Home » » Sambungan Teknik Belajar Menipu

Sambungan Teknik Belajar Menipu

Empayar Utama - Sunday, March 31, 2013 : No comments

Dulu ajar Teknik Belajar Menipu main golf haaa kali ni aku suka nak kongsi teknik belajar menipu tarik duit trafik.

Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf sebab isi kandungan cerita ni memang lari jauuuuhhhh dari cerita yang pernah aku kongsikan bulan lepas. Jadi hehe abaikan saja cerita yang itu yea ^_~
Ada satu perisian ni janjikan pelbagai kelebihan terutama trafik yang mencanak-canak:
Tapi apa pula kekurangannya? Aku pun tak tau sebab aku tak pakai. Cuma kat sini nak berkongsi (bukan riak aaaa) walaupun tak aktif berbelogging tapi jika kita sabar dan 'guna kebiasaan yang normal' apatah lagi segalanya percuma dan ada depan mata; pun boleh dapat trafik yang sewaktu dengannya. Untuk ini, aku tunjuk statistik belog sendiri.

Segala statistik adalah satu jam sebelum aku pos cerita ni.

Cuma ada 238 pos - 213 dah kongsi 25 lagi masih dalam deraf; belog berusia dua tahun 3 bulan. Jumlah 124,798 pageview. Ianya bukan dapat dari hari pertama berbelog, hanya setelah lebih setahun. Jadi perkara pokoknya ialah SABAR DAN KESESUAIAN TEMPAT BELOG DIHANTAR.

Dua statistik di bawah (berdasar hari dan masa terkini) sebagai bukti trafik datang bukan pada setahun pertama berbelog:


(purata sekitar 400-500 pageviews sehari)

Walaupun belog rojak bukan belog bisnes atau retis cuma letak iklan bagi nampak lawa sikit; aku rasa Alexa beri gambaran sebenar tentang kandungan belog aku.

Tahun 2012 purata aku kongsi 5 cerita je sebulan (ada bulan yang tak de langsung cerita) tapi kedudukan trafik tu pada aku lebih dari memuaskan.

Ok, kat bawah ni pulak boleh tengok cerita mana yang lebih dapat perhatian manakala sebelahnya tunjukkan dari mana datangnya trafik tu:


Penyumbang trafik terbesar (lebih dari 21,000 pageviews) datang dari carian google.


Manakala ping-ping program turut membantu seperti Busuk dan Apesal. Nama belog sendiri juga keluar barangkali pembaca 'bookmark' belog; baca cerita-cerita terdahulu serta aktiviti kemaskini belog (aku le tu kuangkuangkuang).

Dan terakhir, 50% yang bertandang adalah dari Malaysia. Akupun tak tau camana separuh lagi tu boleh faham tulisan aku sebab ayat memang berterabur. Aku sendiripun selalu tak faham apa yang ditulis, apa lagi diorang hahahahahahah.

Haaa satu lagi, kenapa kat statistik tu tunjuk dari May 2008?

Aku ada ceritanya nak tau kena baca Wajah Dan Nostalgia...



0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...