Cerita Yang Jarang Terkini :

Antara Cerita Yang Tidak Dipos

Empayar Utama - Wednesday, August 29, 2012 : No comments

Banyak betul cerita yang aku simpan dan tidak dipos untuk dikongsi bersama. Aku pun tak tau kenapa cerita-cerita tu terbiar.

Jadi mungkin aku akan kongsikan cerita-cerita tu sedikit demi sedikit ikut perkembangan semasa (yang betulnya ikut mood aku hehe). Buat permulaan; di sini aku paparkan cerita yang sepatutnya aku pos sewaktu cerita Aku Ada Kau Ada baru masuk panggung:

Sebagai blogger – tak kisahlah full time ke, part time ke, tak de time ke; aku nak tanya tapi jangan bagi jawapan yang macam kat sini tau. Tak acilah camtu

Entri ni ada iras-iras sikit takpun boleh dikatakan sambungan kepada Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^. Korang berblog ni nak apa sebenarnya? Adakah sebab

a. Nak jadi popular tahap wakil rakyat atau tahap retis sebab kecewa tak dapat jadi wakil rakyat, artis atau yang sewaktu dengannya.
Ada blog yang tak de cerita apa pun, cuma promot affiliate dan MLM je selebihnya dok cerita pasal trafik manjang.

Ada pulak blog penuh dengan cerita; satu hari pos doploh-tigaploh entri larung je kopipes majalah, suratkhabar, entri blog orang pun dirembat belasah sampai sendiri tak pergi blog orang lain. Tapi nak orang datang. Tahap retis gitu…

b. Nak suruh orang baca konon-konon kongsi maklumat tapi tak benarkan orang komen apa yang ditulis.
Nak komen tak boleh sebab takde link untuk komen. Selalunya terlalu personal tapi tak pulak diprivatekan. Ni banyak yang jenis pilih blog skin.

Kalau bagi tutorial pun angkut orang lain punya dah tu pembaca cuba buat tak jadi. Bila tanya kat ruang komen buat bodo je langsung tak tolong (tapi bagi tutorial).

Satu lagi blog ala-ala politik, senang cakap cerita yang ditulis
tu seratus persen cintakuuuu, oh, oh, oh, hanya untukmuuuuuu betul belaka.

Kalau blog ada link komen, 'anon' jadi mangsa – syoh syoh pi men jauh-jauh terus kena delete. Shoutbox takyah ceritalah memang tak main benda alah ni. Aku ingat orang tak nak komen ke apa. Tak juga sebab bila aku hantar komen, sampai sudah tak lulus-lulus.

c. Memang tak nak bagi orang datang ke blog aku pun.
Blog adoi mak iklan penuh sana sini; widget sana sini; pasang lagu tak boleh nak stop sebab takde butang pause sampai tak tau yang mana satu entri sebenar. Nak scroll ke bawah pun kena tekan iklan dulu hampagas tullah.

contoh semua kategori ^_^
tekan gambar untuk lagi clear

d. Gila nak hadiah/masuk pertandingan sebab dah selalu sangat beli nombor, masuk peraduan kontes sana sini tak pernahnya menang.
Dunia blog banyak jugak hadiah/pertandingan. Hadiah duit paling besh. Tu yang keliling blog pasang iklan; pilih iklan pulak jenis orang tak payah klik janji singgah duit dah masyuk.

GA mesti nak masuk jugak nanti ada can menang. Apa page pun; apa entri pun semua pasal GA manjang. Elehhhhh kalau aku dah rajin masuk takkan satu pun tak sangkut, tak gitu? Gitu

e. Saja buat blog sebab dengki orang lain ada blog, jadi aku pun nak ada blog juga.
Tu yang buat blog kutuk mengutuk dan balas membalas siap ada pengikut belah sini kasi api ngan minyak; pengikut belah sana tolong kipaskan bagi api lagi besar.

Ada juga yang pedulik apa takat pat-lima entri cukup lah. Janji ada blog. Pastu senyap. Tapi kat medium lain – twitter, fesbuk perghhh aktif kemain siap riban-riban pengikut. Ni jenis buat blog nak bagitau 'aku ada, kau ada???'

Haaa jawab, jawab...


Dah tengok cerita ni? Layan je janji cerita Melayu...


Aku dulu masuk kategori a
macam tak berjayalah
last-last tukar, tapi
masih kategori a
hahahahahah




Selamat Hari Raya Dari EmpayarUtama, Harap Tiada Yang Berkecil Hati

Empayar Utama - Saturday, August 18, 2012 : 17 comments

Tahun ini merupakan bulan puasa yang agak sibuk. Nantilah bila ada masa aku cerita.

Camanapun aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah baca cerita mengarut yang aku kongsikan. Tak lupa juga ucapan Selamat hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat
semua yang datang jengah; baik yang kenal aku secara peribadi maupun kenal hanya melalui blog; fesbuk atau twitter.

Tahun ini walaupun agak lewat; aku tetap abadikan kenangan bersama arwah abah yang telah pergi. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi kenangan manis bersama ayahanda kita yang tercinta. Meh layan lagu Mawi ni:



Salam sayang dari Empayar Utama sekeluarga. Lepas Raya mungkin boleh aktif berblogging semula. Sabar yea ^_^