Home » » Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^)

Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^)

EmpayarUtama - Wednesday, June 20, 2012 : 28 comments

Aku ada janji nak cerita pasal golf. Tapikan, ramai yang kata ish ini game orang kaya. Tak juga. Lebihkurang aja dengan badminton cuma janggal kalau main depan rumah. Korang kira dan banding sendirilah belanja (untuk permulaan) set golf dengan set badminton campur ngan pakaian; sewa gelanggang/course; serta tempoh 4 jam permainan.

Golf ini lebih kepada PR (Public Relation) dan masa 4 jam itu boleh jadi penentu berjaya atau tidak perbincangan perniagaan selain menguji tahap kesabaran dan kejujuran diri. Kenapa aku kata 'menguji tahap kesabaran dan kejujuran diri' kenalah sambung baca yea.

Oleh kerana ini permainan sendiri dari mula hingga habis 18 lubang; segala-galanya dilakukan sendiri. Peraturan dalam permainan golf amat rumit dan ketat. Contohnya 'par 3' yang jaraknya 210 meter. Apa yang ada? Ada 'tee box' untuk mulakan pukulan; perangkap pasir sebelum dan selepas 'green'; 'rough' (rumput kasar yang tak rata) sebelum perangkap pasir serta di kiri dan kanan 'green'; kolam pada jarak 90 meter dari 'tee box'; dan lebar 'course' hanyalah sekitar 80 meter di mana kiri dan kanan 'course par 3' ini adalah belukar dan ditanda sebagai 'Out of Bound' atau OB jika bola tersasar ke situ penalti satu pukulan dikenakan.

Bagi 'attacker' ada yang memilih untuk memulakan dengan 'Wood 3', 'Wood 5', 'Rescue Wood', 'Iron 3', atau 'Iron 4' kerana ini antara kayu pilihan yang boleh sampai pada jarak sekurang-kurangnya 190 meter selebihnya bola akan roll ke hadapan. Untuk yang bermain selamat, akan pilih kayu bernombor lebih besar agar bola landing sebelum kolam atau selepas
kolam. Diikuti dengan pukulan kedua yang terus mensasarkan lubang di 'green'. Pukulan ketiga memang harap 'putt' di green untuk tolak masuk bola ke lubang. Jadi bila pukulan pertama dah OB; kena pukul lagi sekali tetapi ianya pukulan ketiga hehe. Bila pukulan pertama masuk kolam pula, boleh 'drop'kan satu bola baru di tepi sebelum kolam tetapi pukulan kedua itu jadi pukulan ketiga.

Andaikata bola di tepi kolam dan rumput tebal
menenggelamkan bola atau bola masuk perangkap pasir; jangan cuba-cuba 'test' hanyunan kerana setiap 'test' hayunan dikira satu pukulan. Bila bola dah dipukul keluar dari perangkap pasir; kena 'rake' semula pasir tu seperti keadaan asal sebab akan ganggu permainan pemain lain di belakang ('flight' belakang).

Oh ya; 1, 2, 3 atau 4 orang (biasanya 2 orang satu 'buggy' dan maksima 2 'buggy' dah boleh mulakan permainan) dipanggil satu 'flight'. Cuba elakkan dari bermain perlahan kerana bila 'flight' belakang dah tak sabar; tetiba saja sebiji bola boleh hinggap di kepala. Bila bola masuk 'rough' dan tak jumpa - ada yang keluarkan bola dari dalam kocek letak cantik-cantik kata bola jumpa kat sini (dah tak jujurle) kerana bila bola tak jumpa; sama taraf seperti masuk kolam - penalti satu pukulan.

Ada juga situasi bila bola jatuh ngam-ngam di balik pokok yang halang kita untuk buat pukulan seterusnya; jangan cobak cobak alih bola. Ada yang pandai, tendang sikit bola tu keluar dan ada yang lagi bagus bila dibenarkan pindah bola tu (selepas biasalah - penalti satu pukulan) ambik bola tapi di belakang jari ada 'tee' pendek jadi bola yang dipindahkan cantik je terletak sebab bawahnya ada 'tee' hehe.
Dan bagaimana keadaannya di 'green'? Yang jauh akan pukul dulu jadi bila ada bola di hadapan yang mungkin mengganggu; tuan punya bola hadapan perlu ambil bola dan mark dengan 'marker' bukan 'pen marker stabilo' ya. Dah tu jangan memandai-mandai pijak rumput yang jadi route bola kawan yang jauh tu kerana rumput yang dipijak boleh pesongkan pergerakan bola.
Konsentrasi penting sebab nak masukkan bola dalam lubang kena dok diam; pastu jangan berada bertentangan dengan kawan yang nak pukul bola.

Sudahnya 'par 3' yang sepatutnya hanya perlu maksima 3 pukulan mungkin jadi berbelas-belas kiraan pukulan. Gambar-gambar tu semua cilok gugel; gila ah nak snap tengah padang. Banyak lagi peraturan dalam permainan golf ini yang benar-benar menguji tahap kesabaran serta kejujuran diri. Selalu juga kita dengar alasan ke luar negara untuk bermain golf, hehe betul ke?




