Anime Fest kali ini atau Cosmania III berlangsung di AEON Mall Bukit Indah selama 3 hari dari 27-29 Disember 2024. Kira siang tadilah tamat.
Puteri bungsu aku pernah guna kostum dan watak Wednesday Addams di sini pada 30.12.2022; aku ada kongsikan pada Bulan Januari tahun lepas (Januari 2023).
Untuk COSMANIA III, Yana memilih watak Yor Forger dengan kostum merah. Yor Forger ialah salah satu watak utama siri SPY x FAMILY.
Khabarnya Yor ialah seorang wanita yang sangat cantik, anggun, dan agak tinggi dalam usia 27 tahun, dengan tubuh badan langsing. Dia mempunyai rambut panjang, lurus, hitam mencecah bahagian tengah belakangnya dengan tocang pendek membingkai dahinya dan mata merah terbalik.
Dia seorang pembunuh upahan di bawah nama kod "Thorn Princess" atau "Puteri Duri" yang berpura-pura berkahwin dengan Loid Forger dan berpura-pura menjadi ibu kepada Anya Forger.
Di rumah, Yor biasanya memakai baju sejuk separa belakang merah luar bahu dengan seluar ketat hitam, skirt merah dan but buku lali bertumit coklat. Dia memakai ikat kepala putih dan sepasang anting-anting emas berjuntai dalam bentuk pancang kecil.
Dia membelah rambutnya kepada dua bahagian dan menyilangkannya ke atas kepalanya, mengikatnya dengan ikat kepala dan membentuk dua helai rambut tebal hingga ke bawah dadanya.
Kalau nak tengok gambar-gambar sebelum Yana siap hinggalah setengah hari dia di AEON Bukit Indah; tekan butang bawah ni ya. Nak tutup, tekan sekali lagi :
Dua slide bawa ni ialah masa fotoshoot dengan photographer luar :
Jomle meriahkan AEON Mall Bukit Indah
Puteri bungsu aku pernah guna kostum dan watak Wednesday Addams di sini pada 30.12.2022; aku ada kongsikan pada Bulan Januari tahun lepas (Januari 2023).
Untuk COSMANIA III, Yana memilih watak Yor Forger dengan kostum merah. Yor Forger ialah salah satu watak utama siri SPY x FAMILY.
Khabarnya Yor ialah seorang wanita yang sangat cantik, anggun, dan agak tinggi dalam usia 27 tahun, dengan tubuh badan langsing. Dia mempunyai rambut panjang, lurus, hitam mencecah bahagian tengah belakangnya dengan tocang pendek membingkai dahinya dan mata merah terbalik.
Dia membelah rambutnya kepada dua bahagian dan menyilangkannya ke atas kepalanya, mengikatnya dengan ikat kepala dan membentuk dua helai rambut tebal hingga ke bawah dadanya.
Kalau nak tengok gambar-gambar sebelum Yana siap hinggalah setengah hari dia di AEON Bukit Indah; tekan butang bawah ni ya. Nak tutup, tekan sekali lagi :
-
Seperti biasa, Mak Usunya yang akan solekkan :

|