Home » » Singa Mengaum Lagi, Kali Ini Di Syawal Yang Mulia

Singa Mengaum Lagi, Kali Ini Di Syawal Yang Mulia

Empayar Utama - Wednesday, August 28, 2013 : 12 comments

Hehe masih cerita Raya. Ingat lagi cerita Singa masa Raya Cina awal tahun lepas? Aku fikir dah kena tangkap rupanya Idilfitri muncul pulak kat Pontian.

Cenggini. Biasalah lepas salam salam dan bermaaf-maafan antara keluarga diselang seli dengan sikit-sikit drama airmata; tergerak hati sorang mamat
tu nak ajak semua bergambar kat kedai.

Jadi kesemua mereka merangkap sebuah keluarga yang tak berapa besar (lebih doploh orang juga tu) buat pertama kali dengan bergayanya mengabadikan kenangan hari raya tahun ini di sebuah kedai gambar. Siap pilih saiz gambar, gambar latar serta bingai bangkai bingkai.

Dua minggu lepas tu kedai gambar tipon "gambar dah siap, cantik-cantik boleh datang ambik". Gumbiranya rasa hati mamat tu rasa nak melompat-lompat sebab first time nih bergambar kat kedai. Biasanya guna enset je. Diapun ponteng kerja terus je lari ke kedai gambar yang tak jauh - Pontian, 70 km je dari JB.

Sampai je tokey kedai dengan tersenyum simpul (yela nak dapat duit belen kannnnn....) tunjuk 3 gambar berbingkai. Katanya "gambar keluarga besar belum siap. Itu saiz you mintak tak ngam. Kena lebih besar dari 17R. Satu lagi, ini you punya keluarga dia punya background you pilih dulu tak berapa cantik. Jadi kita tukar dia punya latar". Aduh, ada satu customer masuk jadi mamat tupun keluar dulu. Tapi dapat rasa dah aura Singa kuat betul dalam kedai. Kenapa ya?

Bila pelanggan dah takde dia masuk balik sambil tanya "Boss; saya datang dari JB semata-mata nak ambik gambar. Awak talipon bagitau gambar dah siapkan? Cantik-cantik lagi. Kenapa tak talipon bagitau satu gambar lagi belum siap? Kenapa tak talipon bagitau awak fikir gambar latar yang kami pilih tak berapa cantik dan cadangkan untuk tukar? Kenapa suka-suka tukar gambar latar yang kami pilih? 4 set gambar ni bukan lima-nam ringgit. Ratus-ratus tu. Kenapa tak talipon bagitau ada masalah?" Walaupun dengan lemah lembut tapi aku dapat rasa aura Singa semakin membara dalam kedai. Aku tunggu juga siapa yang nak mintak maaf, mamat singa tu ke atau tokey kedai.


Dulu 3 sekarang ni tinggal 2 je kedai gambar sepanjang Jalan Taib di Pontian nih. Agak-agak yang mana satu?

Dengan selamba tokey jawab "tak apa. Kalau you nak latar yang you pilih dulu; kita tukar tapi kena tunggu lagi. Saya sendiri akan turun JB talipon you dan hantar sekali dengan gambar keluarga besar. Dalam gambar sangat ramai tak boleh framekan saiz 17R" "Boss, kenapa you layan you punya customer macam ni? Ramai customer kena tipu macam ini ke? Tak apalah saya bayar baki duit" sambil singa tu hulur not limapuluh 4 keping. Kiranya dia dapat 2 gambar sajalah haritu.

Jawapan mudah lagi "itu hari orang ramai sangat jadi kita tak perasan apa you order ada yang tak ngam saiz sama itu gambar latar tak berapa cantik. Nanti kita hantar bagi you kalau sudah siap. Ok ya" Hek elehhhhh camtu je? Dia pun cam laju je tergesa-gesa masuk studio gambar. Aku yang ada kat situpun rasa nak betukar jadi otromen.

Dah nampak dah singa menunggu masa nak terkam dan menyiat-nyiat tengkuk mangsa. Mulalah mengaum dan mengejutkan satu pelanggan yang baru masuk. "Tokey, awak bukan baru 2-3 hari berniaga. Kalau lebih 20 orang dalam satu gambar awak patut tahu tak boleh buat 17R dan wwak boleh beritahu kita awal-awal. Kenapa nak sorok? Semalam awak talipon pun tak bagitau masalah ini. Awak cuma kata gambar dah siap dan boleh datang ambil. Apa ni? Tengok - saya bayar dua ratus baki untuk 3 gambar; belen dua puluh ringgitpun tak pulang balik. Jumlahnya seratus lapan puluh saja kan? Esok dah taknak berniaga ke?" Dah takde rasa malu singa tu terus saja mengaum dengan bingit. Deruan angin dari pantai Pontian mengerbangkan lagi rambut di tengkuknya yang sedia panjang. Ngeri betul aku tengok. Terserlah kejantanannya. Macho pun ada jugak sikit-sikit hahahahahahahahahaha hampagas tul.

Dan siang tadi orang yang sama (tokey tulah, siapa lagi) talipon lagi bagitau 2 gambar tu dah siap dan boleh datang ambik (janji nak hantar, hampehhhh) - kena gi Pontian semulalah esok. Terbakar betullllllll........

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

12 comments:

  1. mcm pernah dengar laa citer nie... kikikii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sudah tu sudahla hehe. Sekadar berkongsi pengalaman tak pe, kannn...

      Delete
  2. Kalau KA dh mengamuk satu johor ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak payah buang masa mengaum.....ngap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh x bley bang, nnt lepas ni takut x de cerita pasal Singa lagi; x besh laaa

      Delete
  4. hahahaha... saya masih ingat si singa tu bro.. mesti macho giler si Singa itu..wakakakaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Er, er, masih macho lagi nampaknya cuma tahun lepas rambut dia sampai pinggang tp tahun ni lepas bahu je. Itu pun potong 'Eagle' :)

      Delete

Tulislah apapun, aku baca...