Home » , » Apa Yang Kita Terlepas Pandang?

Apa Yang Kita Terlepas Pandang?

Empayar Utama - Thursday, March 26, 2015 : 5 comments

Lama sungguh tak menulis. Tapi lepas baca tulisan Buasir Otak aku fikir nak berkongsi juga pendapat aku.

Oh sebelum tu maaf sebab setakat ni aku tak cukup tangan dok tolong kengkawan yang terjebak dengan penguatkuasaan GST April nih. Hahahahah tula siang-siang tak mo ready akaun last-last aku jadi mangsa.
Hampagas tul.

Oke; pada fikiran aku, mereka yang 'tidak bersetuju' dengan pelaksanaan GST majoritinya adalah pengguna. Peniaga tak mungkin tak setuju sebab :

1. Cukai Jualan atau Cukai Perkhidmatan (SST) tak jauh sangat bezanya dengan GST. Lagipun GST nih dikongsi oleh semua peringkat peniaga (pembekal, pengilang, pemborong maupun peruncit)

2. Pengilang, pemborong dan peruncit masih boleh senyum sebab melalui GST mereka hanya berkongsi sikit jer kadar GST tu lepas tuntut kembali 100% GST yang dikenakan oleh peniaga di atas mereka (pembekal, pengilang atau pemborong)

3. Mana kita tau para peniaga nih terus ambil harga terkini dan kemudian tambah GST atas harga tersebut. Senang cakap tak beri kesanpun kepada mereka. Lagi best, ada yang awal-awal dah naikkan harga sebelum pelaksanaan GST.

Jadi siapa yang benar-benar terbeban dengan GST? Penggunalah.

Pengguna pula, pada fikiran aku boleh jadi setuju dan boleh jadi tak setuju. Mereka boleh jadi setuju bila semua orang kena GST jika beli barangan yang dikenakan GST. Boleh jadi tak setuju bila:

1. Mereka adalah antara pembayar cukai pendapatan individu. Tak pasal-pasal kena tambah cukai GST.

2. Pengguna kena tanggung 50% dari jumlah keseluruhan GST yang dikenakan. Pusing camanapun akan jadi sekitar 40% hingga 60% GST ditanggung oleh pengguna. Tak percaya? Tengok contoh gambar. Sumber ni dari laman web JKDM - CBP - Pembekalan Berkadar Standard, bukan aku reka tau:

Dari jumlah RM18.72 GST yang dibayar; pembekal cuma perlu bayar RM3.00, pengilang RM3.00, pemborong RM1.50, manakala peruncit RM1.86. Jumlah GST pengguna kena bayar hambek ko RM9.36.

3. Nampak dah macam sistem piramid MLM yang terbaik terbalik di mana pengguna berada di bawah sekali tapi bayaran yang diterima pihak kastam adalah yang tertinggiii.....

Pastu, belah mana yang sampai terlepas pandang? Haaa sekarang nih kita dok sibuk beri penerangan kepada pengguna (lebihkuranglah cam syarikat MLM nak pujuk bakal downliners). Tapi kenapa kita tak sibuk beri penerangan kat level-level atas (peruncit/ pemborong/ pengilang/ pembekal)? Mereka inilah yang sepatutnya diberi perhatian serius agar menyelaraskan harga setelah SST tiada.

Lihat semula gambar pertama tadi. Semua peringkat peniaga kena turunkan harga dulu baru tambah GST. Maksudnya tolakkan SST yang dah sedia ada dalam harga diorang tuuu baru tambah GST. Ini tidak. Dok turun beri penerangan kepada pengguna semata-mata. Apa cerita bro?

Tengok sini pulak :

Hehe bukanke peniaga diarahkan untuk mendaftar? Jika tidak - akan didenda RM20,000. Lepas denda, pun kena daftar juga, tak gitu?

Bukan banyak na pun. Setakat 17 Mac 2015 ada 353,372 syarikat telah berdaftar untuk GST. Takkan tak boleh tapis yang mana satu pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit? Banyak ni jah yang perlu diarah untuk pmelaraskan harga sebelum ditambah GST. Bukti rekod jualan/cukai jualan kan ada dalam laporan tahunan kewangan mereka. Tak pun pihak kastam memang ada simpan data bulanan jualan/cukai jualan mereka. Collaboratelah sikit.

Dan pada pandangan aku, tak apalah nak mula pada 1 April, jalan jer. Tapi yang terlepas pandang nih tetap kena perbetulkan juga. Nanti bulan-bulan seterusnya kita boleh lihat penurunan harga + GST yang taklah membebankan sangat.

Kalau ada yang baca belog aku nih dan tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, komenlah boleh kita sama-sama belajar. Kalau setuju dengan apa yang aku tulis, komen jugalah dan yang penting 'share' / kongsikan jika bermanfaat. Jumpa lagi, dahhhh


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

5 comments:

  1. mari kita sama2 nantikan sama ada peniaga akan revise balik harga barang sebelum tambah 6% tu atau mereka akan tambah je terus 6% daripada harga jualan asal

    ReplyDelete
  2. Tingginya pengguna dicaj GST. Terima kasih atas info

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...