28 Comments

28 comments:

  1. tertiba remy rasa cam dah main golf pulak... penerangan yg terperinci...thanks bro.....
    tapi remy reti ker nak hanyun...he3
    pernah try dulu2.......

    ReplyDelete
  2. errr EU..jaja kena baca kali ke-3 kot br faham dan cari isi pnting

    :p

    peh peh..main golf ekk..cayalah

    ReplyDelete
  3. wah dah macam buat tutorial cara2 nak main golf jer hihi...

    selalu org kata main golf nie utk golongan org kaya jer...huhu

    ReplyDelete
  4. @ semua;
    buat sapa-sapa yang ikut cerita aku bulan Dua dulu mesti ingat aku tulis pasal jujur dalam penulisan; penyampaian; dan cara hidup. Yang ini aku cuba kiaskan dalam beraktiviti. Aku tak berapa pandai menulis tapi itulah cara aku ^_^

    ReplyDelete
  5. baca berkali-kali pon tak paham..hahahaa...

    agaknya dkna nak pegang kayu golf pon tak reti ;p

    ReplyDelete
  6. tak suka golf tapi suka dengan padang golf...kekuatan utama sebuah padang golf terletak pada rumputnya.


    petik sikit ayat EU "Dah tu jangan memandai-mandai pijak rumput yang jadi route bola kawan yang jauh tu kerana rumput yang dipijak boleh pesongkan pergerakan bola..."



    study pasal turfgrass buat sy suka dengan padang golf sahaja...hehe.

    ReplyDelete
  7. salam;
    main golf tak pernah...jadi keddy golf pernah jugak!!.

    ReplyDelete
  8. Kakak dulu kerja sebagai administrator satu projek padang Golf di JB sini. Setiap kali lepas meeting adalah pukul-pukul tapi kakak tak minat kerana panas mentari terus kena kepala...

    Set golf company ada sediakan tapi selalu kakak swing masuk bunker atau lagi teruk masuk terus ke tasik tak jumpa balik. Caddy pun pening. hihi...

    ReplyDelete
  9. teringin lak men golf.. golf gn hoki lbeh kurang jerr.. =P

    ReplyDelete
  10. suka tgok suasana hijau tu..pernah juga masuk,tapi bukan main..makan disana..dinner dgn keluarga..tu pun ada yg jadi ahli di sana..

    ada juga yg sanding kat sana..apa2 pun tak ngerti ttg golf ni

    ReplyDelete
  11. owh tidak! baca berkali-kali pun kureng paham..ngeee~ sbb x bape minat sgt nya la pun :P

    ReplyDelete
  12. as salam EU tumpang lalu... ya nak bagi reminder kat sume...


    Mizz Sara dia ni hackers carefull peeps!! http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/good-morning-mizz-sara-d-hackers.html

    ReplyDelete
  13. ndak pernah main lagi benda nie...tapi memang seronok

    ReplyDelete
  14. tak keluar peluh pun main golf..hehehehe

    ReplyDelete
  15. mak ai..sbulan tak kesni dah main golf plak hah.

    ReplyDelete
  16. salam dan selamat pagi...
    saya singgah sini..

    dulu saya selalu fikir yang golf pemainan untuk orang korporat je sebab mahal kan pas tu kne main pulak kat tmpt yang mahal.... tpi bile bce entry awk ni terus berubah fikiran. rs nye golf boleh jd satu senaman yang bagus untuk perut... hahahahaha.... =)

    ReplyDelete
  17. pegang kayu golf pun saya xpernah lagi....macam rumit je bila baca penerangan sbb xpenah main kot..sape yg dah biasa tu sti oke je..

    ReplyDelete
  18. gua main golf kat PC pun tak lepas lepas lagi .

    ReplyDelete
  19. giler la seyes aku tapaham, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri *eh ada related tak ngan entry?

    ReplyDelete
  20. Dah belog pun rojak, apa pun ada lah :)

    ReplyDelete
  21. sy blajar basic rules golf wktu main game ps2 ^^

    ReplyDelete
  22. saya baca banyak kali utk faham ape yg EU cuba sampaikan.. haha.. btw, saya tak suka permainan golf.. sya main baling selipar je.. hehe..

    ReplyDelete
  23. erk..susah sikit nk faham..tapi diana memang tak suka golf..permainan orang malas :p.. hehe

    ReplyDelete
  24. sebenarnya entri nie aku dh baca aritu.. nk komen x fhm..jd aku baca dan baca...aku baru dpt taw sikit...gigih x kau baca? kah kah kah

    ReplyDelete
  25. org kaya je selalu main golf ni. tikah x layak. uhuk!

    ReplyDelete
  26. main golf cam senang
    tp bila try pukul baru tahu susah.. hehehe

    ReplyDelete
  27. hehehe...ini kali pertama ayie baca entry pasal main golf...kekeke

    nk simpan entry nih kat google + nanti boleh baca lagi :D

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~