Home » » Jujur... Aku Dayus

Jujur... Aku Dayus

Empayar Utama - Sunday, February 19, 2012 : 24 comments

Baru habis tengok Cerekarama TV3 - Jujur...Aku Dayus. Kisah tentang percintaan, masalah rumahtangga dan pergolakan yang dicipta sendiri oleh manusia. Aku pilih tajuk tu sebagai penutup bahagian ketiga versi Jujurlah Padaku ok aaa... Dan aku harap sangat kepada semua yang baca cerita-cerita aku dapat terima seadanya apa yang nak aku kongsikan. Aku memang tak
pandai mengolah cerita cintan-cintun; berbunga-bunga; berkias-kias. Cuma kengkadang cara aku bercerita mungkin disalah tafsir; dan kalau ada sampai memalukan antara kengkawan - aku mintak maaf. Sebagai manusia biasa aku tak lari dari buat silap.

Perasan juga bila bertandang ke blog kengkawan; belog rojak aku ni dijengah juga. Jadi aku buat macam biasa baca entri kat sana, bagitau yang aku tak ambik hatipun tapi sampai sudah senyap sunyi macam marah sangat kat aku. Sudahnya aku cuba untuk tidak pomot link kengkawan lagi; bukan balas dendam tapi tak berani lah. Aku rasa malu kat diri sendiri.

Meh kita imbas balik bahagian pertama - aku cerita pasal apa yea aku pun tak ingat; jap aku tengok balik. Oh iya; pasal jujur menulis bukan untuk kepentingan sendiri; biarlah betul-betul nak berkongsi ilmu. Bahagian kedua cerita tentang jujur dengan apa yang nak kita sampaikan jangan sampai timbul macam-macam prasangka lebih-lebih lagi kepada pihak ketiga.

Ermmm, satu lagi aku pun tak berani lagi tunjukkan gambar-gambar; aku ambik kat gugel je itu pun cari yang hitam putih. Kalau dah tak de sangat - aku letak gambar katun. Teknologi yang ada semakin mudahkan orang ambil kesempatan selalunya kat gambar perempuan. Ni ha contoh aku pinjam dari anarm :
Oleh itu - makcik-makcik; akak-akak; adik-adik; anak-anak gadis (termasukle anak-anak aku hehe) kalau terbaca belog aku ni beringatlah. Mereka ni tak memilih mangsa. Gambar-gambar korang terus aja dimuat turun dalam beberapa belog dan web (kat fesbuk pun ada) dengan tajuk-tajuk yang buat lelaki tak senang duduk; boleh berlama-lama lagi kat sana. Pengunjung memang ramai giler siap ada video klip gitu... Sori aku tak boleh bagi link tak naklah pomot benda tak sihat.

Kepada insan bergelar lelaki - termasuklah aku; harap jangan jadi lelaki dayus (dalam apa juga perkara). Abis dah...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

24 comments:

  1. orang pertama ! hey nani kembali blogwalking blog awak balek.. ^_^

    btw, nani un ade wat gak entry JUJUR AKU DAYUS.. sbb bwu abes tgk cter tu... best kan kak? =)

    ReplyDelete
  2. @meisnani;
    iyelah memang best. Tapi oitttt aku lelaki lah ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh smpai part terakhir dah kan ? haha.. tadi tgok nangis wooo

    ReplyDelete
  4. layan jugak jujur aku dayus tadi.....
    menarik......
    kejujuran tunjang persoalan....
    sampai ending baru tahu kebenaran.....

    ReplyDelete
  5. @CikPipiTembam;
    hehe penuh perasaan yea. kalau nengok hindustan mau sekotak tisu abes :)

    ReplyDelete
  6. @remyhazza;
    lappy kena virus da dua hari. Ni dok pakai table top lama ngam-ngam sebelah tv, tu yang layan jer...

    ReplyDelete
  7. macam best je cerita jujur aku dayus tu, ni yang tak best ni sebab tak tengk huh...

    ReplyDelete
  8. entry macam touching je eu?
    mas minx maaf jugak ye(from entry kat far_east)

    adess xtgk drama tuh,kak far_east cdg jgn tgk..mybe xssuai dgn kdaan mas time ni..

    ReplyDelete
  9. @SHAHIDA SHIDA;
    @MaYa MustWany;
    takpe nnt ada lah ulangannya; tak pun tunggu mesti ada yang rajin donlod kat utiub. Bagus cerita tu - bukan cari salah sesiapa cuma cuba mencari penyelesaian terbaik atas masalah yang timbul...

    ReplyDelete
  10. mula tgok cte jujur aku dayus , memang tak pham .. but seronoklah cter tu :)

    ReplyDelete
  11. jaja jujur menulis entry pasal kuih koci.haha

    ReplyDelete
  12. akhirnya entri jujur sampai ke penghujungnya...

    jujur di bilang padamu, sy sgt2 santai membaca entri dari EmpayarUtama dan dpt terima seadanya tulisan dari EU..

    ReplyDelete
  13. nk tengok tapi...xtertengok...sbb tgk bola...hehe

    ReplyDelete
  14. assalmualaikum bro,aie pun kalau buat entry pun tak mo dah letak pic orang ke apa...suka lagi letak pic alam..bila pic orang2 ni nanti dieksploitasi plak jadi lain..

    ReplyDelete
  15. manipulasi gambar...hmmm..


    bahaya upload gambar sebarangan ni..


    *lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  16. aku terlupa nak tgk citer ni semalam.hmm tgk kat tenet la nanti.mesti best kan?

    ReplyDelete
  17. tgk juga cite tu semalam.haha
    haaa.gambar tu ada tgk kt fb.seram -.- skng ni semua bole.kita kne bjaga jaga.

    ReplyDelete
  18. sebab tu saya takletak gambar sensorang kat blog / fb...

    **dah ada anak ea?

    ReplyDelete
  19. Alar~ tak tengok pulak cite tuh! =.=
    Zaman skunk nie macam2 lar.Suke2 nak edit pic owg len. Menakotkan!! huhu

    ReplyDelete
  20. super impose mmg bahaya,
    lagi2 kpd org yg dianiaya..

    ReplyDelete
  21. hai...sy baru disini..cita ini mmg best..
    harap boleh kongsi2 mklumat cite ni sbb kne wat paper work ...=)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...