agak susah..

    errr... buat entri SEO mcm ni pon dpt ping automatik kat google search kan?

    hehe.. <3

    ReplyDelete
  20. sy guna kaedah blogwalking jek.Jarang nak ping entry kat group2 di fb. :)

    ReplyDelete
  21. Kalau ping membawa trafic oklah,
    tapi selalunya yg bertajuk sensasi je yg berkesan.

    ReplyDelete
  22. shoutbox sangat membantu. tp kena rajin. tp tula masalahnye. ahaks! ^^p

    ReplyDelete
  23. setuju dengan yg terakhir tu...memang shoutbox n blogwaking g byk membantu..

    ReplyDelete
  24. setuju yang nombor 3 tuu, tapi sampai sekrang masih ping pong lagi kat situuu .. :)

    ReplyDelete
  25. Bbace.bace.bace tetap tak gaham ape tu ping. haha.

    emmsaye mls nak jerit2 kat shout. lantakla traffik up ker low ker.. janji rase nak bw.. bw aje. klu malas dk diam2..hahahha

    ReplyDelete
  26. pinp-pong kan semua, tp bw masih terbaik stkat nie

    ReplyDelete
  27. ping, blog comment.. due2 tu penting gak.. seo lagi.. tapi ping ni salu orang buat tuk cpt index kt google kot

    ReplyDelete
  28. kami tak wajibkan/suruh pon letak widget. annoyed kan? :)

    ReplyDelete
  29. Assalam..
    Ping je kat mana yang sempat dan yang penting, google indeks link tu ataupun trafik banyak datang dari situ..

    ReplyDelete
  30. Usaha tangga kejayaan ye dak?
    kalau usaha comment, di balas comment. Kalau usaha nak cari followers (blogwalking, shoutbox, etc...), dapat follower even benda yang disampaikan tidak berfaedah pun.
    Pangkalnya "usaha". :)

    ReplyDelete
  31. terima kasih atas perkongsian. kami budak baru belajar.

    suaraserak.blogspot.com

    Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.

    ReplyDelete
  32. erkk....bagi aq antara cara terbaik untuk dapat trafik ialah ping blog..sbb entri senang lekat di search engine melalui ping site ni..

    dan ping site terbaik ialah busuk.org..tq

    RECENT POST : Wawa Tak Pakai Sepender!

    ReplyDelete
  33. oooo..itu maksud ping sebenarnye yer..baru ku tahu hari ni..hahaha
    aku ni bukan jenis suka ping bnyak tempat pun..berpada la dengan artikel yang nak dikongsikan tu..contohnya pikir²kan la..
    backlink mmg penting pun, tapi pandai² la nak cri backlink yang bagus..sekian..

    ReplyDelete
  34. bunda pun sllu BW n shourbox jer..xpandai sgt nk backlink ke n ape ke bende sume tu..bunda ni slow skit..

    ReplyDelete
  35. ada pro dan kontra tapi tetap ada perubahannya...

    ReplyDelete
  36. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...

    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  37. sekarang ni ada lagi tapak ping yang baru bro..

    kartikel.com

    just share to show how much i care

    ReplyDelete
  38. salam shbt... entry yang menarik... tahun sudah belalang buat entry dan hanya kongsikan di fb...

    tp tahun ini cuba kembali ping entry ke beberapa tempat yang sediakan ping seperti busuk.org

    kesimpulannya, ping membantu entry anda lekat dalam google search. klu kena dengan keywordnya :)

    ReplyDelete
  39. Ping Busuk sememangnya membantu dan sangat membantu. Tapi kadang2 admin banned blog yg ada unsur 'biru' tapi yang hampir seluruh sidebarnya dipenuhi artikel ala-ala 'biru' blh lepas pula huhu..

    SentiasaPanas[dot]com

    Jom tukar BLOGLIST link..

    ReplyDelete
  40. sy x brape paham pasal ping mengeping ni..:)
    yg dtg ke blog sy 99% dr enjin carian google..

    tp sy suka artikel ni, sangt menarik..

    ReplyDelete
  41. Purata traffic blog Tazkirah - href="http://lenggangkangkung-my.blogspot.com" sehari SEBELUM ping-mengping adalah 50 sahaja.

    Setelah lakukan ping-mengeping purata traffic sekarang
    ialah 10,000 sehari.

    50% traffic dari ping di fb href="http://www.facebook.com/tazkirah"

    Saya ping di jomsini, kartikel, salam.my, busuk, guablog, ohbelog, pinje.org, pingje.com, apesal, gilaping, carimember, ping.sg, blogr, blogged.my

    Kalau sesiapa tahu tempat ping yang saya belum tahu, sila share ya..

    Rugi kalau tak ping..

    ReplyDelete
  42. lagi satu tip ialah add link dalam bloglist jika blog tu ada letak widget www.e-referrer.com yang setting by date macam blog http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

    Setiap kali link di klik dari blog anda, link blog anda akan dipaparkan di wigget www.e-referrer.com

    Iklan percuma !

    ReplyDelete
  43. Sebenar ping entry nie bagus utk naikkan traffik utk sesuatu blog yang baru nak naik...lainlah jika sesuatu blog itu sudah begitu senonim dan dikenali ramai di alam maya...
    Sebenarnya utk ping artikel di mana2 laman ping artikel bukan wajib, cuma ikut blogger itu sendiri..
    Kekadang artikel yang bagus perlukan publisiti...utk kita berkongsi dengan blogger lain kan...

    mselim3

    pls: Sharing is caring...kan..

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...