Home » » Entri Yang Buat Aku Terkejut Beruk

Entri Yang Buat Aku Terkejut Beruk

EmpayarUtama - Sunday, June 12, 2011 : 6 comments

Gambar beruk/monyet ni aku snap masa kat Jeti Umbai. Banyak betul menyambut para tetamu - tapi tak sampai kat parking lot.

Naik takut budak-budak nak turun dari kenderaan. Paper banyak keluar kes kena gigit dek monyet liar dua tiga menjak ni.

Ok, ok. Terus pergi ke topik sebenar. Pagi tadi tabley tido, jadi aku jenjalan sambil nengok-nengok Innit. Nampakla satu entri tu perghhh - manyak sey dapat vote untuk Nang. Sampai 28 Nangs hanya selepas 4 jam setengah dipos. Itu kira trafik lah tu dan aku memang nak belajar camna nak dapat Nang yang banyak (menunjukkan ramaile orang baca dalam komuniti Innit tu sendiri). Ada dua part sebenarnya dan part kedua ni dia nak bagitu pasal kandungan yang menarik akan buatkan entri dapat banyak vote.

Bahagian pertama dulu pun boleh tahan; sampai 34 Nangs tuuuu - bagitau kena letak tajuk menarik (bukan cam tajuk yang aku selalu buat, silap-silap langsung takde Nang hehe) dan kena pos entri tu lepas pukul 12.01 tengah malam. Pastu kena pastikan dalam setengah jam pertama mesti sempat hantar ke mana-mana laman sosial yang boleh dapat view untuk naikkan vote Nang. Dah macam cerita 'Senjakala' la kan, nak buang saka tu jangan sampai awek tu terjaga kalau tak saka tu akan terus bersebati dalam badan dia.

Ini snapshot yang aku ambik dari profil dia:

Aku jadi heran sebab kalau nak nengok pos Innit dan nak bagi vote memang dah jadi kebiasaan aku pergi ke profil nuffnang blogger tu dulu. Tapi ishhhh... Lari jauh tu figure yang ada kat profil berbanding dengan pos Innit view. Dan aku baca sekali komen yang ada kat entri terakhir, ni dia:

 
(Alamak dia dah delete seyyy komen ni, nasib baik sempat kopipes)

Aku musykillah. Takkan tiap kali dia buat pos akan ada masalah teknikal. Aku tak pernah pulak kena macam ni. Sekali tu ajalah aku dapat Nang lebih 10 sebab tajuk menarik hahahahahah. Iya ke? Yang lain tu ada yang kosong ada yang satu itupun aku sendiri vote (jenis muka tak malu kuangkuangkuang).

Tak percaya? Korang bandingkan sendiri figure profil kat atas tu dengan tiap-tiap Innit view kat bawah ni. Aku amik sepuluh je sebab itulah yang profil dapat tunjukkan:


Entri yang last tu aja yang betul jumlah Nangnya dengan yang ada kat profil tu. Sebenarnya entri-entri sebelum ni pun lari juga. Ada satu entri tu tunjuk dia pergi Sri Pentas pun banyak dapat Nang. Satu lagi aku tengok, profil Nuffnang blogger tu aku kopipes lepas subuh tadi dalam pukul 5.40 pagi. Entri terakhir dia dipos pada pukul 1.07 pagi tadi. Tak kena langsung dengan tutorial atau nasihat atau panduan yang diberikan (kena pos lepas 12.01 tengah malam kan?). Tak ada satupun entri dia tu jatuh pada pukul 12.01 - 12.30! Tipulah. Tak baik tau kencing member-member seblogger ni. Bukan dapat duitpun buat kerja cam ni, tul tak?

Aku belek lagi, dan sebenarnya daripada 29 entri bulan ni (Jun); 4 entri aja yang betul-betul dia punya. Yang lain tu semua jenis kopipes dari akhbar atau majalah. Ada satu entri tu sebab panjang sangat (panjang 3 kali dari entri aku yang memang selalunya panjang-panjang huhuhuhu) Terus je kopipes siap dengan link-link tambahan lagi dalam bahasa Inggeris. Panjang sangat sampai dah tak reti nak translate daaaa. Dan dapat satu kredit link dari Miracle pejal:


Tapi kalau korang nak ikut petua dia, apa salahnya. Mana tau menjadi, dapatlah saka turun temurun nanti. Boleh mintak tolong tarik duit, tak yah penat-penat buat affiliate atau MLM lagi...

Tak gitu? Gitu...





6 Comments

6 comments:

  1. Berqpa lama dah tak ping entry kat innt. Ada ramai pembaca lg kat sana?huhuhu

    ReplyDelete
  2. hai...cik Am xfhm pn ap nang2 ni..haha...
    tapi xpela..cik Am berbalas kunjungan n follow juga ya...

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Bab vote tu aku malas nk fikir. Aku tau ping je blog kat situ..

    Tak ada pulak ku jumpa penyambut tetamu kat Umbai haritu..hehe..

    ReplyDelete
  4. @sop; aku ping kalau ada entri je. Visit balik Innit kalau ada yg jengah shoutbox through Innit...

    @amniey91; makasey, nnt jumpa aku belanja sate hehe

    @iza; eh dah balik? Tak demam ke?

    ReplyDelete
  5. still tak paham jalan cerita hehe...yg saya tau org tue men tipu dan suka kopimilo kasi kaw entri org lain huhu...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~