Home » , » Bermuka Muka

Bermuka Muka

EmpayarUtama - Sunday, November 9, 2014 : 11 comments

Bila terdengar bunyi kucing bergaduh kat luar, teringatlah yang Aku Tak Mampu Menahannya.... Siapa yang belum baca cuba klik cerita yang amat menyayat hati tu.

Kali ni aku nak kongsi pemerhatian dan pengalaman (bermakna ini pandangan peribadi ya) pasal kucing lagi. Suka datang mengeow depan kita mintak makan atau dibelai.

Inilah satu-satunya haiwan yang sangat pandai bermuka-muka hingga kita tak perasan akan kezaliman / kekejamannya.

Dianugerah 'renungan makrifat' (aku yang gelar) hingga cicak di siling hatta burung yang bertenggek di ranting, jika bertentang mata akan jatuh di depannya. Kucing juga sanggup makan anak sendiri biarpun dah beberapa kali melahirkan. Yang teruknya dia pilih yang mana satu untuk dimakan walaupun anak-anak tu dah lebih dua minggu.

Sebelum tu meh kita fikir guna logik akal benda-benda nih:
1. Dalam Al-Qur'an atau lebih tepat lagi - dalam senarai nama-nama binatang dalam Al-Quran; kucing tak pernah disebut.

2. Kisah Muezza/Mu'izza (kucing kesayangan Nabi Muhammad) serta kisah Nabi bangun sewaktu azan hanyalah riwayat yang tak pasti kesahihannya. Siapakah periwayat yang tidur/bangun bersama Nabi, lihat Nabi ingin pakai jubah, lihat Nabi potong lengan jubah hinggalah ikut Nabi kembali ke rumah; seterusnya nampak penghormatan diterima Nabi dari kucingnya selepas solat? Siapa orang pertama yang sebarkan 'kisah' ni?

3. "Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya."

Yang ini dengan ayat-ayatnya sekali kabur. "budaknya" merujuk kepada siapa? "ketika ia sampai di rumah Aisyah" jelas bukan budak suruhan Aisyah. "Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya." - siapa yang beri isyarat? Aisyah tengah solat! Sipencerita tu boleh tunggu sampai Aisyah habis bersolat dan tengok semua yang berlaku hingga Aisyah makan bubur tu! Jika benar sipencerita tunggu - jagalah dulu bubur agar tak dijamah kucing!

Oke dah, dah, dah. Kita berbalik kepada cerita kucing.

Yang paling kejam; itupun kalau korang perasan - kucing buru mangsa walaupun tak lapar. Bila berjaya tangkap tikus, atau apa saja mangsa; akan disiksa sebelum mati. Mangsa akan digigit sikit dan dicuit agar bergerak untuk dimain-mainkan. Jika pergerakan mangsa masih laju, digigitnya lagi supaya lemah. Dicuit lagi suruh bergerak dan begitulah seterusnya hingga tidak
dapat bergerak langsung. Pas tu terpulang sama ada nak dimakan atau ditinggal camtu aja.

Dalam persekitaran kita - burung, kucing, arnab, ikan, anjing, ayam, itik, lembu, kambing, kerbau; mana satu paling suka bergaduh sesama sendiri? Tak de ribut tak de taufan tiba-tiba je bergaduh, dan kalau bergaduh dia punya bising perghhhh... Betul, cubalah perhatikan. Dan sifat bermuka-muka; 'zalim/kejam tak nampak' dan suka bergaduh sesama sendiri ini diwarisi sebilangan kita.

Perkongsian ini tak bermaksud aku benci kucing atau ajak korang semua berdemo kat Dataran Merdeka untuk benci kucing. Takkkkkk. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa dan segala kesalahan kita...



11 Comments

11 comments:

  1. betul ke?
    tpi knor bkn tk suka kucing.. suka tapi dr jauh... nk bela mgkin tk kut...
    penghidap asthma byk kt rmh ni...

    ReplyDelete
  2. dorang terkenal dengan sifat manipulative nya. si kucing2 ni.

    ReplyDelete
  3. ala..kesian kucing..hahahaha..mmg pandai bermuka-muka sungguh!

    oh,daku terpikat dengan kecomelannya..kwang3x..(>..<)

    ReplyDelete
  4. Tak adalah minat sangat nak menjaga kuching tapi if dah ada yang datang dekat, now boleh lah juga dibelai...dulu lari, takut kena cakar...hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  5. waslm, adakah sesetengah antara kita bersifat seperti kucing?

    ReplyDelete
  6. Tak minat kucing tapi bukan bermaksd benci..cuma hilang sifat penyayang terhadap kucing.. Moga ALLAH mengampuni kesalahan kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  7. nasib dia pandai buat muka comel so xde la nak marah sangat :D

    ReplyDelete
  8. aku bukan xsuka kucing..geli je..kucing kalau gaduh bukan je bising..siap berak pon ada..

    ReplyDelete
  9. Hi, I enjoy reading your site! Is it okay if I contact you through email? Please email me back.

    Thanks!

    Harry
    harry.roger10 gmail.com

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg baik...kkdang kita sendiri terikut2 naluri kbinatangan w.pun sbnarnya kita punya akal utk brfikir klau nk dibandingkan dgn kucing...owh sy pun harap2 xada yang nak buat demo kat dataran nnti hehe

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~