Home » » Sitemap - Cara Mudah Cari Apa Yang Korang Nak Cari

Sitemap - Cara Mudah Cari Apa Yang Korang Nak Cari

EmpayarUtama - Saturday, February 11, 2012 : 25 comments

Sori bebanyak tak dapat luangkan masa berblogwalking. Lepas balik dari menebas kat kampung aritu badan aku kena gatal-gatal. Tu pun sebab jenuh menunggu jadi aku kongsikan tiket Hantu Dalam Botol Kicap pejabat tanah. Dah tu cabut gi klinik - aku ni alahan dengan lalang... Ni pun tengah sedap menggaru nih.
Ok, pasal sitemap - Aku tak pasti sama ada sitemap yang aku letak kat atas tu ada kena mengena tak dengan sitemap untuk carian search engines – Google, Yahoo atau Bing (aku rasa macam tak ada kena mengena langsunglah) sebab sitemap yang ini (dan yang ramai kengkawan dah buat) adalah dalam bentuk html (html tu ada link bila kita klik akan keluar page yang korang tekan tu); sedangkan webmaster tool tak terima pun sitemap dalam bentuk html.

Tapikan, bila aku taip 'empayarutama' kat google search; keluar macam ni (snapshot ni dah 6-7 hari lepas kot):

... macam dah terindex aja. Jadi aku rasa tak payah hantarlah. Aku cuma rumuskan ada dua jenis sitemap:

1. Sitemap yang kita biasa letak dalam belog (ala, macam yang aku letak tu lah, nampak tak… Erkkk hehe baru je letak ^_^) hanya untuk mudahkan sesiapa yang datang terus cari tajuk apa nak dibaca. Benda ni lebih kurang je macam fungsi labels/kategori/keyword kat sidebar cuma bila letak label dan klik mana-mana keyword – akan muntah segala artikel yang ada keywords tu; kira tak spesifiklah.

Dulu ada dua script aku jumpa tapi dua-dua dah tak leh pakai. Aku guna yang lain boleh tengok kat sini ya.

Contoh sitemap yang ini ada kat Menu Bar atas tu; aku letak tajuk SiteMap.

2. Sitemap untuk tujuan search engines yang terpaksa merangkak eh, ‘crawl’ segala kandungan web atau blog kita supaya mudah untuk ianya terindex pada masa akan datang (bila masa akan datang tu aku tak tau – aku lom kerja ngan google)

Untuk yang ini cuba korang google 'sitemap'; 'pentingnya sitemap'; atau apa-apalah berkaitan dengan sitemap. Untuk hantar sitemap, biasanya belog kena verify dulu kot. Aku tak tau le sebab akunyer memang dah verified tapi sitemap tak hantar pun lagi. Sesapa nak cuba tanpa verify pun boleh try apa… Jadi ke tak jadi belakang kira.

Contoh sitemap yang ini memang tak ada. Yang keluar ialah macam paparan index yang aku tunjuk tadi.


Jadi aku tak mo potong trip mereka yang dah siap terindex sama ada dalam nombor 1 atau nombor 2. Kalau nak tutorial atau penerangan lanjut kena gugel sendiriklah yea ^_^; nak gi makan ubat ni. Aku saja je nak cerita...




25 Comments

25 comments:

  1. manjanya pakcik ni!
    menebas sikit, gatalnya berhari-hari.. hihi! (>.<)

    *kenalah gugel sendiri...

    ReplyDelete
  2. ok...baru remy faham....
    selalu taip jer remyhazza kat google. kuar link berderet2....

    ReplyDelete
  3. wakakkakak...kena ulat bulu apa semasa menebas..ada kt lalang tu..ehheheh

    ReplyDelete
  4. oke2. dtg mnebas umah sue pulak yer.

    ape tu..? perlu ker search engine mende tu. oke. buta IT. sekian.

    ReplyDelete
  5. malu nak habaq, sebenaqnya tak tau apa fungsi sitemap..hihi..tp dah buka sitemap awak ni, paham la sket2 apa fungsinya..

    ReplyDelete
  6. erkk..masih tak faham.Sitemap nie untuk hape erk? =.='

    ReplyDelete
  7. hehehehehehe...hahahahahahaha..ngohengohengohengohe....


    baik.. tak faham...

    kena bca lagi nie...

    ............

    selepas beberapa kali bca..


    hehehe.. dah faham..

    ReplyDelete
  8. mcm x berapa nak paham la. benda tu kena letak kat mana weh?

    ReplyDelete
  9. Alamak, alamak aku x pandai bg tutorial. Lg pun banyak tutorial pasal no 1 dan no 2 sbb tu gugel search sendiri lebih baik.

