Home » , » Cara Letak Video Dan Playlist Youtube Ke Dalam Blog

Cara Letak Video Dan Playlist Youtube Ke Dalam Blog

Empayar Utama - Sunday, March 6, 2016 : No comments

Selain dari pasang lagu dengan Skin MP3 yang cantik; ada juga yang berminat untuk letak video lagu. Banyak program tawarkan Skin MP4 untuk muatkan video lagu tapi bagi aku, jika sumber asal dan majoriti video diperoleh dari YouTube; kita guna yang sedia ada sajalah.

OK. Dahtu bagaimana cara letak video
YouTube ke dalam blog? Biasanya bila ada akaun gmail, kita akan ada akaun YouTube. Kalau belum ada bukalah satu. Tapi kalau tak ada akaun pun boleh juga.

Sebenarnya video YouTube nih ada dua. Pertamanya hanya untuk satu video dan keduanya - banyak video (tak kisahlah cerita ke, lagu ke) yang kita panggil playlist. Jadi di sini kita akan cuba camana nak bagi 'hidup' kod untuk satu video guna kod lama (old embed code); buat playlist dan dapatkan kod untuk yang dah ada akaun; serta buat playlist dan dapatkan kod untuk yang tak ada atau tak nak buat akaun YouTube, bersekali dengan camana nak letak dalam blog.

Cam biasa; kod yang berwarna merah boleh diejas ikut suka ya...

1. Cara pasang Video YouTube guna kod lama (old embed code)
Paparan Video:


<object type="application/x-shockwave-flash" style="width:450px; height:250px;" data="//www.youtube.com/v/kod link YouTube?color1=CC0000&amp;color2=9999CC&amp;border=1&amp;rel=0&amp;loop=1&amp;hd=1&amp;showsearch=0&amp;version=3&amp;modestbranding=1"> <param name="movie" value="//www.youtube.com/v/kod link YouTube?color1=CC0000&amp;color2=9999CC&amp;border=1&amp;rel=0&amp;loop=1&amp;hd=1&amp;showsearch=0&amp;version=3&amp;modestbranding=1" /> <param name="allowFullScreen" value="true" /> <param name="allowscriptaccess" value="always" /> </object>

(pastikan keseluruhan data dan value adalah sama)
2.Cara buat YouTube playlist serta dapatkan embed kod untuk yang sudah ada akaun
1. Bila buka YouTube akan keluar paparan seperti ini:

Klik LIBRARY.

2. Pergi ke menu Playlists dan klik kotak New Playlist untuk cipta satu track album. Taip tajuk / identiti playlist dalam kotak pop-up tu. Pastikan mode di bawah tajuk adalah Public; pastu klik kotak biru Create.


3. Imej bawah ni cuma nak tunjuk beberapa fungsi yang perlu nanti:


4. Ok, tekan kotak Playlist settings. Akan keluar satu pop-up window seperti di bawah serta fungsi-fungsi yang ada. Dah siap Tekan Save.


5. Kita akan kembali ke skrin seperti dalam langkah No. 3 tadi. Tekan kotak Add Videos. Akan keluar satu pop-up window seperti di bawah. Masukkan link video YouTube dan tekan kotak Search.


6. Akan keluar seperti paparan di bawah:


7. Anda perlu tekan logo 'Play' dalam imej video yang terpapar baru keluar skrin seperti ini:

Bila video berfungsi barulah boleh tekan kotak Add Videos.

8. Haaa sekarang kita dah ada satu playlist. Ulang langkah No. 5 dan seterusnya jika nak tambah video / video-video sampai puashati. Untuk dapatkan embed link serta fungsi lain – lihat imej pada langkah No. 3 tadi. Sebagai contoh, aku masukkan 6 video:


9. Bila kembali ke menu Playlists, satu playlist telah ditambah:
Paparan Playlist:



<iframe width="450" height="250" src="https://www.youtube-nocookie.com/embed/videoseries?list=PLid playlist anda&amp;showinfo=0(tiada paparan playlist di bahagian atas kiri video)&amp; allowfullscreen (buang jika tidak mahu fungsi full screen)&amp;ap=%2526fmt%3D18(untuk high quality atau ap=%2526fmt%3D22 untuk 720p High Definition)&amp;modestbranding=1(sorok logo YouTube)" frameborder="0" ></iframe>
3. Cara buat YouTube playlist serta dapatkan embed kod tanpa perlu login atau tanpa akaun
1. Memula dapatkan beberapa link video YouTube untuk bina playlist

Di sini contoh 5 video YouTube, 4 lagu dan 1 bukan lagu:
a) Wings - Misteri Mimpi Syakilla (https://www.youtube.com/watch?v=VLYmm3Um-uM)
b) Sharifah Zarina - Langit Ke Tujuh (https://www.youtube.com/watch?v=ZR9-rxfHlPs)
c) Secret Garden- Song from a Secret Garden (https://www.youtube.com/watch?v=-sWnEWpS_fA)
d) Scorpions - Wind Of Change (https://www.youtube.com/watch?v=n4RjJKxsamQ)
e) Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 8 - Persembahan Sepahtu (https://www.youtube.com/watch?v=Rs1xtoM3pNw)

2. Jadi bila digabungkan kelima-lima id video tersebut; ianya akan jadi begini: https://www.youtube.com/watch_videos?video_ids=VLYmm3Um-uM,ZR9-rxfHlPs,-sWnEWpS_fA,n4RjJKxsamQ,Rs1xtoM3pNw

3. Ambil link ini dan paste di tab baru (new tab) dan tekan enter. Secara otomatis link tersebut akan bertukar dan paparan playlist terhasil. Lihat imej di bawah:



4. Copy link yang baru terbina di tab tersebut: Untuk contoh di atas, linknya ialah https://www.youtube.com/watch?v=VLYmm3Um-uM&list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg

5. Hanya link kod berwarna merah sahaja (list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg) yang diperlukan untuk kita letak dalam embed code supaya dipaparkan dalam blog. Contoh paparan:



(Playlist tak ada tajuk sebab tak login / tak ada akaun)

6. Ini embed kodnya:
<iframe frameborder="0" height="250" src="https://www.youtube-nocookie.com/embed/videoseries?list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg&amp;ap=%2526fmt%3D18&amp;modestbranding=1" width="450"></iframe>

Lihat list tersebut di mana TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg itu kepunyaan saya dan perlu ditukar dengan link list yang anda cipta.

Kalau nak cara pasang lagu MP3 dan beberapa pilihan skin MP3 pergi ke sini.

Ehhhh dah habis laaa :) Semoga bermanfaat buat semua

related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...