    Sitemap no 1:
    Untuk letak kat belog sendiri (tak kisahlah letak kat sidebar ke; jadi tajuk-tajuk kecik belah atas macam aku punya ke; tajuk yang dicadangkan ialah "sitemap"; apa tajuk pun bolehlah)

    Cara memasak, eh bukan. Cara pasang:
    Pergi Dashboard -> Edit Pages -> Pilih nak letak kat belah mana: Atas/bawah/sidebar/dalam lemari -> Tekan Butang New Page -> Page Title ikut suka apa nak letak -> Ambik Edit HTML jangan ambik Compose -> Copy paste mana-mana script dalam entri aku yg kat atas tu (jangan lupa tukar url blog sendiri kat warna merah tu) -> Tekan Preview dulu tengok hasilnya. Kalau puas hati tekan PUBLISH PAGE. Haaa korang dah ada sitemap, dah boleh eksen ngan jiran sebelah; bolehlah buang labels kat sidebar kalau ada letak sebelum ni. Senang-senang aku boleh jengah entri-entri lama korang ^_^

    Sitemap no 2:
    Sitemap yang dihantar ke webmaster tool. Akan datang nanti belog korang mudah dijumpa kalau sesapa buat carian gugel (takdelah tertinggal kat page belakang-belakang sangat); dan bila mudah jumpa belog korang - dah siap segregation macam CONTOH DALAM ENTRI aku kat atas tu (contoh je tau hehe).

    Cara memasak, eh salah lagi. Cara pasang:
    Pergik ke Webmaster tool (link ada dalam entri atas) -> Tekan nama blog yang nak dihantar sitemapnya -> Carik Sitemaps - Submit a Sitemap; haaa tekan link tu nanti keluar tab baru. Tekan butang ADD/TEST SITEMAP (butang dia kaler merah, kalau kaler lain dari merah aku tak tau hahahahahah). Nanti keluar Hantu dalam Botol Kicap hehe aku melawak je. Nanti keluar kotak siap nama blog korang dan ujungnya ada satu kotak kosong untuk diisi -> Pergi ke belog korang tengok bawah sekali kan ada satu phrase: Subscribe to: Posts (Atom) -> link tu biasanya camni: http://urlblogkorang.com/feeds/posts/default -> ambik yang "feeds/posts/default" masukkan dalam box tu -> cuba tekan Butang Test Sitemap kalau ok tekan butang Submit Sitemap (butang tu kaler biru, ada kat sebelah butang Test Sitemap) -> Dah siap dah. Camtu je. Senang kannn?

    Ceh, camana aku boleh terbuat tutorial dalam komen nih hampagas tullah hahahahahahah ^_^

    ReplyDelete
  10. wah... best nie.....
    dlm komen pun tutor ade.....

    ReplyDelete
  11. Wow! ada tuto kat cnie..bagus2~ baik cikgu! :D

    ReplyDelete
  12. owh, owh dan owh....baru difahami benda alah tue org panggil sitemap hihi...

    ala tak sihat ker? take care oke...sama2 lah kita makan obat yer...

    ReplyDelete
  13. tutor dalam komen lagi faham la bro.. hehehehe...

    ReplyDelete
  14. kakakakaka... thnaksss abg syg. hakhak... i will do that :p

    ReplyDelete
  15. @baguznet;
    wordpress mana bley pakai script tu. Kena guna plugin. Takpe, beli nasi ayam penyet 2 bungkus (satu untuk aku) sebungkus lagi bagi kat puan bee. Ni ha link dia : http://puanbee.com/cara-buat-sitemap-wordpress/

    Nanti jadile tu :)

    ReplyDelete
  16. sebenarnya sitemap kat mainpage berfungsi sebagai peta website...ia lebih memudahkan para pengunjung untuk menyemak artikel2 yang lalu selain menjimatkan ruang...

    ReplyDelete
  17. Encik Eu ooo encik Eu....help me...sad sungguh nie...semalam sitemap menjadi jer bila saya cuba cara 1 tp pasaipa pagi nie bukak xder paparan plak huhu... :(

    ReplyDelete
  18. fuhh leh lak wat komen..hihihi.
    unik tuh.kikiki

    amacam badan tuh,gatal2 lagi ke?tak biasa ke..ke kene miang keladi?huhuhu..

    ReplyDelete
  19. Nama pun dah belog rojak, terus jadi rojak. Kira rugi satu entri ke? Ala bukan kena bayar atau dapat duit pun ^_^

    @misz_eyza;
    manyak kali aku singgah, tp singgah sekejap-sekejap je; lama-lama karang kena tangkap basah pulak :) Ok je nampak, cuma ambik masa sikit nak loading manyak sangat link agaknya

    @MaYa;
    memang alahan. Tiap kali balik menebas kena gi klinik amik injection + pil + krim + ayam penyet + selimut. Kalau tak - 3 minggu baru baik tupun nampakla kesan calar-calar kena garu :(

    ReplyDelete
  20. ayam penyet????
    klu xwat,xpe ke?means upah org tlong wat kan..dari diri seksa/mmudaratkan..better upah org je.

    so ni dh ok x?

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~